Wednesday 7 December 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Islam Bangkit semula..Pasti Gemilang.!!
Jika ada seseorang memberi khabar berita gembira kepada anda bahawa Islam akan gemilang buat kali kedua diakhir zaman.Agak-agak kan apakah reaksi anda??

Satu : Anda diam tak terkata.Muka terpinga-pinga dan berkata:”Ye ke?? Saya tak pernah dengar pun.Betul ke ni. Ke reka-reka cerita je.Mna hadisnya.Hadis dhoif je tu”.

Dua: Anda senyap.Tiba-tiba ada didatangi satu perasaan yang ingin tahu secara mendalam sangat tentang Islam kali kedua.Lalu anda banyak bertanya dan mengkaji tentangnya.

Tiga: Anda senyum lebar dan gembira.Wajah keceriaan anda sangat terserlah.Kemudiaan,wajah anda tiba-tiba berubah  sayu.Lalu anda berkata: “Apa yang saya dah buat ye untuk merealisasikannya,rasa macam tak buat apa-apa je.Berdosanya saya padahal saya tahu sudah lama.

Empat: Anda menganggukkan kepala dan mengiyakannya,sambil tersenyum.Kemudiaan, anda berkata benarlah tu.Islam akan bangkit buat kali kedua diakhir zaman ini dan  saya  memang bercita-cita besar dan berusaha untuk turut- serta merealisasikannya.

Begitulah beberapa contoh reaksi masyarakat Islam jika diceritakan tentang perkara ini.Sepatutnya kita seharuslah gembira mendengar berita ini biarpun ada yang bertelingkah pendapat yang mengatakan kebanyakan hadis-hadis kebangkitan Islam di akhir zaman ini adalah dhoif dan palsu-palsu belaka.Lalu tak nak menerimanya.Bukankah ia satu ‘Bushra’ besar buat kita.Islam akan menang.Amerika,Yahudi,Wahabi dan segala sekutunya akan hancur dan dunia akan kembali kepada kedamaian,penuh kasih-sayang,nikmat melimpah ruah,tiada diskriminasi,tiada kapitalis dan semua  sistem ciptaan musuh akan tiada dan tiada.Sistem Tuhan yang selamat dan menyelamatkan akan diamalkan.Bukankah bunyinya indah begitu??.




Rasulullah SAW bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu,Maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu.Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan(Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zamann itu sebagaimana yang Allah kehendaki,. Kemudian Allah mengangkatnya,kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit(Zaman Fitnah).Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.Kemudian Allah mengangkatnya pula.


Insyaallah bersambung....

No comments:

Post a Comment