Tuesday 13 March 2012

 BERCINTALAH WAHAI SUAMI ISTERI!
Bercintalah wahai suami isteri
Perkahwinan bukankah dibuat atas dasar cinta?
Bukan sahaja cintakan pasangan,
Yang lebihnya ialah cintakan Allah yang menjodohkan pasangan.
Allah itu memang minta agar Dia di cintai
Di Cintai Allah itu bukan sekadar-sekadar sahaja.
Cinta pada Allah mesti bertaraf Agung
Sebab Allah itu Maha Agung
CintaNya pada hambaNya pula paling Agung.
Buktinya bukan kah Allah yang mencipta kita, mensyariatkan agar kita berkahwin dan menemukan jodoh?

Sebelum pasangan yang dicintai itu jatuh cinta
Allah sudah lama cintakan kita
Kalau begitu dalam bercinta, sertakanlah cinta pada Allah
Berkahwinlah kerana dan untuk Allah, sebab perkahwinan itu nikmat dari Allah
Dan bercintalah wahai suami isteri berserta cintakan Allah
Supaya Allah itu mahu pula membalas cinta kita.
Katakan lah kepada Allah, wahai suami isteri
Tuhan ku,  kalau bukanlah kerana cinta Mu pada kami berdua
Masakan kami ini saling mahu di antara satu sama lain.
Terima kasih dan cinta untukMu Tuhan.
Perkahwinan ini adalah hadiah buatMu Ya Allah
Anak-anak yang lahir akan kami gunakan untuk mentaati dan memperjuangkan-Mu
Sebuah rumah tangga Islam akan kami usahakan untuk-Mu sebagai tanda syukur
Rumah tangga model, untuk dicontohi generasi anak cucu
Syurga yang Allah segerakan, nikmat seks berganda-ganda hasil cinta mendalam
bilamana Allah ikut campur urusan suami isteri yang menginsafi,
Bahawa diri hamba terlalu perlukan Tuhan di dalam hidup berumahtangga

Bercintalah wahai suami isteri dengan izin Allah
Doakan dan usahakan agar cinta semakin mendalam
Bila semakin lama berkahwin
Mengapa cinta pudar dan hilang?
Mengapa rumah tangga tidak menjadi syurga?
Mengapa sampai menjadi bercerai berai?

Jawabnya ialah kerana tidak mampu menghadapi
Ujian hidup berumah tangga
Pada hal ujian ialah keperluan yang kena diterima.
Ujian akan memantapkan rumahtangga
Tapi sayang, pasangan tidak pandai
Kerana tiada sekolah untuk melahirkan suami isteri soleh solehah

~Hati yang Mencari Tuhan~



Wahai manusia, terfikirkah akan keberadaan diri kita di dunia pada hari ini…
walhal sebelumnya kita pernah tidak wujud di muka bumi ini… dan suatu hari nanti pasti kita akan tiada di sini lagi,
semua ini adalah ditentukan oleh dua faktor utama iaitu, kita tiada, ada, kemudian tiada lagi,..adalah kerana
1] kehendak Tuhan
2] kerana Kasih SayangNya.
Tanpa kedua-duanya tidak mungkin kita ada, atau jika kita ada pun, kehidupan menjadi tidak sempurna ataupun hidup dengan tiada  bermakna.
Mari kita mengkaji kebenaran kata-kata  ini.
Supaya kalaulah ia benar – moga hidup kita selepas ini akan lebih bermakna lagi.
Fikirkan senario ini ..
Seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita,
Si wanita juga terjatuh hati padanya, hati mereka sama-sama dicuri..
Hatta kalau ditawarkan jejaka atau si dara lain pun, mungkin  ditolaknya kerana hati masing-masing sudah terikat dengan cinta antara sesama.
….Cuba anda tanyakan  bagaimana boleh wujud cinta yang menakjubkan itu?
….Hakikatnya, perasaan-perasaan itu diikat oleh kuasa siapa?
….Dan jikalau nanti ikatan perasaan itu putus, siapa perancangnya?
Dan jika perasaan-perasaan pengikat antara lelaki dan wanita itu tidak pernah wujud…. sebenarnya perkahwinan tidak perlu di dunia ini.
Jika kewujudan manusia ini dijadikan tanpa perasaan mahu berkahwin, ditambahi pula tanpa perasaan teringinkan cahaya mata dan keturunan
Maka diri kita2 ini pastilah tidak wujud di maya pada ini.
Ertinya: lahirnya kita kedunia ini adalah hasil perancangan seorang ‘tuan’ yang memasukkan rasa keinginan mendalam lelaki kepada wanita dan sebaliknya.
Bila Dia mencabut perasaan-perasaan itu maka bercerai-berailah dua manusia tadi.
Tuan kita itu yang kuasanya tanpa batasan itu adalah TUHAN .
Memang TUHAN  berfirman bahawa Dialah Tuhan Pencipta Yang Maha Agung itu.
Manusia yang mengatakan Tuhan tidak ada sebenarnya sudah tidak berakal lagi. Di manakah logiknya?
Cuba fikir kejadian kita yang saya ceritakan di atas tadi..
Mana mungkin  sesuatu itu itu mencipta dirinya sendiri?
Baiklah, memang kita percaya kewujudan Tuhan..Betapa Dia Maha Perancang Yang Hebat…Lalu timbul persoalan……apakah kepentingan Tuhan dalam hidup manusia?!  Sampai begitu sekali Tuhan tidak difikirkan dan tidak dipedulikan.
Ok..Lihat! Tuhan menunjukkan kekuasaanNya lagi dengan lahirnya anak-anak, satu demi satu dari sepasang lelaki dan wanita tadi.
Di antara si anak terbina pula ikatan oleh perasaan kasihkan saudaranya yang tumbuh dalam dada masing-masing.
Siapa yang mencetuskan dan menumbuhkan pokok-pokok rohaniah yang tidak mampu dilihat oleh mata itu? Bagaimana jika pokok-pokok itu tidak mahu tumbuh?
Namun, watak perasaan ini boleh berubah. Ia tidak selamanya subur. Kasih sayang boleh musnah jika ada kepentingan diri  mencengkam di hati-hati saudara-mara tadi bilamana masing-masing dewasa dan membina keluarga dan dunia masing2.
Kadang2 berpecah-belahlah insan-insan yang tadinya disatukan oleh kasih fitrah dan rahim asalnya dari seorang ibu dan ayah. Kepentingan dunia dilihat menjadi sebab perpecahan manusia. Kasih fitrah tidak mampu bertahan apalagi kasih-kasih yang mendatang disebabkan oleh jasa, kroni, parti dan persatuan.
Hari ini mereka berbaik-baik, hari esok boleh mereka bermusuhan!
Manusia tidak akan bahagia dengan perpecahan dan permusuhan. Tanpa kasih sayang, suami isteri menjdai bercerai-berai, kecewa, putus asa dan menderita, anak-anak sakit jiwa.
Peperangan-peperangan yang sedang melanda dunia ini hanya berpunca dari hilangnya kasih sayang.
Perang keluarga terjadi  bilamana masing-masing tak boleh mengawal perasaan benci -membenci.
Peperangan di tempat-tempat kerja terjadi bilamana masing-masing tidak mampu membendung hasad dengki.
Peperangan di antara kelompok terjadi akibat masing-masing tidak sanggup tercabar.
Peperangan antara etnik terjadi kerana rebutan pengaruh.
Peperangan antara negara-negara kerana kepentingan-kepentingan duniawi yang nak dipertahankan.
Mana ada peperangan yang berlaku di dunia ini akibat dari manusia yang saling berkasih sayang dan inginkan kebaikan?
Rumah tangga yang aman damai sampai ke anak cucu itu kelihatan berlaku di kalangan orang orang yang mampu berkasih sayang sekalipun dalam ujian kepahitan.
Negara-negara yang aman dari perang itu juga kelihatan disebabkan faktor mengutamakan kasih sayang. Sesungguhnya dunia sekarang amat memerlukan kasih sayang untuk menyelesaikan peperangan.

Rumah Rasulullah dan Sayyidah Khadijah sekeluarga yang mereka diami selama 28 tahun yang telah dihancurkan oleh Wahhabi.
Hanya Tuhan yang berKuasa Yang Maha Tahu bagaimana dunia harus memulakan perjalanan keluar dari masaalah yang  kronik ini
Tangan yang memberi dan mencabut kasih sayang ialah Tuhan. Mengapa Dia memberi dan mengapa Dia mengambil kasih sayang kembali. Tamsilkan kita memberi sebuah kereta kepada anak kita. Mengapa kita mengambil kembali kereta tersebut? Mungkin sebab anak tadi menjadi derhaka, biadap dan menyalahgunakan harta yg diberi percuma kepadanya.
Tindakan ibubapa itu adalah wajar dan bijak atas dasar sayangkan anak. Anak mungkin akan menyesal dan membetulkan kesilapannya untuk mendapatkan semula kereta itu
Maka, langkah pertama untuk keluar dari dunia neraka ini ialah dengan mencari TUHAN. Tuhan yang sedang mentadbir matahari dan bulan dan yang sedang mengambil berat tentang perjalanan batang tubuh kita ini. TUHAN yang sudah sekian lama kita tidak pedulikan kerana menganggap kita sudah cukup segala2nya dan tidak memerlukan Tuhan. Hingga ada yang konon tidak percayakan Tuhan! Tidak yakin dengan Tuhan!
Kederhakaan dan kebiadapan inilah yang membuatkan kasih sayang tercabut dan suami isteri, murid dan guru, pcmimpin dan rakyat. Kasih sayang yang mahal itu tidak layak bcrada dalam diri-diri orang yang bodoh sombong dengan Tuhan Penciptanya. Lalu terisilah kekosongan jiwa itu dengan derita, gelisah, kecewa dan putus asa.
Tapi aneh manusia intelek yang menderita ini terus menerus berjuang dengan lantang untuk membangunkan ekonomi, politik, teknologi dan pembangunan ummah.
Seolah-olah dia berkata, ekonomilah, politiklah, ICTlah dan pembangunanlah yang akan mengubat penderitaan dan kekecewaan. Sedangkan kesibukannya memperjuangkan itu semualah menyebabkan porak perandanya rumah tangganya, anak-anak, cucu, kroni, etniknya dan bangsanya! Nyata sekali golongan ini berpura-pura berlakon menyembunyikan realiti hidupnya dan perjuangannya!
Sebenarnya mereka tidak temui fakta bahawa mengenal Tuhan adalah formula menyelesaikan seluruh masaalah yang sedang mereka tanggung!
Ya, Tuhan pun tidak memilih mereka untuk tujuan itu, kerana mereka langsung tidak mahu bertanya kepadaNya. Mereka hanya bertuhankan akal dan nafsu semata-mata.
Wahai Tuhan, Maha Guru, Tempat Rujuk dan Pakar Pencipta dan Penyelesai masalah. Kasih sayang yang telah tercabut dari hati-hati manusia itu, kembalikanlah. Bayaran yang kami akan buat untuk permintaan ini dan pemberianMu nanti mahal sekali.
Iaitu kami janjikan untuk mencintaiMu sepenuh hati, menyebutMu selalu, mem’promosi’ dan perjuangkanMu di mana-mana.
Terima kasih Tuhan.

~Suara Aneh dari Langit~

Malaysia tiba-tiba dikejutkan oleh ‘suara aneh dan menakutkan dari langit’. Peristiwa yang berlaku dua malam berturut-turut iaitu pada 12hb dan 13hb Januari di Kota Samarahan, Sarawak telah mendapat liputan media dan blog-blog antarabangsa. Timbalan Menteri di Kementerian Sains,Teknoloji dan Inovasi Malaysia telah membuat kenyataaan bahawa perkara itu bukanlah satu jenaka. Tetapi sesuatu yang mesti disiasat lalu satu pasukan dari Agensi Angkasa Negara ditubuhkan untuk menyiasat.

            Ada teori yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada Program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) yang di naungi oleh US Air Force untuk tujuan kajian pelbagai senjata berteknoloji tinggi untuk kegunaaan Amerika.

            Apapun tiada jawapan yang jelas dan meyakinkan apa sebenarnya bunyi tersebut. Bunyi sedemikian  juga dirakam pernah berlaku di serata dunia. Bahkan sebelum kejadian di Kota Samarahan, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark diikuti oleh berlakunya gempa bumi yang kuat (7.3 skala Richter) di Sumatera,Indonesia.

            Apabila berlaku bencana, fenomena alam atau sebagainya terhadap dunia seringkali semua orang merujuk kepada pakar sains dan teknoloji atau orang akan kata ‘nature’. Siapakah atau apakah ‘nature’ itu?Jarang sekali kita merujuk kepada Pencipta dan Pentadbir alam ini iaitu Allah swt. Sedangkan Dialah Pencipta dan Pentadbir semesta alam, yang nyata mahupun yang ghaib. Sedangkan kalaulah berlaku permaslahan lahir contohnya kenderaan tidak berfungsi tentulah tukang buatnya yang dirujuk orang.

            Kita ini umat akhir zaman. Ertinya umur dunia sudah lanjut, sudah sampai ke penghujungnya. Di waktu Rasulullah zahir, 1500 tahun dulu pun telah diperlihatkan dunia sebagai perempuan tua yang bongkok tiga, lagilah sekarang. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya kecuali Dia yang tetap Kekal. Diberitakan melalui lidah Rasul, bahawa menjelang kiamat akan berlaku banyak persitiwa yang mengejutkan dan yang aneh. Malah kebanyakannya telah berlaku. Berlaku juga kemuncak kerosakan. Iaitu dihimpun segala kerosakan-kerosakan umat-umat dahulu di zaman ini.

            Berlaku semula amalan-amalan jahiliyyah seperti di zaman dulu. Antaranya berlaku perzinaan yang berluluasa, pelacuran secara terbuka,pergaulan bebas, lelaki menyukai lelaki seperti amalan di zaman Nabi Luth. Kaum perempuan yang menyerupai lelaki juga lahirnya anak-anak luar nikah yang sudah menjangkau puluhan ribu bilangannya dan pembunuhan bayi di mana-mana.

            Tidak kurang banyaknya nyawa yang terkorban, tenggelam di dalam tanah dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh yang kian sering berlaku. Juga terkorban oleh taufan dan tsunami yang melanda. Seolah-olah bumi dan lautan mengkeronyok semahu-mahunya manusia-manusia yang sudah membelakangkan Tuhan. Bukan saja bencana berlaku di negara bukan Islam seperti tsunami yang menghancurkan Jepun malah di negara yang dikatakan Islam juga berlaku bencana seperti gempa bumi di Turki. Apakah tidak terbayang di fikiran manusia atau terlintas di hati sanubarinya tujuan kehidupannya dan ke mana berakhirnya hidup? Tidak mengapa kalau mati tapi membawa iman dan mendapat keredhaan Tuhan. Bukankah syarat bertemu Tuhan mesti didahului dengan kematian.

            Tuhan telah memberitahu dalam Al Quran dan melalui lidah Rasulnya akan alamat-alamat kiamat dan kehancuran dunia. Yang antara terbesarnya datangnya Dajjal laknatullah. Apakah teka-teki yang dikatakan dengkuran yang menakutkan itu merupakan dengkuran Si dajjal yang akan muncul pada waktu yang telah ditentukan Tuhan. Tentulah bila suaranya sudah terdengar membawa erti kemunculannya sudah sangat hampir.

            Yahudi sememangnya lah menanti kedatangan Dajjal yang mereka anggap ‘penyelamat’ mereka. Yang akan datang dengan kuasa sihir dan ‘istidraj’ yang Allah izinkan. Sebab itu Yahudi telah memperkenalkan kedatangan Dajjal ini dengan membuat filem-filem yang bercorak mempamirkan kuasa sihir dan makhluk bermata satu seperti dalam filem “Harry Potter”. Juga dimunculkan ahli silap mata yang menggunakan kuasa sihir seperti David Copperfield. Malangnya di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui dan menyedari  fitnah ini menjadi pula peminat mereka dan menonton pula filem-filem ciptaan mereka.

            Yahudi yang sangat memusuhi Islam sangatlah hendak menggagalkan kebangkitan Islam kali ke dua. Mahu dipisahkan umat Islam ini dari nabi dan Tuhan. Sebab itu mereka sangat ingin mencabut roh Islam dari dada-dada orang-orang  Islam sehinggakan meskipun nama-nama mereka Islam tapi amalan mereka bukan amalan yang dituntut oleh Islam. Juga,mereka menyebut ayat-ayat Allah namun tidak ada perasaan cinta dan takutpun pada Allah malah tidak terhubung pun dengan Nabi yang mengikat kita dengan Allah. Kerana itulah apabila berlaku apapun kejadian aneh di bumi Tuhan, manusia tidak mengaitkannya dengan Tuhan. Begitulah agenda Yahudi yang menggunakan segala jentera-jentera yang canggih untuk berlawan dengan Islam yang penajanya adalah Allah…Tuhan semesta alam! Dan mereka menanti kemunculan ketua tentera mereka iaitu Dajjal. Mampukah mereka berlawan dengan Tuhan???

Dari zaman Nabi Adam lagi umat Islam telah diajar doa mohon diselamatkan Tuhan dari fitnah Dajjal. Menunjukkan fitnahnya amat besar sekali. Fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar sepanjang perjalanan hidup manusia di muka bumi sampai hari kiamat tiba. Manakan tidak, diberitakan hampir semua manusia menjadi kafir sekejap kecuali segelintir saja yang beriman diwaktu kemunculan Dajjal. Sebab itulah kita sangat memohon pertolongan Tuhan dalam menghadapinya.

            Rasulullah saw sangat mengajarkan doa untuk berlindung dengan Allah dari fitnah besar ini. Doanya bermaksud:

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada azab kubur dan daripada azab api neraka. Dan aku berlindung denganMu daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Dajjal.”.

            Maka hendaklah kita umat yang berada diakhir zaman ini benar-benar mengambil Allah sebagai pelindung kita daripada fitnah Dajjal. Dan marilah kita jauhi diri daripada unsur-unsur yang boleh membawa kita kepada ajakan Yahudi yang menjadi musuh Islam. Untuk itu apa juga kejadian-kejadian yang berlaku hendaklah kita mengambil iktibar serta menjadikan ia lebih mendekatkan kita kepada Allah.

Tuesday 6 March 2012

~Cinta~

Bismillahirrahmaanirrahim....

Alhamdulillah..thumma alhamdulillah..
Salam rindu buat Rasulullah..Sohibul Azman dan juga buat Sohibul Zaman..
Cahaya  sumber segala cahaya..
Rahsia segala rahsia,
Ubat seluruh penyakit,
Anak kunci segala kejayaan....

Tepat jam 2.00 am 7 Mac kumulakan coretanku pada kali ini. Moga dipandu tulisanku wahai Tuhan supaya dengannya akan dapat memberi kebaikan kepada tiap hati yang membacanya.

Cinta....


Mungkin ini yang ingin kukongsikan pada entry kali ini.Mungkin sebab pada saat ini  sedang dilamun cinta agaknya..;-).
Allahuakbar!! Allah yang Maha Agung, Yang Maha Suci..Dialah Pemilik Cinta Sejati ..Suci.. Abadi dan Hakiki..Dianugerahkan sedikit perasaan cinta kepada manusia supaya dengan adanya perasaan ini manusia akan mampu membalas cintaNya yang hakiki ini.


Mari kita kenang-kenangkan diri kita,koreksi diri kita...Cinta yang Tuhan anugerahkan pada kita ini kita salurkan kemana wahai sahabatku??


Cinta kepada ibu-bapa,
Cinta kepada adik-beradik,
Cinta kepada sanak-saudara,
Cinta kepada sahabat,
Cinta kepada suami, Cinta kepada isteri
Cinta kepada anak-anak,
Cinta kepada harta benda, pangkat,jawatan,glamor,pujian.
Cinta kepada dunia dan seangkatan dengannya....
dan lain-lain..


Cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya. Supaya apabila dihadiahkan kepada para hambaNya, mereka akan mampu menggunakan cinta ini sebaiknya. Pada saluran yang betul dan yang akhirnya supaya sampai cinta ini pada Tuhan mereka. Cinta tidak salah..Yang salah adalah apabila salah menggunakannya.

Tanpa cinta..akan rosaklah manusia..akan hancurlah dunia..dunia akan penuh dengan kebencian, pergaduhan dan huru-hara kerana tiada perasaan cinta ini...Cinta yang pada awalnya bertunjangkan Cinta dan Takutkan Tuhan akan menyelamatkan dunia seisinya.


Mari  lihat manusia ni..sangat mudah jatuh cinta pada sesuatu perkara atau somebody(manusia) especially yang berlainan jantina yang hakikatnya cinta sementara sahaja..mudah sangat kan.??


Mana tidaknya, hati itu cuma satu...jika cinta itu tidak diberi kepada Pemilik yang tepat..maka ia akan pergi ke saluran dan tempat yang tidak tepat. Jika tidak bertunjangkan Cinta pada Tuhan, maka cinta selainnya akan pmengatasi cinta kepada Pemiliknya yang hakiki.


Wahai hati cubalah bermuhasabah dirimu...


Entah kenapa sejak kebelakangan ni, sangat mengenangkan jasa ummi dan walid yang sangat berjasa padaku.
Terlalu banyak jasa mereka..tanpa mereka, tiadalah aku dalam jemaah kebenaran ini..Inlah yang paling mahal bagiku.
Sedari ku kecil..sangat sabar dan tabah melayan kerenah dan perangai nakalku.. jahatku..sehinggalah kini ku berusia 23 tahun ini..terlalu banyak wahai Tuhan..
Jika dihitung memang tidak termampu ku membalasnya dengan wang ringgit..mustahil..
hanya kumampu kirimkan doa buat kalian setiap solatku..moga kita sama-sama selamat menuju ke Akhirat nanti dengan berkat Para KekasihNya...

Dalam mengenangkan perasaan ini pada ummi dan walid..perasaan cinta terhadap seseorang yang telah hadir dalam hidupku..Sungguh aku sudah jatuh cinta padanya..pada mereka..
Tiba-tiba..............................................
kuteringatkan cintaku pada Tuhanku..
Sungguh jahatnya aku wahai Tuhan,
Sejak dari alam roh lagi Dikau ciptakan ku dengan kasih-sayangMu,
Memberikan iman dan Islam padaku..
Menyedarkan ku tentang perjalanan hidup ini melalui Para KekasihMu..
Tidak putus-putus menzahirkan kecintaanMu pada ku dengan nikmat ujian silih berganti..
Rezeki,makan minum, oksigen yang segalanya adalah percuma..
Sungguh Baiknya wahai Dikau Tuhanku..
Namun, sekali lagi aku menzalimi diriku..
Sepatutnya Engkaulah yang lebih kucintai dari segalanya..
Engkaulah sepatutnya menjadi pemilik cintaku yang utama..
Maafkanku wahai Tuhan..
Pandulah aku...dengan berkat Para Kekasih Kebenaran..
Moga-moga dengan hadirnya dia dalam hidupku..
Cintaku kepadaMu..kepada Para KekasihMu..bertambah..bertambah..dan subur mekar mewangi...
Berilah peluang kepada kami..
Moga dengan ini kami dapat menuju ke hadratMu dengan sepenuh hati..
Sanggup berkorban untuk Islam..
Lidah  tidak hanya berkata tetapi mengotakannya..
Tidak hanya bercakap..tetapi membuktikannya..
Namun kekuatan dariMu jualah yang kami pinta..
Kekuatan fizikal dan roh dan minda..
Moga dipandu segalanya..
Dengan keberkatan Para Pemimpin Kebenaran...(-,_-,)