Monday 19 December 2011

~Seikhlas Kelapa Tua~



Kelapa tua.Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu.Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tudak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi,tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itula kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau oran tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angina.Tapi,lazimnya elok-elok kelapa itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyi-bunyi berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepah otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti disitu sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. 


Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempering saja yang tinggal. Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang sebegitu. Tempurung  bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua ditengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.


Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya,isinya yang putih bersih itu dipisah-pisahkan dari tempurung, diparut dan dikiukur pula hingga menjadi lumat.

 Tempurungnya dibuang. Kadangkadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alagkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yag putih.


Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis.Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya.Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”Orang di dapur hanya menjawab,”Gulaiikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.Orang kata.”Oh! Sedap gulai ni.”


Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannnya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua diatas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas membahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah  indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau mendapat nama, tapi untuk ta’abbud  kepada Tihan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak dimata orang tapi ada dalam perhatian Tuhan!!

1 comment:

  1. menarik sgt...nk jd gak mcm kelapa tua tu...kte wat amalan nk dpt perhatian Tuhan bukan manusia...pujian Tuhan dn bukan manusia krn manusia pujiannya kdg kala akn memberi keburukan pd kte bila kte rasa ter detik bangga diri..

    ReplyDelete