Friday 28 October 2011

~Sentuhan Hati~



Bismillahirrahmanirrahim…
Terima kasih pada Tuhan yang Maha Baik,yang Maha Pemurah ,Yang Maha Penyayang,yang tidak putus-putus melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya pada kita selalu..

Juga buat Nur Muhammad yang tidak pernah hilang dan tiada bahkan kehadirannya sentiasa bersama kita walau tanpa jasad.Beliau sentiasa ada bersama kita yang selalu berselawat padanya.

Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberi peluang untuk aku terus berjuang di muka bumi ini.Semalam sejurus selepas menunaikan solat isyak , wirid dan tahlil bersendirian huhu (-_-) badan ini terus tersungkur dek keempukan katil di hostel.Semalam adalah malam yang paling mengantuk bagiku. Tidur sangat lena sehingga azan subuh baru terjaga.Huhu ampunkan aku Tuhan..tertinggal solat Tahajjud.
(-,_-,). Kadang-kadang beginilah akibatnya juga selepas 10 hari diberi cuti oleh Tuhan..huhu. Pagi ni pula tetiba terasa nak update blog,Hemm..tapi apa yang nak dikongsikan pula kali ni.???
Teringat tentang semalam. Semalam tepat pukul 2.40 petang diri ini telahpun diberi peluang untuk menyampaikan sedikit pengisian untuk kawan-kawan sekelas. Mulanya task yang diberi adalah memberi sedikit tazkirah tentang apa-apa yang berkaitan dengan zina..bersempena dengan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina yang telahpun dianjurkan oleh Dental Student Club(DSC) dan juga Medical Student Club(MSC). Khamis baru-baru ini adalah penutup kepada kempen tersebut. Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah untuk turut-serta dalam majlis penutup kempen tu.Jadi, dapatlah mendengar pengisian dari Ustazah Fatimah Syarha,seorang Penulis Novel tanah air yang agak tersohor namanya,antara karya beliau seperti Novel Tautan Hati,Syabab,Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul…Alhamdulillah,sangat terisi juga mendengar kuliah dari beliau. Yelah,kita dapat input banyak, lagi-lagi tentang bab-bab Cinta,Couple dan isu kawin ni.Hehe.Yelah sebagai manusia biasa..huhu..memang tak lepas dari perasaan fitrah ini.Suka kepada pasangan berlainan jantina.Cuma samada kita dapat control ataupun tidak je. Manusia ini imannya Yazid wa Yanqus, bila kita teringat sesuatu yang kita buat itu berdosa, kemudiaan kita bertaubat dan kita cuba tidak akan mengulanginya semula. Tetapi bila iman kembali lemah,kita pun mengulanginya lagi..Ya Allah,terfikir dalam hati sangat tidak malu kita pada Tuhan,selepas minta maaf diulangnya lagi.memang tidak patut.Aduh mujahadah sungguh untuk kekal istiqamah!!.

Tentang soal suka,cinta memang fitrah semulajadi manusia.Nak tak nak memang tak dapat nak dielak.Cuma sekarang ni cinta yang perlu digapai adalah cinta Allah dan Rasul.Bila dapat kedua cinta insyaAllah akan pimpin cinta-cinta yang lain.Wah!! kalau cakap soal ni memang berjela ayat(^-~)..hehe. Soal jodoh tu biarlah Allah yang tentukan.Kadang-kadang malu pada kawan2 yang selalu bertanya bila dan bila>>>>>>…Yelah kakak dia kawin awal 21 dah bernikah,adiknya pula gi mana sih??Lalu jawapan acap-kali ku jawab ada jodoh akan adalah..huhu Simple and Perfect answer!!.ok off about this topic.Sebenarnya bukan yang ini yang nak difokuskan.




Berbalik pada topic yang asal yakni dimana diri ini diberi task untuk memberi sedikit pengisian semalam. Kalau nak dicakap tentang beri tazkirah,pengisian mahupun kuliah rasanya diri ni sudahpun biasa sejak Form 4 lagi.Teringat waktu sekolah-sekolah dulu.Oleh sebab diberi amanah memegang jawatan Naib Setiausaha Badan Dakwah dan Akhlak Remaja(BADAR) di SAM Bestari,Subang Jaya maka sangat perlu dan kerap tampil kehadapan memberi pengisian pada warga Aspuri.Saling ingat mengingatkan.Mula-mula tu sangatlah gugup dan malu tapi lama-kelamaan… ‘alah bisa tegar biasa’. Tapi oleh sebab sudah lama lah jugak tak tampil ke hadapan beri pengisian Hati,Qalbun ataupun bab2 roh ni, tiba-tiba semalam terasa sangat cemas.RSAT jelah jawabnya!!..Sebenarnya hati ni sangat sedih,bukannya sedih sebab diri ini tak diberi peluang selalu untuk berucap.Tapi sedih sebab rasanya kelas ni rasanya sudah lama tak buat tazkirah macam dulu-kala.Buat rotation setiap orang bagi tazkirah di kelas.Bukan ke bagus begini??.Mujurlah DSC anjurkan kempen sebegini dan diwajibkan diadakan tazkirah bagi setiap kelas.Kalau tidak ada, maka takdelah.Mana boleh begitu sebenarnya kan.Dimanakan “Ar-Rijal AQwam min Nisa’ ni”. Nampaknya kita perlu berbuat sesuatu.InsyaAllah moga Allah izinkan.

Jadi,pengisian yang dikongsi semalam adalah bertajuk ‘Sentuhan Hati’. Bukannya tidak mahu untuk berkongsi tentang Zina dan keturunannya.Oleh sebab bagiku,last week sudah banyak pendedahan yang kawan-kawan dapat dari pengisian oleh kawanku Munie ditambah juga dari pelbagai tayangan video.Maka diri memilih untuk berkongsi tentang soal Hati.RSAT!!..Hemm,bukan soal hati ini tentang soal cinta ye ,tapi soal >>>>>>

Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu. (Riwayat: Muslim)





Hatilah tempat jatuhnya pandangan Allah:

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang Hakiki,
Kalau hati itu BERSIH.

Hati kalau terlalu bersih pandangannya kan menembusi hijab,
Hati jika sudah bersih,firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran.

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Jasad lahir ukuran manusia,
Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.







Inilah sumpah ,ikrar atau janji yang kita sering laung-laungkan dalam hati.Setiap kali solat kita bersumpah pada Allah bahawa kita akan jadikan solat kita,ibadah kita,hidup mati kita hanyalah untuk Allah,Tuhan sekalian alam.

Namun manakah bukti ikrar dan janji kita itu?atau adakah sekadar omong-omong kosong??.

'Laa ilahailla anta subhaanaka inii kuntu minazzholimiin...'

Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati
atau jiwa sebagai wadah
Ia adalah anggota yang paling penting
di dalam diri manusia
Tapi malang, atau sungguh sayang
Engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah
Wadah engkau tidak pun engkau isi dengan kasih sayang
Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan
Jiwa engkau sebagai wadah, tidak engkau isi rasa kehambaan
Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbangrasa dan perikemanusiaan
Engkau kosongkan wadah engkau daripada perasaan-perasaan yang mulia
Tapi apa yang engkau isikan?
Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah yang merosakkan manusia
Bahkan yang menghancurkan dunia
Hati engkau tidak engkau jadikan cermin melihat kebenaran
Engkau butakan hati engkau
Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan
Setidak-tidaknya engkau merabunkan
Hingga engkau ragu dengan kebenaran
Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga
Yang menentukan engkau manusia yang ada kemanusiaan
Tapi engkau abaikan
Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai
Anggota lahir engkau, jawarih engkau
Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa
Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan, engkau abai dan biarkan
Padahal hati tempat pandangan Tuhan




to be continued.....~

P/S: Count down for Eid Milad..30 Oktober...(^,^)

Friday 21 October 2011

~Mari Ubat Hati~

Bismillahirrahmanirrahim.

'Kaif halukum?'
'Kaif qolbukum?'

Apa khabar Hati antum sekarang ini? Berasa tenang dan bahagiakah?atau berasa gelisah,marah,benci? Sering kali apabila kita bertemu sahabat kita dengan ucapan'Kaif haluk?' .Namun jarang sekali menyapa dengan 'kaif qolbuk aw kaif ruhhuk?'. Begitulah keadaan Hati yang kini jarang diperkatakan. Seolah-olah semuanya sangat sibuk dengan hal masing-masing sehingga terlupa dengan perihal Hati ini.Padahal Hati lah tempat jatuhnya pandangan Allah.







Sahabatku yang dikasihi,
Sedang berlaku di hadapan mata kita kini bermacam-macam jenis penyakit putus asa, kecewa, resah .gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan (loneliness), ketegangan perasaan dan berbagai-bagai lagi bentuk sakit jiwa. Dan sedang berleluasa
juga di dalam masyarakat Islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain.


Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menafikan hakikat ini? Kita boleh nampak penyakit-penyakit ini semakin kronik disekeliling kita..Buktinya berapa banyak kes zina,rogol,bunuh,buang anak,rasuah dan macam-macam lagi yang sekarang ini sudah seakan menjadi kelaziman di Negara kita.Sungguh gerun bukan?.


Bilangan orang-orang yang menderita sakit atau krisis jiwa di saat ini lebih ramai daripada bilangan penderita-penderita sakit fizikal yang ada di hospital-hospital. Tetapi aneh, kepakaran dan keintelektualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengubatan kepada pesakit batin ini, sepertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia. Rasanya kelihatan para ulamak,ustaz-ustaz seakan buntu dan mendiamkan diri. Media lebih dimonopoli dengan sumber kejahatan berbanding kebaikan.

Sahabatku yang disayangi,
Apakah mereka tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dan lain-lain itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain? Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar-kacirnya sesebuah masyarakat.




Telah datang Nabi Muhammad SAW ke tengah manusia. Baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri baginda bangun dan bekerja untuk menyelamatkan manusia. Institusi pertama yang baginda bangunkan ialah masjid, satu tempat di mana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan Tuhannya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah memandang keselamatan manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan baginda berjaya.



Sahabatku,
Kita kini sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sebagaimana apa yang disaksikan oleh baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya? Kita ubati dulu mazmumah dan krisis jiwa kita, ahli keluarga kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia pada fitrahnya.
Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahagiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan "sunnah" yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.

Sahabatku,
Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian. Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara guru dengan muridnya,pensyarah dengan pelajar,antara suami dengan isteri, anak dengan ibu bapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih-sayang, bertolak-ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong? Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya?


Sahabatku,
Islam mengajak kita menelek hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, saudara akan temui hati-hati saudara penuh dengan "cahaya" kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan. Dan itulah syurga sementara sebelum saudara bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.
Insya Allah. Mudah-mudahan kita akan perolehi keselamatan dan kebahagiaan hidup sebagaimana yang Allah janjikan.



Terjemahannya: Hati Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat
(Asy Syuara': 8889)




~Rasa hati yang ingin dikongsi bersama dengan kalian dipostkan di blog ini.
Janganlah lihat pada diriku yang serba kekurangan tapi lihatlah isi2 yang ingin disampaikan~
Wallahu’allam.MZB.

Wednesday 5 October 2011

Isu Hukum Hudud Part 2

SEJARAH telah membuktikan bahawa hukum hudud adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampau, orang kafir pun menerimanya.

Bagi orang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah yang mengandungi n&mat. Kerana ia memberi dua faedah yang besar:

1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yang hendak memakannya. Yakni hudud membersihkan masyarakat daripada orang-orang jahat yang mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yang mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yang melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman di Akhirat. Yang mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara hudud) tidak lagi dihukum di Akhirat. Di sinilah menunjukkan betapa pentingnya pelaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam.

Sebagai pagar, maka hukum hudud hanya mungkin dilaksanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur di dalam masyarakat. Orang tidak pemah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernah berlaku orang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik demi mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang-orang jahat yang sudah tidak makan diajar.
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarakat yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi 'bala' dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk-pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yang tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampaknya begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Di satu sudut lain pula, puak-puak kapitalis yang menjadi lintah darat akan merasa terbela, secara langsung atau tidak, kerana hukum hudud telah melindungi mereka dari orang-orang jahat dan miskin yang mengancam kekayaan mereka selama ini. Lihatlah dalam masyarakat dunia hari ini, yang begitu sibuk hendak tangkap penjahat, hendak hukum bunuh pengedar dadah, hendak gantung sampai mati orang yang memiliki senjata api dan macam-macam bentuk hukuman 'hudud ala dunia'.

Lihatlah bagaimana hukum-hukum yang dijalankan dalam masyarakat yang tidak ditarbiah jiwanya dengan berkesan, telah tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya jenayah dan maksiat kian menjadi-jadi. Orang buat tidak endah dengan hukuman dan seksaan yang diancamkan. Ertinya fungsi hukuman itu tidak berjalan dalam masyarakat. Ia tidak mampu mengawal masyarakat. Sebab dalam masyarakat terlalu banyak penjahat. Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya. Sedang dalam masyarakat yang sudah dididik dengan iman dan taqwa, hukum hudud yang diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat. Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.
Tapi hari ini, masyarakat masih liar; bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain 'bercuti' dari kejahatan. Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam kejam, zalim dan lain-lain lagi.
Mengapa pejuang-pejuang Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan hukum hudud, sebelum hukum-hukum fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, dapat dipraktikkan sungguh-sungguh oleh masyarakat. Lebih-lebih lagilah sepatutnya kebaikan-kebaikan itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam. Supaya jemaah itu benar-benar diyakini dan menjadi contoh kepada masyarakat.

ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kepada kebaikan tidak diberi perhatian serius. Kalau dibuat pun cuma untuk lepas tangan. Hasil yang sepatutnya dicapai tidak diambil berat sangat. Saya kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar-benar mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih-milih hukum ALLAH untuk dilaksanakan tetapi dibuat semuanya.
ALLAH berfirman:
Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak adalah balasan orang yang melakukan demikian itu melainkan akan ditimpa kehinaan di dunia. Manakala di Akhirat akan dicampakkan pada azab yang pedih. (Al Baqarah: 85)

Firman ALLAH yang lain:
Bukanlah sifat Mukrnin lelaki mahupun perempuan apabila ALLAH dan Rasul-Nya menetapkun hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka). (Al Ahzab: 36)
Hukum hudud yang ALLAH sudah tetapkan dalam Al Quran adalah satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari 'hududhudud duniawi' yang dicipta oleh manusia. Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana yang lebih bijak dan adil?

Pencuri yang mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dengan penjara atau denda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri. Maka akan lebih ramai orang yang diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yang dicuri hartanya itu, si pencuri mesti disakiti dengan kesakitan yang setimpal. Yakni hilangkan atau 'curi' tangannya. Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana ia tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yang kena curi itu tidak boleh hidup lagi.

Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dengan kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yang seimbang dengan kesalahannya ke atas orang lain. Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain. Sebagaimana sakitnya orang yang dicuri hartanya, begitulah ALLAH mahu dia rasakan sakit yang setimpal, dengan harapan dia serik dan insaf. Di samping ma; syarakat pula selamat dari kejahatannya.

Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dengan hukum ALLAH itu. Di antara hukumannya yang telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah:

• Hukuman pancung kepada orang yang tidak sembahyang tiga waktu berturut tanpa uzur syar'i sesudah dinasihatkan.
• Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
• Hukuman sebat kepada orang yang membuat fitnah.
• Hukuman rotan 100 kali pada penzina yang belum kahwin; direjam sampai mati pada penzina yang sudah kahwin.
• Hukuman rotan 80 kali kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa bukti yang cukup.
• Rotan 80 kali untuk peminum arak.
Terhadap kesalahan-kesalahan yang ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kepada bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dengan kesalahan, itu dinamakan hukum ta'zir. Yakni pesalah diberi malu.

Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kepada siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukum ta'zir yang biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat di tiang tempat lalu-lalang umum dan lain-lain. Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yang dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dengan kesalahan yang dibuat. Jadi tak timbullah istilah kejam dan sebagainya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti: "Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia."

Sebenarnya 'hudud dunia' ini lebih kejam. Terutamanya tangkapan di bawah ISA yang dibuat tanpa bicara. Tapi mengapa didiamkan? Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yang tidak terdidik dengan nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yang sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain. Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain.

Keinsafan ini hanya timbul kalau hukuman yang dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam. Siapakah yang lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman itu?

Sedangkan kita hendak menghukum anak yang kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apalagi terhadap orang yang tiada sangkut-paut dengan kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!

Konon bangsa asing akan takut dengan hudud. Ini pun satu andaian tanpa asas. Yang lebih banyak salah dari betulnya. Sebenamya bangsa asing yang cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman daripada orang Islam yang sudah rosak imannya. Buktinya, orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dan lain-lain yang dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan yang akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar nilainya daripada tangan yang dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yang sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Dalam sejarah Islam, hukum hudud yang dijalankan tepat menurut cara dan peraturan yang ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yang sungguh baik. Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang menyerah diri, kesalahan yang sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan, kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempumanya peraturan hidup Islam.

Saya hendak contohkan dengan poligami yang umum menganggap ianya mustahil boleh bawa bahagia kepada yang terlibat. Tetapi terbukti hat-i ini, ada segolongan yang dapat melaksanakannya dengan selamat dan penuh kebaikan. Hal ini ialah kerana poligami itu dijalankan melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah serta menurut peraturan yang disyaratkan oleh ALLAH. Tetapi kalau syaratnya tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah, memang ia nampaknya terlalu berat dan mustahil. Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhimya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap.

Demikianlah dengan hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.
Moga-moga hasil kefahaman yang tepat dan kaedah perlaksanaan yang adil, pelaksanaan hudud akan benar-benar menjadi kenyataan satu masa nanti.



Pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia menjadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya. Bahkan HUDUD ialah langkah paling akhir yang patut dikenakan kepada seseorang penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi boleh mendidiknya. Macamlah seorang yang berhadapan dengan isteri yang derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha-usaha damai tidak berkesan. Alangkah kejamnya seseorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih-lebih lagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau bat-u saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau si isterinya itu jahat. Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.

Mencegah kemungkaran seperti diajarkan oleh Al Quran ialah dengan:
Serulah ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dengan contoh pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik. (An Nahl: 125)

Justeru itu, kejahatan yang berlaku dalam masyarakat mesti dihadapi dengan cara ini dulu. Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja tetapi kerana mereka terbiar, tidak diberi faham dan dididik dengan iman dan Islam, dengan wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan.

Bercakap tentang hudud dalam suasana masyarakat jahil dart terbiar samalah dengan orang yang memukul anak kecilnya yang memegang api kerana tidak tahu yang api itu panas. Hudud hanya mungkin elok dilaksanakan pada seseorang bila kedegilannya sudah tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dit rotan bila dia tetap nak main api bila dia telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya.

Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan.
Hukum ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan.

Dan saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yang menolak terus hukum ALLAH ini tanpa hujah yang berasas. Daripada hujah dan penolakan yang dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yang dipilih untuk dianutnya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undangundang Islam? Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, bar&h mengisytiharkan, "Aku orang Islam dan akan membelanya."

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yang bakal berbangkit akibat daripada perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut? Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yang tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan lojiknya jawapan Islam itu mengatasi semua lojik akal yang terfikir oleh manusia. Lojik yang ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun lojik itu sebelumnya. Hingga kerana lojik Al Quran ini, kita akan kagum dengan Islam dan merasa bertuah kerana menjadi penganutnya. Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yang paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum- hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dengan itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga orang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.

~to be continued~..........

~ Isu Hukum Hudud~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ni pelbagai isu panas yang meletup dinegara kita apatah lagi yang melibatkan soal agama kita Islam,dan yang terbaru ini tentang Hukum Hudud. Pelbagai respon dan komen yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat.

1)Ini respon daripada PM kita:

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya
(dipetik daripada Berita 24 Sept 2011)


2)Respon dari Nik Aziz:


“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu… orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.
“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun… bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?
“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya
(dipetik dari Berita 18 Sept 2011)


3) Respon dari Dr Mahathir:

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi…ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
(dipetik dari Berita 19 Sept 2011)


4)Dan ini pula respon dari Dr Asri:

Dr Asri: Kuat kuasa hukum hudud perlukan tafsiran baru
KUALA LUMPUR, 20 Sept — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.

“Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat,” kata beliau.

Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil menambah, “cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.”

“Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” kata beliau (gambar) lagi.

Katanya, ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.

“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda dan menukar atau membatalkannya.

Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru hari ini.

Kelantan kerajaan pimpinan PAS bercadang untuk melaksanakan hukum hudud selepas menerajui negeri itu pada 1990.

“Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya,” kata beliau lagi.

Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.

“Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak,” kata tokoh agama yang dilihat progresif ini.

Dalam kertas kerja itu, Asri juga berkata menggambarkan negara Islam atau ‘design’ negara yang diperintah oleh Allah dan rasul-Nya sebagai negara hudud adalah gambaran tidak tepat.

Oleh itu kata beliau, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan Sunah.

“Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat.

“Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat,” kata beliau.

Katanya, penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum dan kenegaraan secara khususnya.

Oleh itu katanya, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum.

“Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa.

“Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa,” kata beliau sambil menambah, “kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga.”

Malah katanya, kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat atas kebaikan itu dengan rakyat mendoakan pemerintah, pemerintah mendoakan rakyat.

“Suasana cinta dan kasih tersebar secara meluas,” katanya.

Asri juga berkata, pelaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana hudud itu dilaksanakan kerana suasana yang tidak kondusif akan menyebabkan kesan negatif kepada pelaksanaan sesuatu hukuman.

“Ini kerana Nabi s.a.w sendiri mengambil kira persoalan ini,” katanya.

Katanya ia bermakna pelaksanaan hudud yang membawa kepada umat Islam lari atau salahfaham terhadap Islam, atau Islam ditohmah dengan tuduhan liar sehingga menggugat keimanan umat Islam yang lain patut dielakkan.

“Hari ini suasana berubah, media massa sering digunakkan untuk memberikan imej yang salah mengenai Islam. Persediaan ke arah menangani hal itu juga amat penting,” katanya.

Katanya, Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda.

“Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang.

“Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suasana kebajikan; bantu-membantu, tolong-menolong antara masyarakat yang kukuh,” kata beliau sambil menambah, “jaminan hak rakyat yang diberikan iaitu berkaitan dengan suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya.”

“Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram.

“Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum; pertama kerana dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah,” kata beliau.

Malah menurut Asri, perjuangan penting pada hari ini ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. - TMI





~to be continued~.................................................

~Ujian dan Pasport~

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Tuhan yang Baik pada kita..
DiberiNya kita segala nikmat walaupun kita selalu lalai padaNya..
Buat Rasulullah SAW...yang sangat berjasa pada kita..
diberinya kita faham tentang nikmat Iman dan Islam ini..

Hari ni terasa sangat2 bersyukur pada Tuhan.Nikmat kesenangan dan ujian silih berganti.Jika semalam diujinya diri ini,dan hari ini pula dihiburkan pula.Jika nikmat kesenangan dan ujian kesusahan yang datang silih berganti,itulah tandanya sayangnya Allah pada kita.Diujinya kita supaya kita insaf,sedar,ingat dan kembali padaNya kemudian Dia hiburkan kita pula dengan nikmat kesenangan dan kemudahan untuk menunjukkan kasihNya Dia pada kita.Jika kedua-dua ini tidak berlaku pada kita secara silih berganti,jika asyik diuji sahaja atau asyik diberi kesenangan sahaja,mari kita koreksi diri kita..takut2 kita sebenranya bukan dibawah pemerhatianNya selalu..takut2 itu semua tanda kemarahanNya pada kita dan kita bertambah lalai dengan semua itu..Namun sebenarnya kasih sayang Allah mendahului kemarahanNya..
Dia masih lagi mahu menerima kita.

Semalam terasa hari yang sangat mendukacitakan.Perasaan yang tidak dapat dibendung tapi masih boleh lagi dikawal.Rasa sedih,mahu menangis semahu-mahunya,rasa frustrated semuanya bersatu didalam hati yang satu dan kecil ini.Diujinya kekuatan hati ini.Namun,ujianNya itu sebenarnya mahu melatih diri ini,melatih diri ini supaya kental,kuat jiwa,tahan diherdik,dihina,dicaci,Dia mahu melatih diri ini supaya rasa diri hina,tidak pandai,bodoh...sebab itu semua adalah perasaan kehambaan yang sepatutnya ada dalam diri ini.

Ujian Pada Seseorang Tidak Sama Maksud

Ujian yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama
Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya
Kerana sudah terlalu derhaka
Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya
Kerana sudah cuba mujahadah, terlibat juga
Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang
Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh
Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan
Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya
Jika ujian itu ditimpa kepada kita
Kita tidak tahu maksud yang mana satu
Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan
Kerana kita adalah hamba-Nya
Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita
Atau kerana kemurkaan-Nya
Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya
Inilah jalan selamat buat kita.



Terima kasih Tuhan,pada hari ini pula walau last minute patient call tak dapat datang appointment,namun dimudahkan proses buat pasport di Wangsa Maju.Bayangkan pukul 3.30 petang tadi rakan sekelas tergesa-gesa masuk kelas sambil mencari buku pasport untuk diphotostatkan dan memberitahu bahawa kena hantar salinan muka depan buku pasport selewat-lewatnya esok pagi...dan...empunya diri ni belum lagi buat buku pasport maka mulalah cemas..mujurlah ada 2 orang kawan baik ni yang sudi tunjukkan jalan dan meneman ke Pajabat Imegresen,Wangsa Maju .Dalam pukul 4 lebih sampai disana,cepat2 ambil gambar, manakala kawan yang baik hati tolong ambilkan borang dan isikan.Ambil no giliran dan tak sampai 5 minit giliran sampai untuk hantar borang dan cop tangan..dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan mudah dan dalam pukul 5.15 petang buku pasport sudah berada ditangan.Maha Baiknya Tuhan,dimudahkan urusan..


Alhamdulillah hari ni terasa hari yang sangat bermakna dan terasa sangat Allah sentiasa bersama kita...