Monday 22 August 2011

~Malam ke 23..~

Kian hari kian sampai ke penghujungnya..
Setiap yg bermula pasti akan ade pengakhirannya..
Tiada yang kekal didunia ini,semuanya akan berakhir dan binasa jua.

Malam ini aku cuba muhasabah diri,
Malam ni sudahpun sampai malam ke 23 Ramadhan..
Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya,
dan kini aku terpaksa menghadapi 10  malam terakhir Ramadhan dalam keadaan tidak boleh bersolat,
Rasa hiba dan sedih menyelubungi hati..
Namun sepatutnya ia tidak boleh dijadikan alasan untuk aku sama2 merebut mendapatkan Malam Lailatul Qadar..
Jika dikoreksi diri ini rasanya apakah yg telah aku lakukan sepanjang 22 hari yang lepas sepanjang Ramadhan ini???..Terasa macam tak lakukan apa2 pun,terasa memang tak cukup overhaul hati..mazmumah masih lagi bersarang didalam hati..masih lagi cintakan dunia..Belum lagi habis Ramadhan,tapi sudah terfikir baju raya x beli lagi..itulah..inilah...  Allah!!!!!!!!!!!
Jika memang aku sudah lakukan ibadah seperti terawikh,tilawah quran..namun terasa seolah-olah segalanya aku buat tu Allah x terima..terasa tiada nilai disisi Tuhan..T_T
Mana tidaknya terawikh dalam keadaan ngantuk2 disebabkan penat seharian ade clinic,ade jgk miss terawikh sebab ade kuliah hingga larut malam,..ALASAN je semua tu!!!Hakikatnya roh yg tidak terbangun-bangun untuk menghidupkan semua ibadah itu..Jika roh sudah kuat dan terbangun maka sudah tentulah akan boleh menghidupkan fizikal lahir sekali..ibarat seekor burung didalam sangkar..seekor burung yang kuat sehingga ia mampu terbang kelangit bersama-sama dengan sangkarnya sekali.

Seekor burung didalam sangkar yang tiada kekuatan diri  melepaskan diri..




Nah!!inilah hasilnya,hasil kekuatan diri,mampu mepaskan diri terbang tinggi meninggalkan sangkar yg membelenggu..
Begitu juga dengan tilawah quranku..berusaha untuk menghabiskan 30 juzuk dalam mase sebulan ni..Kadang-kadang jeles tengok kawan2 yang sudahpun khatam Al-Quran..Bila dikoreksi balik diri ni,apakan sebenarnya yg aku kejar sangat untuk menghabiskan 30 juzuk quran dalam masa sebulan ni tetapi tidak tadabbur isinya,ibarat seperti seekor burung kakak tua yang hanya tahu meniru gaya orang tetapi tidak faham apa yg ditirunya.Wal'ilyazubillah,jika ini menyebabkan Al-Quran akan melaknat aku diahirat nanti..T_T..
Begitu juga dengan solat malamku,terasa sama seperti malam2 yang lalu..Oh Tuhan mengapa begitu susah untuk mengalirkan airmata taubat!..Keras sungguh hatiku,jika menangis kerana dunia tersa laju mengalir..dan jika mahu mengalir untuk memohon ampunanMu..begitu susah sekali..Kurniakanlah Ya Allah!..
Oh Tuhan,jadikanlah tinggalan 7 hari Ramadhan  ini..semua yang aku lakukan ikhlas keranaMu..mencari Redhomu,untuk meng-up-grade  rohku..supaya puasaku adalh puasa roh yang benar-benar menghidupkan rohku agar terpancar di jasadku sehingga aku benar menjadi anak yang solehah pada kedua ibu-bapaku,taat dan cinta 100% pada mursyidku,hamba yang benar2 bertaqwa padaMu.Sampai bila lagi aku mahu pertahankan nafsuku yg sudahpun merajai diriku ini Tuhan...T_T..


Siapalah yang tidak mahu merebut malam Lailatu Qadar..hanya orang yang jahil dan buta shj akan tidak mempedulikannya..Teringatku firman Allah s.b.t yg bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr.Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr.Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan.Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan.Salam(sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar"





Pada malam itu,demi mendapatkannya,Rasulullah saw mengasingkan dirinya dan isteri-isterinya,beriktikaf di dalam Masjid Nabawi,beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh kita lakukan adalah seperti qiamullail,puasa fardhu,berbuka,solat Terawikh,tilawah Al-Quran,berdoa,berzikir,istighfar,muhasabah diri dan sebagainya.

Sungguh baiknya Tuhan,dikurniakan kita malam yang lebih baik dari seribu bulan kpd hamba-hambaNya untuk memberi peluang kpd kita membersihkan diri,memohon keampunan dan bermunajat kpdNya.Sungguh rugi bagi orang yang tidak merebut peluang ini dan membiarkannya berlalu begitu shj.












Sunday 21 August 2011

~Mari kalahkan Nafsu~


Nafsulah yang sangat menghalang diri manusia daripada bertaqwa. Oleh itu langkah pertama untuk bertaqwa ialah memerangi hawa nafsu itu. Nafsu mengajak kita lupakan Allah, lalai akan-Nya, tidak peduli akan-Nya, tidak menyembah-Nya dan melanggar perintah-Nya.

Nafsu menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah, daripada sabar dengan Allah, daripada redha dengan Allah, daripada tawakal dan harap kepada Allah. Maka lawanlah nafsu kita agar hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, redha, tawakal dan harap kepada Allah.

Nafsu mendorong kita bersifat sombong, takabur, hasad, dengki, dendam kesumat, buruk sangka, bakhil, cinta dunia, pemarah, kasar, ujub, riyak dan lain-lain sifat mazmumah.

Oleh kerana sifat nafsu yang asal (ammarah) itu sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan dan dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti kita lawan. Kita ajak hati kita berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf, lemah lembut dan lain-lain. Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguhlah untuk membuang sifat mazmumah supaya  diganti  dengan sifat mahmudah itu.

Allah SWT perkenalkan sifat nafsu kepada kita:

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

Kerana itu juga Allah SWT perintahkan berpuasa, kerana puasa itu salah satu cara untuk melawan nafsu. Perintah puasa itu matlamat akhirnya agar kita memperolehi taqwa.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 2:183)

Puasa (dalam bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

 الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ

"Orang yang berjihad ialah yang berjuang menentang kehendak dirinya (nafsu yang buruk)." (At-Tirmizi, 1621)

رجعنامن الجهاد ألا صغر إلى الجهاد ألاكبر ، قالوا وما لجهاد ألاكبر؟ قال جهاد القلب أو جهاد النفس

"Kita baru balik dari satu medan peperangan yang kecil menuju ke satu peperangan yang besar," kata Rasulullah. Maka kehairananlah para sahabat lantas bertanya: "Peperangan apa itu ya Rasulullah?" jawab baginda: "Jihad hati atau jihadun nafs (berperang melawan hawa nafsu)."  (Riwayat Baihaqi dengan sanad dhaif)

Untuk mendidik nafsu sangat sukar kerana nafsu adalah sebahagian dari diri manusia. Ia tidak dapat dipisahkan, tetapi ia tetap musuh kita. Kerana ia memberi jalan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu jika kita gagal mendidik nafsu, ertinya kita gagal mendidik diri kita dan kita juga pasti gagal untuk mendidik manusia lain.

Nafsu peranannya berkehendak atau merangsang. Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak. Kehendaknya sama ada baik atau jahat, mengikut keadaannya, kalau nafsu telah baik, maka dia mendorong kebaikan, jika ia masih belum terdidik, masih kekal jahat, maka pastilah ia mendorong kepada kejahatan.

Kehendaknya semula jadi sangat gelojoh, rakus, tamak dan bakhil. Kemahuannya sangat luar biasa tidak ada batasnya, macam laut tidak bertepi. Kalau hendak diikutkan, badan boleh merana, terseksa dan binasa.

Bahayanya jika kita gagal mendidik nafsu. Jika kita kalah kepada musuh lahiriah, kalah dalam berjuang fi sablillah, Allah beri syahid, tetapi jika kalah dengan musuh batin yang bernama nafsu ini, akan menderita dari dunia hingga ke akhirat. Di dunia tiada ketenangan jiwa, sentiasa rasa sengsara, sementara di akhirat kekal dalam azab neraka yang amat pedih.

Firman Allah SWT:

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

 “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 91: 9-10)

Kalau nafsu kita tidak terdidik dan sentiasa mengancam kita, bagaimana kita hendak mendidik nafsu orang lain? Inilah sumber kegagalan para pemimpin, ibu-bapa, guru-guru dan lain-lain dalam mendidik manusia. Mereka susah hati kerana anak-anak, rakyat dan murid tidak menuruti mereka. Masalahnya, bagaimana mereka dapat membetulkan orang lain jika mereka belum mampu membetulkan diri mereka sendiri. Jika tidak berjaya mendidik diri, mereka tidak akan berjaya mendidik orang lain.

Kerosakan masyarakat berpunca dari kegagalan mendidik nafsu. Akibatnya semakin cuba dididik, walau dengan pelbagai cara,  masyarakat semakin rosak. Inilah yang terjadi sekarang. Ini semua bersumber dari nafsu yang tidak terdidik.

Oleh kerana nafsu adalah sebahagian dari diri, maka ia sangat sulit untuk dilawan. Tetapi usaha melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi) mesti dilakukan. Jika tidak manusia akan sentiasa terdorong untuk berbuat jahat.

Untuk itu dalam melawan hawa nafsu kita mesti menempuh cara-cara sebagai berikut ini :

1. Memahami syariat.

Jika syariat tidak difahami, kita tidak akan tahu sifat-sifat dan tindakan nafsu. Kita tidak akan tahu nafsu itu musuh, nafsu itu highway bagi syaitan dan kita tidak dapat menilai kehendak-kehendak nafsu, boleh ataupun tidak boleh, halal ataupun haram. Kita juga tidak akan tahu kejahatan nafsu dan sejauh mana nafsu telah dijinakkan. Perlu tahu dan faham peringkat-peringkat nafsu serta sifat-sifatnya. Mereka yang faham dan mencuba mendidik nafsu akan dapat menilai sudah sampai ke tahap mana nafsu mereka ditingkatkan? Tegasnya, jika syariat tidak difahami, syarat-syarat yang lain tidak akan bererti apa-apa.

Nafsu pula ada 7 peringkat: 

1. Ammarah - nafsu yang sangat jahat.
2. Lawwamah - nafsu yang lemah mujahadah, kerana itulah selalu sahaja mencerca dirinya
3. Mulhamah - nafsu yang sudah mula terpimpin dan terdidik tapi belum kuat, belum mendarah mendaging. Masih di dalam kebimbangan lagi. Itulah nafsu orang yang soleh.
4. Mutmainnah - nafsu yang sudah tenang, ia tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan mahupun kesusahan sudah dapat darjat wali kecil.
5. Radhiah - nafsu yang sudah redha apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah sama ada senang mahupun susah.
6. Mardhiah - nafsu yang Tuhan pula redha dengannya.
7. Kamilah - kemuncak kebersihan nafsu. Tahap ini diperolehi oleh para rasul dan para nabi sahaja.

2. Menahan kehendak-kehendak yang negatif.

Untuk menahan kehendak nafsu tidak mudah. Terasa sangat menyeksa jiwa. Sebab kehendak nafsu adalah juga kehendak kita (nafsu sebahagian dari kita). Bayangkan, kita ingin melawan kehendak kita, tentu terseksa. Contohnya, mereka yang sejak kecil lagi telah terbiasa merokok. Kehendak nafsu itu tidak mudah hendak dibuang kerana sudah mendarah daging. Walau bagaimana payahpun melawan nafsu, segala kehendak yang negatif berdasarkan syariat perlu dilawan dan dihindarkan.

3. Mendorong kehendak-kehendak yang positif.

Bila kita suluh dengan ilmu, ada kehendak-kehendak nafsu yang positif maka hendaklah kita dorong. Hendaklah kita giatkan lagi supaya dapat membuat kebaikan yang banyak. Lakukan sebanyak-banyak perkara yang nafsu benci.

Nafsu benci kalau kita pemurah, tetapi ia suka kalau kita bakhil atau kedekut, maka lawanlah ia dengan memperbanyakkan sedekah.

Nafsu benci jika kita banyak solat sunat, lebih-lebih lagi di malam hari, tetapi ia suka kalau kita tidur dan lalai. Maka lawanlah ia dengan banyakkan berqiamullail di malam hari.

4. Istiqamah.

Dalam melakukan usaha untuk menahan kehendak nafsu yang negatif dan mendorong kehendak nafsu yang positif kita akan merasakan kesusahannya. Inilah yang dinamakan mujahadah. Dalam bermujahadah hendaknya istiqamah. Kita memerlukan kesungguhan, dorongan dari fikiran dan seluruh tenaga lahir untuk bermujahadah. Ertinya, perlu dikerahkan seluruh tenaga dalam diri untuk mencapai maksud itu. Tidak boleh dilakukan secara bermusim, kadang-kadang kita mengikuti yang negatif atau tidak lagi terdorong untuk melaksanakan kehendak nafsu yang positif.

 Ada orang hanya bermujahadah melawan nafsu di bulan Ramadhan sahaja, itupun kerana terpaksa. Malah ada yang mujahadahnya hanya disiang hari, dimalam harinya dia makan semahu-mahunya, hingga tidak mampu bangun lagi. Jelaslah dia telah dikalahkan nafsu.

Istiqamah sangat sukar kerana bila nafsu didorong pada hal-hal yang positif, ada yang terkorban. Itu bukan mudah. Misalnya, berderma. Berderma itu mudah dari segi ilmunya, tetapi dari segi realitinya susah dan berat sebab ada yang terkorban. Tetapi kita mesti terus bermujahadah, biar konsisten atau menjadi rutin.

Tujuan istiqamah ialah agar kebaikan yang dibuat dan kejahatan yang ditinggalkan menjadi tabiat. Bila dikatakan tabiat, ertinya sudah melekat dengan peribadi kita. Sudah tidak terasa berat. Bila yang negatif, terluncur (spontan) saja ditinggalkan. Begitu juga kalau yang positif, terluncur saja dibuat. Tanpa difikirkan dan tanpa perlu mujahadah lagi.

5. Mesti ada guru (murabbi) sebagai tempat rujuk.

Sepintas lalu, jika sudah memahami syariat, apa perlunya guru. Bukankah semuanya sudah difahami? Tetapi perlu diingat, di dalam ajaran Islam ada hal-hal yang seni, halus yang bukan berbentuk lahiriah. Hal-hal itu tidak dapat dilihat dengan mata, akal atau hati yang biasa. Pada keadaan seperti itu, guru sangat diperlukan. Misalnya, bila kita mendorong nafsu pada hal-hal yang positif, misalnya berderma, maka berdermalah habis-habisan. Ketika kita mengetahui dari segi syariat, berkorban itu digalakkan, maka kitapun berkorban, hingga tidak ada satu pun yang tinggal pada keluarga sendiri. Dapur rumah pun tidak berasap. Pada saat itulah perlu ada guru yang menunjukkan.

6. Mujahadah dan riadah.

Kita perlu mengerahkan seluruh tenaga dalam diri (lahir dan batin) untuk mendorong kehendak nafsu yang positif dan menahan kehendak nafsu yang negatif. Hal itu memerlukan latihan (riadah). Misalnya, berani perlu dilatih. Seseorang yang hanya duduk di rumah, diberi ilmu dan nas tentang sabar tetapi tidak ditunjukkan pada realiti kehidupan, ertinya tidak dilatih untuk sabar. Kerana itu ketika bergaul dengan masyarakat, barulah dia berhadapan dengan cabaran. Dalam masyarakat ada orang yang hasad dengki, pemarah dan sifat-sifat lain yang sangat menguji kesabarannya.

Justeru kerana itulah anak-anak yang belajar di pusat-pusat pengajian Islam, sekolah-sekolah agama atau pusat tahfiz, sangat berbahaya jika tidak diberikan latihan "terjun" langsung ke tengah masyarakat untuk menghadapi realiti kehidupan. Kadangkala setelah 15 tahun mengaji, baru terjun ke tengah masyarakat. Akibatnya mereka itu tidak tahan uji, kerana tidak pernah dilatih untuk itu. Tidak hairan ramai yang kecundang. Selalu kita dengar orang-orang begini terlibat dalam jenayah atau maksiat.

Bila berhadapan dengan godaan mudah saja mereka "hanyut". Keadaan mereka sama seperti orang yang dibekali dengan berbagai senjata tetapi tidak pernah dilatih cara menggunakannya (berperang). Tiba-tiba saja dihadapkan kepada peperangan sebenar, maka sudah tentu mereka kalah. Justeru itu mesti ada latihan (berperang) dengan hawa nafsu, itulah yang disebut dengan riadatunnafs (latihan melawan nafsu).

Bagi kita selain memberikan latihan-latihan secara langsung dengan membuat khidmat masyarakat seperti ikut bergotong royong, diberikan hukuman dengan tujuan untuk mendidik juga sangat diperlukan dalam proses mujahadah dan riadah.

Jika keenam-enam cara ini ditempuh dengan sebaik-baiknya barulah nafsu terdidik. Bila nafsu terdidik ertinya separuh dari diri telah terdidik kerana nafsu itu merupakan sebahagian dari diri kita. Selain itu, bererti kita akan dapat menilai nafsu kita di peringat mana, terutama bagi mereka yang dekat dengan murabbi atau guru yang mursyid.

Janji Allah bagi orang yang berjihad (mujahadah), dan bagi mereka yang berjaya melawan hawa nafsunya:

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

"Barang siapa yang benar-benar berjuang di jalan Kami, nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik." [Al-Ankabut:29:69]

وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ , فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." (An-Naziat:79:40-41)


محمد فضلي بن يوسف
27 Syaaban 1432H
29 Julai 2011

~Nafsu dan Anjing Liar~

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih teringat-ingat diingatanku tentang kuliah semalam..
Kuliah yang benar-benar menyentuh hati dan perasaanku..
Mengalir air mata fizikal dan rohaniku..
Sudah lama aku biarkan rohku..
Roh yang seakan tidak melonjak-lonjak imannya..
terasa sama shj saban hari..
Aduh Tuhan..Ampunkanlah HambaMu ini..T_T..

Anjing liar,seekor anjing yg tidak bertuan,anjing yg suka memakan bangkai-bangkai yg dipenuhi ulat dan najis,anjing yg suka menggigit-gigit,suka bercakaran,suka mencari gaduh..akan dipuaskan hatinya untuk mendapat apa yg dikehendaki.

Begitu jugalah nafsu sama seperti anjing liar yang jijik,agresif,garang dan sanggup berbuat apa shj untukdirinya...nafsu yg ingin bertuhankan diri,mengikut segala kemahuan hati,memuaskan diri semahu-mahunya..selagi tak puas selagi itulah dia akan memuaskan mengikut nafsunya..
Sehingga tuan empunya diri lupa tntang tuhannya..Nafsunyakah ataupun Allahu Rabbul 'Alamin yang menciptankannya!!!!!
Jika ia mahu makan..maka dimakannya ape shj,tidak kira halal atau haram,mahal atau murah,baik atau buruk,kenyang atau lapar..jika nafsu berkehendak kpd makanan itu maka akan dimakan semahu-mahunya sehingga terasa puas nafsunya..
Sanggup utk menikmati makanan itu walaupun jauh beribu-batu,walaupun duit di bank kekeringan..
Semuanya sanggup dilakukan demi memenuhi nafsu makannya itu..
Begitu jugalah nafsu kpd pakaian,harta,kebendaan..
Semuanya sanggup dilakukan demi memenuhi hasrat nafsunya.


Aduh Tuhan!!Saban hari nafsu yang dijinak-jinakkan,dibela-bela,disuap-suap..sehingga Engkau dilupai,
Nafsu telah menjauhkan aku dan Engkau.
Sungguh jahat nafsu padaku,tapi aku masih lagi  membelanya.
Sepatutnya nafsu itu aku tahan-tahan,aku pijak-pijak,aku belenggu dia..dan bukannya dia membelenggu aku..
Sungguh kejam nafsu itu..

Sampai bilakah aku mahu begini??takutnya aku dengan azabMu nanti..


3.45pm.
Kediaman Asrama Perubatan,
Temerloh.






Thursday 18 August 2011

~Berlalu Sudah~

Petang tadi selesai sudah Majlis Khatam Quran antara kami2 3rd Year gigi ni..
Alhamdulillah,kami sempat menghabiskan 30 juzuk Al Quran selepas dibahagi2kan kepada beberapa group dalam masa  2 minggu  lebih ..
Moga Tuhan nilai usaha2 kami ni untuk memeriahkan Keberkatan Ramadhan ini dgn tadarus membaca Al-Quran..Amin..
Kemudian sama2 ber'Iftar Jama'ie,Solat berjemaah, bacaan Yassin dan disudahi dgn Solat Sunat Terawikh.

Diam tak diam berlalu sudah 17 hari Ramadhan...Semakin hari,hati ni terasa semakin sedih bila mengenang akan berakhirnya Ramadhan.
Kadang2 terasa seolah2 Ramadhan itu bagaikan seorang kekasih,kedatangannya dirindui,kebersamaan dgnnya terasa bahagia dan pemergiannya ditangisi.Dan tidak pasti adakah aku sempat untuk bertemu Ramadhan akan datang.Takut Ramadhan ini akan berlalu sia2 begitu sahaja tanpa bawa apa2 perubahan pada diriku ini..
Moga Tuhan masih sudi lagi mendengar rintihan hamba ini..

Diam tak diam jgk, berlalu sudah 3 tahun aku mengaji tentang gigi ni.Lagi 2 tahun je lagi untuk habis jika lulus semuanya(InsyaAllah).Maksudnya jgk sebenarnya sudah setahun aku praktikal gigi,menampal beberapa tampalan,mencabut beberapa batang gg dan sewaktu dgnnya..
Bila dikoreksi diri ini selalu,setiap hari berlalu dgn rintihan dlm hati..'Mampu ke aku ni??..mampu ke??..
Last2 diri sendiri yg memujuk hati ni..:'Kamu mampu!!Kalau tidak masakan Tuhan masukkan kamu masuk di dalam bidang ini..Kamu je yg tersa diri Bodoh,Tak Pandai,Tak de skill,Slow buat kerja..TAPI Tuhan kamu itu lebih tahu tentang diri kamu berbanding diri kamu..diberinya beberapa kesulitan kpd kamu itu supaya kamu kerap merintih,berdoa,mengadu padaNya..Cuba jika kamu punya segala kelebihan itu sudah tentu kamu banyak lupa padaNya..lagi parah kamu akan rasa diri hebat..Nah!akibatnya lagi murka Tuhan pada kamu..

'La yukallifullahu nafsan illa wus'ahaa':Allah tidak akan membebankan hambanya kecuali sesuai dengan dirinya

Terima kasih Tuhan kurniakan hati yg suka memujuk diri ini.Hati yg suka mengajak untuk berHusnuz Zhon dgnMu..

Tiba2 hati ni rasa sedih pula..Sedih sebab terkenangkan Partner Clinic yg akan berpisah nanti.Pagi tadi adalah last clinic utuk sem ni aku berpartner dgn  Nusaibah Kamarul Zaman(maaf Bah,mempublisitikan nama Bah pulak,tapi utk pujian xpe kan..hehe)
Bagiku Bah seorang Parner Clinic yg sangat baik,suka bertolak-ansur,bekerjasama,sangat membantu ,boleh lagi control perasaan walaupun marah sebenarnya(memang salute la!!).Rasa Bah baik sangat..Yelah partner kawan lain kita tak tahulah kan sebab kita parner dgn Bah je kan.Mintak maaf sangat2 pada Bah jika selama kita ni yg jadi partner bah,kita x sedar diri dan banyak mengguris Bah.dan maaf sangat2 pada Bah jika x bermanfaat  sangat pada Bah..Yelah kita sedar yang kita x pandai dan x terer macam kawan2 lain...huhu..(T_T)

Sebenarnya tak kesahlah sesiapapun partner kita..yg penting perlu wujudnya kesefahaman,saling faham-memahami,bertolak-ansur,berkasih-sayang dan yg paling penting kita kena thu bhwa kita berpartner clinic tu bukan semata untuk urusan memudahkan kerja je,tetapi sebaliknya kita mengikat satu persaudaraan yg lebih rapat dgn kawan kita..hasil dari hubungan rapat tu sepatutnya akan terjalinlah kasih-sayang,hormat-menghormati,bertolak-ansur,berlapang dada.Semua ini akan terhasil kalau kita niatkan kita berkhidmat untuk partner kita tu kerna Allah semata,niat untuk meberi manfaat pada orang lain..bukan sebab atas arahan dr atau peraturan yg tetapkan.

'khairun Nas Man Yanfa'unnas":Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memmberi kebaikan pada orang lain".

Tuesday 16 August 2011

~ Muhasabah Ramadhan~

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Saat demi saat berlalu,
Minit demi minit berlalu,
Jam demi jam berlalu,
dan hari demi hari berlalu meninggalkan kita di belakang,
dan hari ni sudahpun hari ke 17 Ramadhan,
Sedar tak sedar sudah 16 hari kita berpuasa dibulan ini..
dan tinggal 13 hari lagi je Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.
Rasa hati memang hiba,sedih,cemas,takut..(T_T)

Takut-takut,segala ibadah yang kita lakukan di bulan ini tiada nilainya disisi Tuhan..
Takut-takut puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga shj..
Cemas  jika terawikh kita hanyalah sebagai tradisi shj..
Sedih jika tadarus dan tilawah Al-Quran kita hanyalah ikutan shj..
Bimbang jika sedeqah kita hanyalah untuk menunjuk-nunjuk shj..
dan yang paling ditakutkan jika kita kita keluar dari Ramadhan ini kita tidak sempat mendapat keampunan Allah,maka akan sia-sialah kita..(T_T)

"Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya,maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Risau,apabila Ramadhan berlalu maka berlalulah segala amal ibadah kita..
Lalu bermuhasabahlah di dalam hati,
Adakah kita sangat gembira dengan kedatangan Ramadhan dan sedih dengan pemergiannya?
atau adakah kita tidak punya perasaan apa-apa?
Apakah amalan yang kita lakukan disepanjang Ramadhan untuk menjadikan kita benar2 puasa roh dan bukan puasa lapar dan dahaga shj?
Adakah segala amal ibadah yang kita lakukan itu benar2 untuk Allah,untuk mensucikan hati,untuk mentarbiyyah diri atau adakah ia adalah tradisi dan ikutan shj?
Untuk melihat hasilnya mari kita lihat kedalam diri kita adakah kita berubah menjadi lebih baik atau sama shj  sepanjang dan selepas Ramadhan!!Tepuk dada tanyalah iman diri sendiri!!

Oleh itu,dengan saki-baki yang ada  disepanjang 13 hari lagi ini..Mari kita pecutkan gear kita..dari gear satu mari kita cuba pecut ke gear 5..
Mari kita mohon keampunan Allah dengan sesungguh-sungguhnya..
mari kita berkasih-sayang sesama kita,elakkan dari menyakiti hati dan perasaan orang lain..
mari kita ikhlaskan hati kita ini hanyalah untuk Allah semata..
Ibadah bukan untuk mendapat fadhilat,tetapi ibadah untuk mensucikan hati,meningkatkan roh dan membina peribadi dan menambahkan cinta dan rindu pada Maha Pencipta dan Kekasihnya..


Al Muznibu wal Faqirah(-_-)





~Ahlan Wa Sahlan~

Bismillahirrahmanirrahiim...
Segala Puji bagi Tuhan yg Maha Baik..atas setiap hambanya selalu..
Salam rindu buatmu wahai Kekasih Allah yang banyak jasamu kepada kami..

Terima kasih Tuhan..akhirnya dalam berkat Bulan Ramadhan ini maka tercapai jualah hasrat si hamba ini untuk cuba menulis...
'Panahan pena adalah lebih tajam dari panahan pedang'...salah satu inspirasi mendorongku untuk menulis sesuatu di blog ini.
Bukan untuk mengisi masa lapang,tetapi untuk sama-sama mencetuskan pandangan,berkongsi minda dan pengalaman diri di muka bumi Allah ini.

Kekadang kita terlupa,kekadang kita ingat,kekadang kita khusyuk dan kekadang kita lalai..
dan bagiku jika diri sendiri lebih banyak mengingatkan orang,maka Allah akan mengingatkan diri ini..
Na'uzibillah,jika kita banyak berkata tetapi tidak mengkota makan binasalah kita nanti..Wa'ilyazubillah..

Ahlan Wa Sahlan pada semua,kutujukan Blog ini khusus buat semua kenalanku,rakan dan sahabatku dan semua Para Pencinta Islam yang mahukan Islam kembali gemilang di muka bumi ini.

Ahlan Wa Sahlan sekali lagi..'SElamat DaTAnG ke KemBaRa MusAfIrAh'
Kita adalah Musafir dan Musafirah..Pengembaraan kita sangatlah jauh yang penuh diisi ranjau dan duri disepanjang pengembaraan  kerna hala tuju kita bukanlah murahan yang boleh ditempuh begitu sahaja!