Friday 25 November 2011



Hati Orang Mukmin

Orang mukmin itu hatinya sentiasa gelisah
Bukan gelisah kerana dunia
dan bagaimana nasib di dunia di masa tuanya
Resah dan gelisah dengan Tuhan dan hari Akhiratnya
Berbagai-bagai perasaanlah yang dia rasa,
hingga hatinya sibuk dengan Tuhannya
Susah dengan dosa sama ada yang sudah dilakukan
mahupun kalau terbuat di masa depannya
Apakah Tuhan sudah terima taubatnya,
hatinya berkata-kata sentiasa
Ibadahnya apakah Tuhan terima?!
Amal kebajikannya apakah ikhlas dia membuatnya,
kerana tipuan syaitan dan hati amat halus
Ikhlas di pangkal, rosak di dalam perjalanannya,
selamat di dalam perjalanan, rosak pula di hujungnya
Bagaimana nanti penutup hidupnya?
Atau penutup umurnya
Apakah husnul khatimah atau suul khatimah
Sedangkan menuju Akhirat gangguan terlalu banyaknya
Bukan sahaja gangguan luarnya
tapi gangguan batinnya lagilah amat halus
Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku
Aduh hatinya gundah-gulana sahaja selalu
Selalu sahaja berombak, macam air laut
sentiasa berkocak tidak henti-hentinya
Walaupun badan lahir sesama manusia,
makan sama, berjalan sama, berbual sama,
tapi lautan hatinya bergelombang tidak sama
Bergelombang kerana takut dengan Tuhannya,
kalau tidak gelombang besar, gelombang kecil pasti ada
Kalaulah gelombang hati orang mukmin itu
diperlihatkan kepada manusia bersamanya
Nescaya manusia tidak minat hendak bergaul bersamanya
Kerana orang yang bersamanya terganggu sama hatinya
Begitulah hati orang mukmin, walaupun bibirnya senyum
tapi hatinya muram sahaja
Aku Hamba Yang Lemah Wahai Tuhan




Tuhan! Engkau suruh aku bermujahadah

Aku cuba bermujahadah, mujahadahku adalah kehendak dan kuasa Engkau, aku tiada kuasa apa-apa


Kalau Engkau kehendaki jadi, jadilah mujahadahku


Engkau arahkan aku menjauhi dosa


Aku berusaha meninggalkannya, usahaku juga adalah di dalam kekuasaan dan kehendak Engkau



Aku tidak ada kuasa sedikit pun di dalam soal ini



Kalau aku gagal ampunkanlah aku Tuhan



Tuhan! Engkau suruhku melaksanakan suruhan Engkau 






Aku berusaha melakukannya, tapi aku telah katakan usahaku juga adalah kepunyaan Engkau



Kalau aku lemah melaksanakannya ampunkan aku Tuhan

Aku adalah hamba-Mu, lemah, dhaif, tiada kuasa pun


Walaupun aku berkehendak membuat baik dan menjauhkan kejahatan



Kehendakku juga adalah tertakluk dengan kehendak dan kuasa Engkau



Jika kehendak Engkau berlawanan dengan kehendakku, kehendak Engkau jugalah yang berlaku dengan hikmah yang tersembunyi



Kehendakku terbatal sama sekali dengan keadilan Engkau



Padahal kehendakku yang terbatal itu adalahjuga dari kuasa dan kehendak Engkau pada hakikatnya



Aku hamba-Mu tiada kuasa apa-apa



Segala-galanya bergantung dengan kuasa dan kehendak Engkau



Dengan rahmat-Mu Tuhan aku pohon kepada-Mu segala kehendakku yang baik biarlah selari dengan kehendak Engkau



Sudah tentu kehendakku itu terjadi



Jika kehendakku yang jahat itu, walaupun hakikatnya dari kehendak dan kuasa Engkau



Engkau kan ada kehendak yang tersendiri pula



Biarlah kehendakku itu ……….berlawanan dengan kehendak Engkau, agar ia tidak terjadi



Agar aku terselamat dari dosa dan derhaka



Takdirkanlah aku membuat kebaikan itu sama dengan kehendak Engkau 



Jika ditakdirkan juga segala kejahatan yang Engkau kehendaki biarlah Engkau takdirkan juga dengan tidak kehendak Engkau



Jika kegagalan itu bersamaan dengan kehendak dari Engkau ia tidak akan terjadi, selamatlah aku



Tuhan! Segala kebaikan untukku, aku serahkan kepada-Mu Tuhan mentakdirkannya



Agar kehendakku itu terjadi, beruntunglah aku



Memang setiap kebaikan dan kejahatan yang terjadi itu ada hikmah yang tersembunyi


Maha Suci Engkau daripada menzalim

Thursday 24 November 2011

~Hamba Lemah~



Tuhan..berikanlah kepadaku kekuatan..

Agar dapat kutempuhinya segalanya dengan tenang dan gembira..




Tuhan..

Dalam menghadapi ujianMu, lebih-lebih lagi dengan ujian dari manusia,

Yang sangat mencabar hati dan perasaanku,

Yang sangat mengugat Mujahadahku,

Yang menimbulkan perasaan benci kepada manusia itu,

Sungguh!! aku cuba bersabar..aku cuba bersangka baik dengannya,

Namun kekadang Wahai Tuhan,aku tidak dapat menahannya,

Aku terasa perit didalam hatiku menahan perasaan sabar ini,

Sungguh!!!Sangat perit dan jerih sabar ini.

Lantas ku menangis sendirian..menangis semahu-mahunya..









Namun,kekadang air-mata yang keluar dari mataku ini tetap juga tidak dapat meredakan perasaanku ini,

Kekadang aku sangat penat untuk menangis lagi..

Lantas....

aku menghadapMu Tuhan..

Ku serahkan hatiku padaMu,

Engkaulah Pemilik hatiku,

Maka dengan ini Wahai Pemilik Hatiku tolonglah selamatkan hatiku...









Kuatkanlah hatiku seperti kepingan-kepingan besi..

Walau ditumbuk,dipukul,dihentak-hentak..namun besi itu tetap tidak berubah apa-apa.




Biarlah manusia disekelilingku mengjadikan aku seperti hambanya,memarahiku,menghinaku,

Namun hatiku tetap begitu,tiada perasaan apa-apa.

Biarlah kemaafanku padanya mendahului kemarahan dan kebenciaanku yang terpendam ini.

Lembutkanlah hatiku Tuhan..






Tuhan..aku hamba yang lemah...

Ujian yang kau timpakan padaku sangatlah sedikit dibandingkan pada kakakku..

dibandingkan pada ummi walidku,

dibandingkan dengan mursyidku,dibandingkan dengan para kekasih-kekasih Mu,

Sangat jauh lagi untuk aku mendapat gelaran kekasih di hatiMu Tuhan..

Jauh..jauh dan sangat jauh...











Oleh itu Tuhan,tolonglah pimpin hatiku..

Suburkan hatiku dengan ketenangan ..kebahagiaan hati..

Temukanlah aku dengan Si Dia yang boleh menjadi temanku berbicara,

Yang boleh menjadi temanku berkongsi masalah,

Yang boleh menjadi wasilah antara Aku dgnMu apabila ku menjadi miliknya,

Yang boleh mengingatkan ku padaMu..









Perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah.

Ampunkan dan maafkan aku yang sering kelalaian,yang sering berdosa padaMu,

tapi masih lagi tidak tahu malu untuk meminta itu dan ini.

Engkaulah Tuhanku,..kepada siapa lagilah tempat ku meminta dan mengadu..

Ampunkanlah dan perkenankanlah Ya Allah.



Moga hari esok,esok dan esok ada kebahagiaan untukku .....

Monday 21 November 2011

~Pengalaman kecilku~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,Terima Kasih Tuhan ..Terima Kasih Ya Rasulullah..

Ya Tuhan, Ya Rasul izinkan daku menulis sepatah dua dalam blog yang hina dina ini.Moga jika ada kebaikannya dapatlah ia menghapuskan dosa-dosaku dan kuhadiahkan pahalanya buat mursyidku,kedua ibu-bapaku,guru-guruku dan semua yang telah banyak berjasa padaku.

Begitu pantas masa berlalu..pejam celik-pejam celik dan alhamdulillah sekarang ni Tuhan masih lagi sudi men’celik’kan mata ini lagi hingga ke saat menulis ini.
Terlalu banyak perkara yang telah pun berlalu meninggalkanku ..
Semuanya pergi dan tidak akan kembali lagi..Namun kenangan-kenangan itu sangat tegar dmindaku hinggalah ke hari ini.

Kini usiaku telahpun menjangkau 21 tahun 1 bulan 3 hari.Dah tua kan??Huhuhu..



Dalam seusia ini kadang-kadang terlintas di hatiku..”Apakah yang telah aku lakukan sepanjang hidupku?”..Ya Allah jika mahu dikoreksi semula diri ini..Jika mahu dipaparkan tayangan video tentang perjalananku sepanjang 21 tahun lebih ini,malu sungguh rasanya..memang tiada apa-apa yang special buatku. Namun aku terlalu rindukan kenangan diwaktu kecilku dulu.



Teringat lagi diwaktu kecilku,aku seperti budak biasa yang lain,suka sangat bermain. Apatah lagi diwaktu kecilku aku hidup dalam suasana kampung. Berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang berlainan negeri. Dilahirkan di rumah nenekku di Felda Bukit Mendi. Waktu tu seingat ku kami tinggal di Batu Hampar kemudiaan berpindah di Bagan Berkat sehinggalah usiaku mencecah 5 tahun. Kemudian kami berpindah ke Kg Pangsun,Temerloh setahun disitu dan kemudian dua tahun di Kg Paya Pulai,Temerloh.
Sekolahku yang dirindui..(-,_-,)



Teringat lagi waktu tinggal di Kg Paya Pulai tu terasa sangatlah indah. Mana tak indahnya,sekeliling ramai dengan kawan-kawan yang sekepala,jiran-jiranku yang suka ajak main itu dan ini.Main pondok-pondok,naik basikal ramai-ramai sekeliling kampung Paya Pulai,pancing ikan..Nak dikatakan waktu duduk Paya Pulai tu segala macam permainanlah yang kami rasa.Sangat seronok!!Heheh..^_~

Kg Paya Pulai banyak tersimpan memori indah ..Susah dan senang..(^_^)

Signboard Paya Pulai...(papan tanda yg belakang tu agak menakutkan kan?nilah hakikatnya Paya Pulai..ngee)

Diusia kecilku memang aku sudah mengenal erti kesusahan,aku sudah diajar tentang kesusahan hidup. Masih kukuh dingatanku,sewaktu usiaku 8 tahun aku sudah diajar oleh walidku untuk ikut bersamanya pergi berniaga.Bayangkan pergi berniaga dengan naek motorsikal sahaja dan membawa sarat dengan muatan berkotak-kotak barang jualan, dan aku menemani walidku dengan duduk rapat-rapat dibelakang walid dan dibelakangku pula berat dan padat dengan dua ke tiga buah kotak yang menghimpit belakang badanku. Tidak cukup dengan itu, di raga bahagian hadapan pula walidku sumbat pula dengan kotak atau barang-barang jualan.Waktu tu,kami berniaga kek yang pelbagai jenis antaranya kek span yang berbagai rasa seperti orange dan pandan, kek coklat, dan kek Pai yang paling diminati pelanggan sehinggalah ke hari ini dimana ummiku pula menurunkan resepi ciptaannya itu kepadaku dan aku hidangkan buat santapan kawan-kawan kelasku.Memang mereka sangat suka dengan kek Pai ni..~_^.

Nampak sedap kan..heee.(^-^)

Alhamdulillah.Terima kasih Tuhan,Tuhan yang Maha Baik mengurniakan kepadaku seorang ibu yang sangat gigih pada suami dan anak-anaknya.Waktu tu ummilah orang yang sangat kuat memberi sokongan pada walid. Ummi sanggup bertungkus-lumus dari lewat malam hinggalah seawal pagi untuk menyiapkan kek-kek ini untuk dibawa ayahku pergi berniaga di Pekan Sehari atau dikenali juga sebagai Pasar Tani. Begitu gigih melihat ayahku berniaga . Hujan panas kami tempuhi sepanjang perjalanan pergi dan balik dari berniaga yang perjalanannya memakan masa lebih kurang 45 minit. Selalu juga kami basah kuyup akibat hujan disepanjang perjalanan pergi dan pulang. Ingat lagi,kadang-kadang turun hujan sangat lebat ketika berniaga,kilat sambar –menyambar,dengan rebut dan petirnya sekali,waktu tu memang sangat takut.Yelah masih lagi budak-budak.Walid pula kuat melaungkan azan ketika petir sabung-menyabung tu.Waktu tu sangat terasa kekuasaan Allah sehingga bergetar jiwa dan tubuh.Memang lencunlah baju kami berdua.



Gambar ehsan dari Pak Cik Gogg..ni baru berdua belum lagi ditambah muatan barang yang berkotak-kotak..huhu

Sedari kecil,hasil pengalaman dan pengajaran yang ku dapat dari berniaga bersama ayahku,memang jelas sangat bahawa dengan berniaga sendiri ini mengajar ku kuat pergantungan dengan Allah.Tawakkal. Yelah, kadang-kadang sangat banyak barang jualan yang tidak habis oleh sebab pelanggan kurangterutama diwaktu cuaca yang tidak menentu.Kadang-kadang waktu hujan sangatlah kurang pelanggan,dan kadang-kadang boleh habis juga jualan.Begitulah sebaliknya.Memang sangat tidak menentu.

Allahu Akbar!!(-,_-,)

  
  Kelencunan...

Sungguh inilah dinamakan Universiti kehidupan!!.Memang tidak akan dapat pengalaman ini didalam Universiti ciptaan manusia.Kami belajar bahawa hanya Allah sahajalah sumber segala rezeki.Jika Dia mahu berikan kepada kita,walau apa jua halangan kita akan dapat jua.Maha BaikNya Dia. Sebab itulah kata walid,walid kalau boleh mahu anak-anaknya semua pandai berniaga,bekerja sendiri,jangan bekerja dengan orang lain atau dibawah orang lain supaya kita tidak terikat dan kuat pergantungan dengan mereka. Yelah bila kita bekerja dengan orang lain,atau berkerja dengan kerajaan maka seolah-olah sudah termaktub dalam mindset kita yang kita akan dapat duit gaji setiap bulan.Jadi kita tidak perlu risau tentang hal gaji yang sudah terjamin setiap bulan. Seolah-olah kita sudah lupa bahawa sumber gaji itu hakikatnya dari Allah. Ini berbeza sungguh dengan kerja sendiri terutamanya yang berniaga. Sangat terasa bahawa kita ini sangat perlu kepada Allah. Ia seoalah-olah boleh mengingatkan diri kita selalu.


Sepanjang pengalaman hidupku sudah pelbagai jenis makanan yang walid telah niagakan. Dari pelbagai jenis kek ke pelbagai jenis kueh seperti kueh lompang, kueh serimuka, tepung talam,kueh bahulu,kueh peneram sehinggalah kami berpindah ke Taman Tasik Permai, Ampang sewaktu aku berusia 10 tahun. Waktu tu walid ditawarkan untuk mengajar subjek Bahasa Arab, Tajwid,dan Fekah untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6 di Sekolah Agama Islahiah,ABIM,Taman Tasik Tambahan..Walaubagaimanapun,perniagaan walidku tidak terhenti disitu,dikediaman rumah teres kami tu walid jadikan juga seperti kilang membuat Kek Bahulu. Ummilah yang gigih membuat kueh Bahulu dari pagi ke petang. Kami pula anak-anak turut serta dalam proses m’packaging dan sealer. Kueh-kueh bahulu ni diedarkan di merata tempat di kedai-kedai runcit sekitar Ampang,ada juga dijual dipejabat-pejabat melalui jiran-jiran tetangga yang sangat membantu. Dimalamnya pula rumah kami ni penuh dengan adik,kakak dan kawan-kawan setaman yang datang mengaji dirumah.Kadang-kadang tu walid adalah juga mintak tolong ajar adik-adik yang datang mengaji.Mengaji Qira’ati.Huhu.Sewaktu tinggal di Ampang,Alhamdulillah taraf kehidupan kami sudah menigkat.Dulu tinggal di rumah papan yang kecil di Kg Paya Pulai berpindah kerumah Papan yang besar dan panjang.Kemudiaan dari rumah papan berpindah pula kerumah batu yang kecil,ala-ala macam rumah yang macam bilik-bilil tu,tanpa halaman dan tanpa sepadan dengan jiran sebelah.Kemudian dari rumah batu yang kecil tu berpindah pula kerumah teres yang kecil,dirumah teres kecil inilah menjadi kilang Kueh bahulu dan tempat anak-anak mengaji Al-Quran dan Qiraati. Waktu tinggal di Ampang ni aku bersekolah di Sekolah Rendah Taman Tasik Tambahan dan Sekolah Rendah Agama Islahiah,ABIM sehinggalah aku menamatkan sekolah rendah dan UPSR di SKTT.
                                 Sekolah rendah yang kini berwajah baru..sempat merasa dari Darjah 4-6..;))

Oleh kerana dari kecil aku sudah melihat kesusahan hidup keluargaku,maka aku sangatlah ingin menggembirakan kedua ibu-bapaku dengan memberikan keputusan yang cemelang didalam exam. Sedari kecil, memang aku memaksa diriku untuk menjadi pelajar yang sangat rajin. Kena rajin baca buku,rajin ulang-kaji..buat latihan itu,buat latihan ini.Alhamdillah,walau tidak dapat perfect cemerlang dalam exam,dengan memperoleh 4A 1B dan Jaid Jiddan sudah mampu mebuatkan ummi walidku terhibur.Ingat lagi hadiah yang aku minta dengan walid jika aku mendapat 5A dalam UPSR..”Walid kalau nanti kak ngah dapat 5A nanti,walid kena belikan kak ngah buah tembikai ye?..janji!?..”Ye,walid janji insyaAllah nanti walid belikan.”. Pelik kan kenapa waktu tu minta buah tembikai sebagai hadiah?Padahal apalah yang ada sangat dengan buah tembikai setakat RM3 ke 4 dalam 1kg. Sungguh!!waktu tu sangat terasa lagi kesusahan ummi dan walid dalam membesarkan kami. Sampaikan nak minta itu dan ini pun rasa sangatlah tidak sampai hati. Kadang-kadang tu kalau walid keluar naek motor pergi mengedar kueh ,dalam hati sangatlah cemas..berdoa sepanjang masa didalam hati moga Allah selamatkan perjalanan walid pergi dan pulang sehinggalh walid sampai rumah barulah waktu tu hati lega.Huhu…


...bersambung...