Friday 30 December 2011

~22 tahun sudah berlalu.....~

Bismillahirrahmaanirrahim...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...alhamdulillah..
Terima kasih Ya Rasulullah..

Terima kasih buat Ummi dan Walid..
Terma kasih buat kak long dan adik-adik Emi,Adi,Wani,Kak Teh,Solehah dan 'Abqoriyyah...
Terima kasih buat kawan-kawan..
Yang selalu mendoakan ku..menghiburkan hatiku..

tErImA KaSiH AtAs wIsH "hEpy bEsDaY'..'sElAmAt hArI LaHiR padaku...dan doa-doa kalian itu.
Moga Allah makbulkan.
terima ksih buat partner klinikku 'Pa'a..atas pemberian donut apple tu...JZKK..:))
Suka sebab ade juga yang sudi menghadiahkan padaku sesuatu...

Yelah...You give..You get...
sebab diri ini pun tak berapa sangat nak 'give' especially tentang besday-besday ni ..jadi 'get' pun tak seberapa...
No matter..yang kuharapkan hanyalah DOA pun sudah memadai..

Hemmm..kini ana sudah berusia 22 tahun..
SEdih sebab terasa kehilangan masa-masa lalu yang berharga yang takkan kembali lagi.
Gembira sebab terasa sudah dewasa dan matured..ye ke?? ehe...(perasan lebih :p)

Namun sedih mengatasi gembira...Huhuhu..
Sudah 22 tahun aku hidup dibumi Allah ini..
Menghidup udaraNya yag Percuma itu,
Memakan rezekiNya yang pelbagai,
Pemurah dan Kasih sayangNya melebihi segalanya..
Sedangkan aku sudah banyak sanagt menzalimi diri ini..HuhU

'Laa Ilaahaillaa anta Subhaanaka innii kuntu minazzoolimiin'

Ampunkan daku Tuhan...moga selepas ini adalah kemuncak untukku meng-Upgrade imanku dan meng-'Down' kan nafsunya dengan bimbingan dan didikan darinya.
.Amiin..






Usia 22 tahun...
Kalau dikutkan kawan-kawanku..semuanya sudah "Selamat" diuruskan.
Bermua dengan Angah yang disatukan dengan orang Singapore, Kemudian, kak syarafah dengan orang johor, kak long Hurr dengan orang Selangor, Kak Mimiey dengan orang Acheh..Fatin dan Tholut...dan kak Nadia dengan orang Kelantan,tapi sekarang duk Puchong...


dan aku?dengan orang mana?hanya Allah yang tahu...Moga dia terbaik buatku..Lebih 100000000xxxxx Lebih Baik dariku..yang boleh membimbingku....


dan moga aku dapat jadi yang terbaik juga buat dirinya..
Terimalah ku seadanya...

Wednesday 28 December 2011

~Cemas......

Allah...Allah..Allah

Cemas...Cemas..cemas dan cemas....

Menunggu detik itu berlaku....

Thursday 22 December 2011

~Rahsia Allah~

Bismillahirrahmanirrahim...


Kita tidak tahu samada esok akan hujan atau tidak..
Kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil Allah..
Kita tidak tahu siapakah pasangan kita yang Allah sudah tetapkan..


Semuanya sudah tercatat dan tersimpan  di Luh Mahfuz lagi,
Sebelum jasad dicipta dan dikala roh diciptakan..
Itu semua adalah rahsia Allah.............


Namun......................................................
Usaha perlu..doa perlu....



"Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.".An-Nur:26

Jika waktunya sudah tiba..Mohon padaMu Tuhan..Biarlah hamba ini tergolong dalam golongan ayat diatas..
Moga ia memberi jalan dan kekuatan padaku untuk hampir padaMu..



Klik: Perempuan dan Lelaki yang baik



Firman Allah SWT maksudnya :

"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku
dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)

Klik: hati yang tenang..


Moga hamba tergolong dalam golongan diatas..
Hati yang bersih,penuh ketenangan..dan jannahlah balasan serta pertemuan dengan Sang Pecipta.
Mudahkanlah Ya Allah untuk menundukkan nafsu-nafsu ini.
Amin.

Tuesday 20 December 2011

 Bukan Semua Mampu Berjuang 


Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran,

Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam,

Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa

kecuali kesusahan dan penderitaan,

Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah,

Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang,

Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar,

Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang,

Orang yang setia dan telah menjual dunianya
untuk Tuhannya sahaja yang tahan,

Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina,

Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik,

Berjuang adalah berkorban,

Berkorban, terkorban,

Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan,

Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran,

Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara,

Kemuncaknya mati dibunuh orang,

Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin,

Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang,

Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran,

Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima,

Orang datang pula kembali berjuang,

Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang,

Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan,

Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama,

Ini bukan pejuang sejati dan hakiki,

Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin,

Di waktu susah dan senang,

Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri,

Mengatur strategi dan menunggu peluang,

Bukan lari kerana menentang,

Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran.

Monday 19 December 2011

~Seikhlas Kelapa Tua~



Kelapa tua.Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu.Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tudak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi,tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itula kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau oran tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angina.Tapi,lazimnya elok-elok kelapa itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyi-bunyi berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepah otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti disitu sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. 


Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempering saja yang tinggal. Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang sebegitu. Tempurung  bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua ditengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.


Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya,isinya yang putih bersih itu dipisah-pisahkan dari tempurung, diparut dan dikiukur pula hingga menjadi lumat.

 Tempurungnya dibuang. Kadangkadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alagkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yag putih.


Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis.Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya.Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”Orang di dapur hanya menjawab,”Gulaiikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.Orang kata.”Oh! Sedap gulai ni.”


Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannnya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua diatas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas membahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah  indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau mendapat nama, tapi untuk ta’abbud  kepada Tihan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak dimata orang tapi ada dalam perhatian Tuhan!!

Tuesday 13 December 2011

~Muhasabah sebelum mata terlelap~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Terima kasih Tuhan..terima kasih Ya Rasululullah...


Alhamdulillah..hari ini merupakan permulaan minggu belajar yang sangat memenatkan...
Namun..hari ni juga sudah banyak benda yang ku pelajari...terutama dalam Hablumminallah wa Hablumminannas...


Engkaulah sebaik Pencatur...Maha Baiknya Dikau Tuhan yang sangat baik..
Sebenarnya minggu ini tidak berhajat untuk issue denture(gigi palsu)...
Namun..melihatkan  kawanku Zahrah yang sangat bersungguh...ku sungguhkan jugak diri ini..
Seawal pagi pulun menyiapkan gum work yang tidak siap-siap untuk di'present' pada doktor...
Alhamdulillah Engkau mudah kan juga walau kekadang ada rase putus asa dalam diri ini...


Ibrah yang sangat terkesan sepanjang hari ini adalah terasa sangat bahawa segala yang kita lakukan sebagai hamba Allah diMuka bumi ini adalah berada dibawah pencaturanNya..setiap detik..setiap saat...setiap ketika..Sudah tahu tapi tak nampak...sudah tahu tapi lupa.....


Tuhan boleh berbuat apa sahaja...masa yang pendek boleh dipanjangkan...masa yang sibuk boleh dilapangkan..perkara yang susah boleh dimudahkan..itulah Dia Allah mampu untuk berbuat apa sahaja kepada hamba yang dikehendakiNya..


Bersyukur denganMu Tuhan...syukurlah dengan apa yang kau ada wahai diri..usah memandang orang yang lebih darimu..tapi pandanglah kepada mereka yang lebih kurang darimu..syukurlah!!...


Mendengar kisah benar tentang orang soleh yang mengingatkan diri..betawa tawakalnya para hamba Allah yang tinggi taqwanya tanpa ada sekelumit rasa sangsi..rasa ragu mahupun was-was terhadap apa-apa caturan yang Engkau kehendaki..terhadap janjiMu pada hamba yang bertaqwa...


Hablumminannas.............................................


Ramai yang seakan tidak memperdulikan perkara ini..
Ialah juga menjadi ukuran antara kita dengan Allah...
Jika banyak ibadah tapi hubungan dengan manusia tidak dijaga..
maka akan sia-sialah segala ibadah kita..
Ibadah yang tidak membuahkan akhlak yang baik..
Sedangkan ibadah yang diterima ialah ibadah yang ikhlas sehingga melahirkan peribadi agung..akhlak yang baik dengan manusia..tidak menyakiti...tidak mengumpat..menghina..mengeji..memfitnah..mencaci...


Marahilah aku..hinalah aku..herdiklah aku..cacilah aku sepuas-puas hatimu wahai hamba Allah...
Terima ksih atas semua itu kerna ia akan mendidik nafsuku dengan mujahadah..meguatkan kesabaranku..menahan amarahku..Ia sangat beruntung bagiku..


Namun perlu diingat..awaslah..berhatilah ia amat merugikanmu..
Nafsu amarahmua akan semakin subur dan subur..
Hatimu akan semakin kelam dan gelap dek dosa kamu sakiti hati manusia..
Hatimu akan resah gelisah..
Sehingga sampai ke satu tahap kamu  tidak kenal mana dosa dan pahala..
Seolah -olah apa yang kamu buat adalah benar..semua orang lain buat adalah salah..
Sehingga kamu tidak terasa apa-apa apabila membuat dosa..
Na'uzubillah, di waktu itu hatimu sudah keras ,sudah payah menerima kebenaran...
Hanya gelap-gelap hitam yang mengisi ruang hatimu...
(ingatan utuk diri juga)







~Dari Ibrahim bin Adham~

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. 
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. 
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. 
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. 
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. 
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya." 

Wednesday 7 December 2011

~Mujahadah hati dan perasaan~

Bismillahirrahmanirrahim..

Jika seseorang berbuat tidak baik atau jahat kepada kita...
Maka hati kita akan datang perasaan benci pada orang itu dengan perbuatan tidak baiknya,
Menyampah,meluat,geram..rasa nak marah..

Namun,kita bermujahadah...
Sungguh sangat perit mujahadah itu..
Jika dilayan perasaan hati ini..
Maka kitalah yang akan merasa..
Kitalah yang akan terseksa..
Jika mahu dilepas kepada perilakunya sudah tentu tidak sama sekali..
Kerna itu bukan cara kita..
Allah dan Rasul akan murka..
Maka sungguh perit mujahadah itu..

Namun..terbalikkan semua ini..
Buat tidak layan dengan perasaan nafsu dan syaitan ini..
Gembirakan hati dan beri pertolongan atau hadiah kepada orang yang kita geram itu..
Maka dia akan sangat gembira dengan cara kita..suka dengan akhlak kita..
Insyaallah hilanglah..perasaan=perasaan hati yang sangat merosakkan tadi..
Tenanglah hati dan perasaan kita..
Bahagialah kita..

Terima kasih Ya Allah Ya Rasul untuk pengajaran dan perhatianMu pada hari ini..(^-^)

Bismillahirrahmanirrahim..

Islam Bangkit semula..Pasti Gemilang.!!
Jika ada seseorang memberi khabar berita gembira kepada anda bahawa Islam akan gemilang buat kali kedua diakhir zaman.Agak-agak kan apakah reaksi anda??

Satu : Anda diam tak terkata.Muka terpinga-pinga dan berkata:”Ye ke?? Saya tak pernah dengar pun.Betul ke ni. Ke reka-reka cerita je.Mna hadisnya.Hadis dhoif je tu”.

Dua: Anda senyap.Tiba-tiba ada didatangi satu perasaan yang ingin tahu secara mendalam sangat tentang Islam kali kedua.Lalu anda banyak bertanya dan mengkaji tentangnya.

Tiga: Anda senyum lebar dan gembira.Wajah keceriaan anda sangat terserlah.Kemudiaan,wajah anda tiba-tiba berubah  sayu.Lalu anda berkata: “Apa yang saya dah buat ye untuk merealisasikannya,rasa macam tak buat apa-apa je.Berdosanya saya padahal saya tahu sudah lama.

Empat: Anda menganggukkan kepala dan mengiyakannya,sambil tersenyum.Kemudiaan, anda berkata benarlah tu.Islam akan bangkit buat kali kedua diakhir zaman ini dan  saya  memang bercita-cita besar dan berusaha untuk turut- serta merealisasikannya.

Begitulah beberapa contoh reaksi masyarakat Islam jika diceritakan tentang perkara ini.Sepatutnya kita seharuslah gembira mendengar berita ini biarpun ada yang bertelingkah pendapat yang mengatakan kebanyakan hadis-hadis kebangkitan Islam di akhir zaman ini adalah dhoif dan palsu-palsu belaka.Lalu tak nak menerimanya.Bukankah ia satu ‘Bushra’ besar buat kita.Islam akan menang.Amerika,Yahudi,Wahabi dan segala sekutunya akan hancur dan dunia akan kembali kepada kedamaian,penuh kasih-sayang,nikmat melimpah ruah,tiada diskriminasi,tiada kapitalis dan semua  sistem ciptaan musuh akan tiada dan tiada.Sistem Tuhan yang selamat dan menyelamatkan akan diamalkan.Bukankah bunyinya indah begitu??.




Rasulullah SAW bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu,Maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu.Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan(Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zamann itu sebagaimana yang Allah kehendaki,. Kemudian Allah mengangkatnya,kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit(Zaman Fitnah).Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.Kemudian Allah mengangkatnya pula.


Insyaallah bersambung....

Friday 2 December 2011

~Banjir di Kajang dan Isu panas!~

Bismillahirrahmanirrahiim...
Astagfirullahal'azim....3x

Pagi ni ada 2 perkara yang mengejutkan hati...terkejutlah sangat...


Pekara yang pertama..Pagi tadi seusai sampai ke Glen View dan  sibuk-sibuk tolong sapukan rumah..
Housemate berkata" Zakiah balik Kajang ke hari ni?..Bukan Kajang banjir ke...semalam keluar diberita Bandar Kajang banjir..mungkin banjir kilat kot..


Kajang banjir?..terdetik dalam hati betul ke ni? rumah ana terkena sekali ke banjir tu? Ya Allah!! Rasa macam tak percaya..Bukalah FB..dan ternampaklah status dari Friend yang upload video banjir di Bandar Kajang..Ya Allah !! Betul!!


Mulalah hati  ni rasa tidak selesa sungguh..keluarga macam mana?Taman Sekamat termasuk sekali ke?
Apalagi teruslah call walid....Cemas!! Alhamdulillah..Rumah kami tak terkena dalam banjir tu..Bila tengok semula..Allahuakbar!!Subhanallah!! Ada maksud Tuhan datangkan banjir kilat secara tiba-tiba ni. Banjir ini hanya berlaku ditengah-tengah bandar dan kawasan berhampiran Kajang..Tidak termasuk Jalan Reko.tapi sampailah ke Taman Sekamat namun,alhamdulillah oleh sebab kedudukan rumah kami yang berada di penghujung dalam taman jadi selamatlah..Hanya rumah-rumah yang depan je terlibat.


Begitulah kuasa Tuhan. Jika Tuhan nak datangkan musibah pada hamba-hambaNya,sekelip mata je boleh berlaku. Ni ada maksud Tuhan ni. Allah nak ingatkan penduduk kajang ni terutamanya supaya jangan berlalai-lalai sangat dengan dunia ni. Selalunya buat penduduk Kajang, Bandar Kajanglah yang selalu menjadi tempat berjalan-jalan,lepak-lepak,enjoy-enjoy..beli-belah..Plaza Metro Kajanglah yang selalu menjadi tumpuan. Nah! skarang Tuhan datangkan musibah ini untuk dibersihkan semula Bandar Kajang ini yang terlalu sangatlah kotor fizikal dan maknawinya..






Ni antara video yang menunjukkan suasana ketika banjir di Bandar Kajang.




.Semoga kita redho dengan dugaan ini. Usahlah dipolitikkan mahupun dikutuk. Redholah dan berlapang dada dengan musibah ini. Moga ia adalah cara yang paling terbaik untuk Allah bersihkan Kajang dan seluruh penghuninya...


Baba selanjutnya disini
Ni antara photo-phota banjir:





















Seterusnya perkara kedua..Sungguh tak terkata..terkedu..terkejut..Astaghfirullah!!! Memang dunia sudahlah sangat perlu kepada kemunculan Penyelamat Dunia. Manusia yang kebanyakannya dah terang-terang-terangan berjiwa dan berwatak haiwan. Nafsu menguasai iman dan akal!!!.
Isu yang sangat panas.."Ibu kandung yang mencintai anak lelaki kandungnya sendiri dan memperlakukan anaknya itu seperti suaminya"..Apa sudah jadi????


 Ni videonya..Tontonlah sambil beristighfar dan memohon keselamatan dari Allah   
(-,_-,)  >>>












Sudah selesai tonton?? Apa perasaan antum semua selepas menonton video di atas tu?? Kasihan sungguh pada mereka berdua kan?? Seorang ibu yang  diberi amanah oleh Allah untuk menjaga,membelai, mendidik anaknya dari dalam kandungan...sehinggalah dewasa..Namun, boleh pula bertindak sedemikian pada anaknya sendiri. Sudahkah tidak ada perasaan kasih sayang seorang ibu pada anaknya? Seakan nafsu yang lebih menguasai diri sehingga tidak nampak mana  anaknya sendiri, mana yang hak mana yang batil.


Mungkin ini yang didedahkan kepada masyarakat? Mereka sangat berani menonjolkan diri dan menceritakan kepada masyarakat.Bagaimana pula yang lain? Na'uzubillah..


Ya Allah..sudahlah!!! Cukuplah denganlah masalah anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi, cukuplah dengan Persatuan-persatuan Gay yang semakin berlambak-lambak,Pondan,Lesbian..Sexuality Merdeka,zina, rogol...banyaklah lagi.Itupun yang dipaparkan didalam akhbar,kes-kes yang ditemui. Kalau dicampur dengan kes-kes yang tidak ditemui lagilah parah.


Apa perasaan antum semua? Rasa selesa bila dengar perkara-perkara macam ni? atau tiada rasa apa-apa?atau berkata: "Biasalah tu..dah akhir zaman, memang macam-macam akan berlaku"..slumber saje..
(-,_-,)


Iye.. kita ummat Rasulullah yang sangat di penghujung zaman. Memang Rasulullah sudah berkata bahawa di akhir zaman ini akan berlaku bermacam-macam kemaksiatan yang berleluasa tanpa ada segan-silu.
Namun.....................................................................
takkanlah kita nak teruskan biar perkara ini berlaku tanpa berbuat apa-apa. Sungguh kita perlukan kepada seorang penyelamat dunia!!!!! yang akan mengubah dunia ini kepada bercahaya semula sebagaimana datangnya Rasululullah  menyelamatkan dunia pada suatu ketika dahulu.


Ya Allah segerakanlah kezahiran dan kemunculan  Penyelamat Dunia ini yang akan mengubah seisi dunia..dari kemaksiatan kepada kebajikan dari kegelapan kepada cahaya.........


'Seorang Pembela punya karomah yang akan datang dikurun ini,
Padanya jua diberkan barokah,
3 darjat yang ia miliki,
Kalifah,Mujahid dan Mujtahid.
Kerna ia akan tiba.

Kerana Rasul telah bersabda,
Berita gembira untuk kita,
Kedatangannya mengubah dunia,
Dari kegelapan kpd cahaya,
Dari penindasan kpd pembelaan,
Dari kejahatan kpd kebaikan,
Dari pecah belah kpd ukhwah,
Diwaktu itu kezaliman akan musnah.

Ahli agama yang berjawatan rasmi,
Perosak agama diatas nama agama, 
Mereka akan sedar diri,
atau akan menerima hukuman Illahi kerana kesalahan mereka.

Diwaktu itu dunia ini segalanya akan berubah,
Segala rahsia akan terbongkar,
Takkan dapat lagi berpura-pura
Kerana ia akan terjadi.
Kerana ia kan pasti tiba.'
Amin.

Thursday 1 December 2011

Minggu ini..Rintihan hati ini~

Allahuakbar!! Allahuakbar!!Allahuakbar!!
Alhamdulillah!!Terima kasih Tuhan!! Alhamdulillah!!

Selawat dan pujian buatmu Ya Rasulullah..

Minggu ni berbagai-bagai perkara yang berlaku ke atasku..
Tentang klinikal mahupun luar klinikal..

Hemm..tentang klinikal,rasanya malas untuk diceritakan...
Kekadang  terasa sudah sangat penat untuk memikir,berbual dan bertindak tentang apa-apa yang berkaitan klinikal..Allah!!!Berikanku kekuatan hati..jiwa..perasaan..fizikal..(-,_-,)

Baru tadi mendapat mesej dari kakakku..
Mengirim berita tentang SATU KEAJAIBAN yang berlaku pada sahabat seperjuangan kami di London.
Ibunya yang juga merangkap murabbiku..yang sangat berjasa padaku..
Sering mengingatku tentangMu Tuhan, tentang kekasihMu Ya Rasulullah, tentang janji-janjiMu diakhir zaman ini, tentang perjuangan..apa yang kita dah perjuangkan untuk Islam sebenarnya??

Allah!!! terasa sangat rindu pada Cg Aqilah..rindu pada kata motivasinya,rindu pada semangatnya,rindu dengan nasihat-nasihatnya yang terkadang sangat menyentuh hati untuk berubah..Walau kekadang dimarahi tapi itulah sebenarnya peringatan yang ingin Cg sampaikan..ingin buka seluas-luas minda dan hati ni..jangan begitu sahaja!!!Allah!!Allah!!! RSA..!!Wahai Nur Muhammad..rindu..rindu pada kenangan itu semua..
Seakan pemergian mereka ke London hilang separuh kekuatan pada diriku...RSATS!!

Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!! terasa gementar,takjub,cemburu,cemas,sedih,gembira yang semuanya bercampur-baur apabila membaca kiriman mesej itu..Allah!!Sungguh beruntungnya mereka..
Sanggup tinggalkan tanahair tercinta,sanggup tinggalkan kemewahan dunia ini..sanggup berkorban,masa,tenaga,hati,perasaan,harta,keluarga,sanak-saudara untuk berjuang demi Islam tercinta.
Masih tergiang-giang dingatan,kata-kata yang selalu diulang-ulangkan Cg Aqilah..."Siapa lagi yang mahu bela Islam?? Islam sudah sangat terhina!!Siapa lagi yyang mahu bela Allah dan Rasul??"
Menitis air mata hatiku..Seakan terasa diri ini sangatlah USELESS..seperti tidak berbuat apa-apa untuk kebangkitan Islam akhir zaman ini..Allah!!!(-,_-,)

Sungguh beruntunglah mereka..betul-betul dijalan Allah dan Rasul..Sanggup berbuat apa sahaja untuk Allah dan Rasul..
Maka Allah dan Rasul bela mereka disana..Pelbagai keajaiban yang berlaku disana...Tidak dapat difikir oleh akal yang terbatas..

Berkat rintihan,mohon keampunan sungguh-sungguh pada Tuhan...pada RSA..dimalam yang sunyi sepi maka .Allah tunjukkan kebesaraNYA...terpancarlah cahaya-cahaya suci para roh solihin dan muttaqin..

Hati  menjadi sebak dan sayu..bilakah aku akan sampai ke tahap itu Ya Allah, Ya RSA?? bukanlah mengharapkan keajaiban berlaku padaku..tetapi mengharapkan hati yang yang seperti mereka..hati yang sentiasa merintih,rasa berdosa, merayu..menangis,menagih janjiMu Tuhan untuk Islam ini...


Friday 25 November 2011



Hati Orang Mukmin

Orang mukmin itu hatinya sentiasa gelisah
Bukan gelisah kerana dunia
dan bagaimana nasib di dunia di masa tuanya
Resah dan gelisah dengan Tuhan dan hari Akhiratnya
Berbagai-bagai perasaanlah yang dia rasa,
hingga hatinya sibuk dengan Tuhannya
Susah dengan dosa sama ada yang sudah dilakukan
mahupun kalau terbuat di masa depannya
Apakah Tuhan sudah terima taubatnya,
hatinya berkata-kata sentiasa
Ibadahnya apakah Tuhan terima?!
Amal kebajikannya apakah ikhlas dia membuatnya,
kerana tipuan syaitan dan hati amat halus
Ikhlas di pangkal, rosak di dalam perjalanannya,
selamat di dalam perjalanan, rosak pula di hujungnya
Bagaimana nanti penutup hidupnya?
Atau penutup umurnya
Apakah husnul khatimah atau suul khatimah
Sedangkan menuju Akhirat gangguan terlalu banyaknya
Bukan sahaja gangguan luarnya
tapi gangguan batinnya lagilah amat halus
Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku
Aduh hatinya gundah-gulana sahaja selalu
Selalu sahaja berombak, macam air laut
sentiasa berkocak tidak henti-hentinya
Walaupun badan lahir sesama manusia,
makan sama, berjalan sama, berbual sama,
tapi lautan hatinya bergelombang tidak sama
Bergelombang kerana takut dengan Tuhannya,
kalau tidak gelombang besar, gelombang kecil pasti ada
Kalaulah gelombang hati orang mukmin itu
diperlihatkan kepada manusia bersamanya
Nescaya manusia tidak minat hendak bergaul bersamanya
Kerana orang yang bersamanya terganggu sama hatinya
Begitulah hati orang mukmin, walaupun bibirnya senyum
tapi hatinya muram sahaja
Aku Hamba Yang Lemah Wahai Tuhan




Tuhan! Engkau suruh aku bermujahadah

Aku cuba bermujahadah, mujahadahku adalah kehendak dan kuasa Engkau, aku tiada kuasa apa-apa


Kalau Engkau kehendaki jadi, jadilah mujahadahku


Engkau arahkan aku menjauhi dosa


Aku berusaha meninggalkannya, usahaku juga adalah di dalam kekuasaan dan kehendak Engkau



Aku tidak ada kuasa sedikit pun di dalam soal ini



Kalau aku gagal ampunkanlah aku Tuhan



Tuhan! Engkau suruhku melaksanakan suruhan Engkau 






Aku berusaha melakukannya, tapi aku telah katakan usahaku juga adalah kepunyaan Engkau



Kalau aku lemah melaksanakannya ampunkan aku Tuhan

Aku adalah hamba-Mu, lemah, dhaif, tiada kuasa pun


Walaupun aku berkehendak membuat baik dan menjauhkan kejahatan



Kehendakku juga adalah tertakluk dengan kehendak dan kuasa Engkau



Jika kehendak Engkau berlawanan dengan kehendakku, kehendak Engkau jugalah yang berlaku dengan hikmah yang tersembunyi



Kehendakku terbatal sama sekali dengan keadilan Engkau



Padahal kehendakku yang terbatal itu adalahjuga dari kuasa dan kehendak Engkau pada hakikatnya



Aku hamba-Mu tiada kuasa apa-apa



Segala-galanya bergantung dengan kuasa dan kehendak Engkau



Dengan rahmat-Mu Tuhan aku pohon kepada-Mu segala kehendakku yang baik biarlah selari dengan kehendak Engkau



Sudah tentu kehendakku itu terjadi



Jika kehendakku yang jahat itu, walaupun hakikatnya dari kehendak dan kuasa Engkau



Engkau kan ada kehendak yang tersendiri pula



Biarlah kehendakku itu ……….berlawanan dengan kehendak Engkau, agar ia tidak terjadi



Agar aku terselamat dari dosa dan derhaka



Takdirkanlah aku membuat kebaikan itu sama dengan kehendak Engkau 



Jika ditakdirkan juga segala kejahatan yang Engkau kehendaki biarlah Engkau takdirkan juga dengan tidak kehendak Engkau



Jika kegagalan itu bersamaan dengan kehendak dari Engkau ia tidak akan terjadi, selamatlah aku



Tuhan! Segala kebaikan untukku, aku serahkan kepada-Mu Tuhan mentakdirkannya



Agar kehendakku itu terjadi, beruntunglah aku



Memang setiap kebaikan dan kejahatan yang terjadi itu ada hikmah yang tersembunyi


Maha Suci Engkau daripada menzalim

Thursday 24 November 2011

~Hamba Lemah~



Tuhan..berikanlah kepadaku kekuatan..

Agar dapat kutempuhinya segalanya dengan tenang dan gembira..




Tuhan..

Dalam menghadapi ujianMu, lebih-lebih lagi dengan ujian dari manusia,

Yang sangat mencabar hati dan perasaanku,

Yang sangat mengugat Mujahadahku,

Yang menimbulkan perasaan benci kepada manusia itu,

Sungguh!! aku cuba bersabar..aku cuba bersangka baik dengannya,

Namun kekadang Wahai Tuhan,aku tidak dapat menahannya,

Aku terasa perit didalam hatiku menahan perasaan sabar ini,

Sungguh!!!Sangat perit dan jerih sabar ini.

Lantas ku menangis sendirian..menangis semahu-mahunya..









Namun,kekadang air-mata yang keluar dari mataku ini tetap juga tidak dapat meredakan perasaanku ini,

Kekadang aku sangat penat untuk menangis lagi..

Lantas....

aku menghadapMu Tuhan..

Ku serahkan hatiku padaMu,

Engkaulah Pemilik hatiku,

Maka dengan ini Wahai Pemilik Hatiku tolonglah selamatkan hatiku...









Kuatkanlah hatiku seperti kepingan-kepingan besi..

Walau ditumbuk,dipukul,dihentak-hentak..namun besi itu tetap tidak berubah apa-apa.




Biarlah manusia disekelilingku mengjadikan aku seperti hambanya,memarahiku,menghinaku,

Namun hatiku tetap begitu,tiada perasaan apa-apa.

Biarlah kemaafanku padanya mendahului kemarahan dan kebenciaanku yang terpendam ini.

Lembutkanlah hatiku Tuhan..






Tuhan..aku hamba yang lemah...

Ujian yang kau timpakan padaku sangatlah sedikit dibandingkan pada kakakku..

dibandingkan pada ummi walidku,

dibandingkan dengan mursyidku,dibandingkan dengan para kekasih-kekasih Mu,

Sangat jauh lagi untuk aku mendapat gelaran kekasih di hatiMu Tuhan..

Jauh..jauh dan sangat jauh...











Oleh itu Tuhan,tolonglah pimpin hatiku..

Suburkan hatiku dengan ketenangan ..kebahagiaan hati..

Temukanlah aku dengan Si Dia yang boleh menjadi temanku berbicara,

Yang boleh menjadi temanku berkongsi masalah,

Yang boleh menjadi wasilah antara Aku dgnMu apabila ku menjadi miliknya,

Yang boleh mengingatkan ku padaMu..









Perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah.

Ampunkan dan maafkan aku yang sering kelalaian,yang sering berdosa padaMu,

tapi masih lagi tidak tahu malu untuk meminta itu dan ini.

Engkaulah Tuhanku,..kepada siapa lagilah tempat ku meminta dan mengadu..

Ampunkanlah dan perkenankanlah Ya Allah.



Moga hari esok,esok dan esok ada kebahagiaan untukku .....

Monday 21 November 2011

~Pengalaman kecilku~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,Terima Kasih Tuhan ..Terima Kasih Ya Rasulullah..

Ya Tuhan, Ya Rasul izinkan daku menulis sepatah dua dalam blog yang hina dina ini.Moga jika ada kebaikannya dapatlah ia menghapuskan dosa-dosaku dan kuhadiahkan pahalanya buat mursyidku,kedua ibu-bapaku,guru-guruku dan semua yang telah banyak berjasa padaku.

Begitu pantas masa berlalu..pejam celik-pejam celik dan alhamdulillah sekarang ni Tuhan masih lagi sudi men’celik’kan mata ini lagi hingga ke saat menulis ini.
Terlalu banyak perkara yang telah pun berlalu meninggalkanku ..
Semuanya pergi dan tidak akan kembali lagi..Namun kenangan-kenangan itu sangat tegar dmindaku hinggalah ke hari ini.

Kini usiaku telahpun menjangkau 21 tahun 1 bulan 3 hari.Dah tua kan??Huhuhu..



Dalam seusia ini kadang-kadang terlintas di hatiku..”Apakah yang telah aku lakukan sepanjang hidupku?”..Ya Allah jika mahu dikoreksi semula diri ini..Jika mahu dipaparkan tayangan video tentang perjalananku sepanjang 21 tahun lebih ini,malu sungguh rasanya..memang tiada apa-apa yang special buatku. Namun aku terlalu rindukan kenangan diwaktu kecilku dulu.



Teringat lagi diwaktu kecilku,aku seperti budak biasa yang lain,suka sangat bermain. Apatah lagi diwaktu kecilku aku hidup dalam suasana kampung. Berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang berlainan negeri. Dilahirkan di rumah nenekku di Felda Bukit Mendi. Waktu tu seingat ku kami tinggal di Batu Hampar kemudiaan berpindah di Bagan Berkat sehinggalah usiaku mencecah 5 tahun. Kemudian kami berpindah ke Kg Pangsun,Temerloh setahun disitu dan kemudian dua tahun di Kg Paya Pulai,Temerloh.
Sekolahku yang dirindui..(-,_-,)



Teringat lagi waktu tinggal di Kg Paya Pulai tu terasa sangatlah indah. Mana tak indahnya,sekeliling ramai dengan kawan-kawan yang sekepala,jiran-jiranku yang suka ajak main itu dan ini.Main pondok-pondok,naik basikal ramai-ramai sekeliling kampung Paya Pulai,pancing ikan..Nak dikatakan waktu duduk Paya Pulai tu segala macam permainanlah yang kami rasa.Sangat seronok!!Heheh..^_~

Kg Paya Pulai banyak tersimpan memori indah ..Susah dan senang..(^_^)

Signboard Paya Pulai...(papan tanda yg belakang tu agak menakutkan kan?nilah hakikatnya Paya Pulai..ngee)

Diusia kecilku memang aku sudah mengenal erti kesusahan,aku sudah diajar tentang kesusahan hidup. Masih kukuh dingatanku,sewaktu usiaku 8 tahun aku sudah diajar oleh walidku untuk ikut bersamanya pergi berniaga.Bayangkan pergi berniaga dengan naek motorsikal sahaja dan membawa sarat dengan muatan berkotak-kotak barang jualan, dan aku menemani walidku dengan duduk rapat-rapat dibelakang walid dan dibelakangku pula berat dan padat dengan dua ke tiga buah kotak yang menghimpit belakang badanku. Tidak cukup dengan itu, di raga bahagian hadapan pula walidku sumbat pula dengan kotak atau barang-barang jualan.Waktu tu,kami berniaga kek yang pelbagai jenis antaranya kek span yang berbagai rasa seperti orange dan pandan, kek coklat, dan kek Pai yang paling diminati pelanggan sehinggalah ke hari ini dimana ummiku pula menurunkan resepi ciptaannya itu kepadaku dan aku hidangkan buat santapan kawan-kawan kelasku.Memang mereka sangat suka dengan kek Pai ni..~_^.

Nampak sedap kan..heee.(^-^)

Alhamdulillah.Terima kasih Tuhan,Tuhan yang Maha Baik mengurniakan kepadaku seorang ibu yang sangat gigih pada suami dan anak-anaknya.Waktu tu ummilah orang yang sangat kuat memberi sokongan pada walid. Ummi sanggup bertungkus-lumus dari lewat malam hinggalah seawal pagi untuk menyiapkan kek-kek ini untuk dibawa ayahku pergi berniaga di Pekan Sehari atau dikenali juga sebagai Pasar Tani. Begitu gigih melihat ayahku berniaga . Hujan panas kami tempuhi sepanjang perjalanan pergi dan balik dari berniaga yang perjalanannya memakan masa lebih kurang 45 minit. Selalu juga kami basah kuyup akibat hujan disepanjang perjalanan pergi dan pulang. Ingat lagi,kadang-kadang turun hujan sangat lebat ketika berniaga,kilat sambar –menyambar,dengan rebut dan petirnya sekali,waktu tu memang sangat takut.Yelah masih lagi budak-budak.Walid pula kuat melaungkan azan ketika petir sabung-menyabung tu.Waktu tu sangat terasa kekuasaan Allah sehingga bergetar jiwa dan tubuh.Memang lencunlah baju kami berdua.



Gambar ehsan dari Pak Cik Gogg..ni baru berdua belum lagi ditambah muatan barang yang berkotak-kotak..huhu

Sedari kecil,hasil pengalaman dan pengajaran yang ku dapat dari berniaga bersama ayahku,memang jelas sangat bahawa dengan berniaga sendiri ini mengajar ku kuat pergantungan dengan Allah.Tawakkal. Yelah, kadang-kadang sangat banyak barang jualan yang tidak habis oleh sebab pelanggan kurangterutama diwaktu cuaca yang tidak menentu.Kadang-kadang waktu hujan sangatlah kurang pelanggan,dan kadang-kadang boleh habis juga jualan.Begitulah sebaliknya.Memang sangat tidak menentu.

Allahu Akbar!!(-,_-,)

  
  Kelencunan...

Sungguh inilah dinamakan Universiti kehidupan!!.Memang tidak akan dapat pengalaman ini didalam Universiti ciptaan manusia.Kami belajar bahawa hanya Allah sahajalah sumber segala rezeki.Jika Dia mahu berikan kepada kita,walau apa jua halangan kita akan dapat jua.Maha BaikNya Dia. Sebab itulah kata walid,walid kalau boleh mahu anak-anaknya semua pandai berniaga,bekerja sendiri,jangan bekerja dengan orang lain atau dibawah orang lain supaya kita tidak terikat dan kuat pergantungan dengan mereka. Yelah bila kita bekerja dengan orang lain,atau berkerja dengan kerajaan maka seolah-olah sudah termaktub dalam mindset kita yang kita akan dapat duit gaji setiap bulan.Jadi kita tidak perlu risau tentang hal gaji yang sudah terjamin setiap bulan. Seolah-olah kita sudah lupa bahawa sumber gaji itu hakikatnya dari Allah. Ini berbeza sungguh dengan kerja sendiri terutamanya yang berniaga. Sangat terasa bahawa kita ini sangat perlu kepada Allah. Ia seoalah-olah boleh mengingatkan diri kita selalu.


Sepanjang pengalaman hidupku sudah pelbagai jenis makanan yang walid telah niagakan. Dari pelbagai jenis kek ke pelbagai jenis kueh seperti kueh lompang, kueh serimuka, tepung talam,kueh bahulu,kueh peneram sehinggalah kami berpindah ke Taman Tasik Permai, Ampang sewaktu aku berusia 10 tahun. Waktu tu walid ditawarkan untuk mengajar subjek Bahasa Arab, Tajwid,dan Fekah untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6 di Sekolah Agama Islahiah,ABIM,Taman Tasik Tambahan..Walaubagaimanapun,perniagaan walidku tidak terhenti disitu,dikediaman rumah teres kami tu walid jadikan juga seperti kilang membuat Kek Bahulu. Ummilah yang gigih membuat kueh Bahulu dari pagi ke petang. Kami pula anak-anak turut serta dalam proses m’packaging dan sealer. Kueh-kueh bahulu ni diedarkan di merata tempat di kedai-kedai runcit sekitar Ampang,ada juga dijual dipejabat-pejabat melalui jiran-jiran tetangga yang sangat membantu. Dimalamnya pula rumah kami ni penuh dengan adik,kakak dan kawan-kawan setaman yang datang mengaji dirumah.Kadang-kadang tu walid adalah juga mintak tolong ajar adik-adik yang datang mengaji.Mengaji Qira’ati.Huhu.Sewaktu tinggal di Ampang,Alhamdulillah taraf kehidupan kami sudah menigkat.Dulu tinggal di rumah papan yang kecil di Kg Paya Pulai berpindah kerumah Papan yang besar dan panjang.Kemudiaan dari rumah papan berpindah pula kerumah batu yang kecil,ala-ala macam rumah yang macam bilik-bilil tu,tanpa halaman dan tanpa sepadan dengan jiran sebelah.Kemudian dari rumah batu yang kecil tu berpindah pula kerumah teres yang kecil,dirumah teres kecil inilah menjadi kilang Kueh bahulu dan tempat anak-anak mengaji Al-Quran dan Qiraati. Waktu tinggal di Ampang ni aku bersekolah di Sekolah Rendah Taman Tasik Tambahan dan Sekolah Rendah Agama Islahiah,ABIM sehinggalah aku menamatkan sekolah rendah dan UPSR di SKTT.
                                 Sekolah rendah yang kini berwajah baru..sempat merasa dari Darjah 4-6..;))

Oleh kerana dari kecil aku sudah melihat kesusahan hidup keluargaku,maka aku sangatlah ingin menggembirakan kedua ibu-bapaku dengan memberikan keputusan yang cemelang didalam exam. Sedari kecil, memang aku memaksa diriku untuk menjadi pelajar yang sangat rajin. Kena rajin baca buku,rajin ulang-kaji..buat latihan itu,buat latihan ini.Alhamdillah,walau tidak dapat perfect cemerlang dalam exam,dengan memperoleh 4A 1B dan Jaid Jiddan sudah mampu mebuatkan ummi walidku terhibur.Ingat lagi hadiah yang aku minta dengan walid jika aku mendapat 5A dalam UPSR..”Walid kalau nanti kak ngah dapat 5A nanti,walid kena belikan kak ngah buah tembikai ye?..janji!?..”Ye,walid janji insyaAllah nanti walid belikan.”. Pelik kan kenapa waktu tu minta buah tembikai sebagai hadiah?Padahal apalah yang ada sangat dengan buah tembikai setakat RM3 ke 4 dalam 1kg. Sungguh!!waktu tu sangat terasa lagi kesusahan ummi dan walid dalam membesarkan kami. Sampaikan nak minta itu dan ini pun rasa sangatlah tidak sampai hati. Kadang-kadang tu kalau walid keluar naek motor pergi mengedar kueh ,dalam hati sangatlah cemas..berdoa sepanjang masa didalam hati moga Allah selamatkan perjalanan walid pergi dan pulang sehinggalh walid sampai rumah barulah waktu tu hati lega.Huhu…


...bersambung...