Wednesday 5 October 2011

Isu Hukum Hudud Part 2

SEJARAH telah membuktikan bahawa hukum hudud adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampau, orang kafir pun menerimanya.

Bagi orang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah yang mengandungi n&mat. Kerana ia memberi dua faedah yang besar:

1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yang hendak memakannya. Yakni hudud membersihkan masyarakat daripada orang-orang jahat yang mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yang mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yang melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman di Akhirat. Yang mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara hudud) tidak lagi dihukum di Akhirat. Di sinilah menunjukkan betapa pentingnya pelaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam.

Sebagai pagar, maka hukum hudud hanya mungkin dilaksanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur di dalam masyarakat. Orang tidak pemah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernah berlaku orang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik demi mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang-orang jahat yang sudah tidak makan diajar.
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarakat yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi 'bala' dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk-pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yang tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampaknya begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Di satu sudut lain pula, puak-puak kapitalis yang menjadi lintah darat akan merasa terbela, secara langsung atau tidak, kerana hukum hudud telah melindungi mereka dari orang-orang jahat dan miskin yang mengancam kekayaan mereka selama ini. Lihatlah dalam masyarakat dunia hari ini, yang begitu sibuk hendak tangkap penjahat, hendak hukum bunuh pengedar dadah, hendak gantung sampai mati orang yang memiliki senjata api dan macam-macam bentuk hukuman 'hudud ala dunia'.

Lihatlah bagaimana hukum-hukum yang dijalankan dalam masyarakat yang tidak ditarbiah jiwanya dengan berkesan, telah tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya jenayah dan maksiat kian menjadi-jadi. Orang buat tidak endah dengan hukuman dan seksaan yang diancamkan. Ertinya fungsi hukuman itu tidak berjalan dalam masyarakat. Ia tidak mampu mengawal masyarakat. Sebab dalam masyarakat terlalu banyak penjahat. Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya. Sedang dalam masyarakat yang sudah dididik dengan iman dan taqwa, hukum hudud yang diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat. Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.
Tapi hari ini, masyarakat masih liar; bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain 'bercuti' dari kejahatan. Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam kejam, zalim dan lain-lain lagi.
Mengapa pejuang-pejuang Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan hukum hudud, sebelum hukum-hukum fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, dapat dipraktikkan sungguh-sungguh oleh masyarakat. Lebih-lebih lagilah sepatutnya kebaikan-kebaikan itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam. Supaya jemaah itu benar-benar diyakini dan menjadi contoh kepada masyarakat.

ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kepada kebaikan tidak diberi perhatian serius. Kalau dibuat pun cuma untuk lepas tangan. Hasil yang sepatutnya dicapai tidak diambil berat sangat. Saya kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar-benar mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih-milih hukum ALLAH untuk dilaksanakan tetapi dibuat semuanya.
ALLAH berfirman:
Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak adalah balasan orang yang melakukan demikian itu melainkan akan ditimpa kehinaan di dunia. Manakala di Akhirat akan dicampakkan pada azab yang pedih. (Al Baqarah: 85)

Firman ALLAH yang lain:
Bukanlah sifat Mukrnin lelaki mahupun perempuan apabila ALLAH dan Rasul-Nya menetapkun hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka). (Al Ahzab: 36)
Hukum hudud yang ALLAH sudah tetapkan dalam Al Quran adalah satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari 'hududhudud duniawi' yang dicipta oleh manusia. Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana yang lebih bijak dan adil?

Pencuri yang mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dengan penjara atau denda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri. Maka akan lebih ramai orang yang diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yang dicuri hartanya itu, si pencuri mesti disakiti dengan kesakitan yang setimpal. Yakni hilangkan atau 'curi' tangannya. Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana ia tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yang kena curi itu tidak boleh hidup lagi.

Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dengan kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yang seimbang dengan kesalahannya ke atas orang lain. Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain. Sebagaimana sakitnya orang yang dicuri hartanya, begitulah ALLAH mahu dia rasakan sakit yang setimpal, dengan harapan dia serik dan insaf. Di samping ma; syarakat pula selamat dari kejahatannya.

Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dengan hukum ALLAH itu. Di antara hukumannya yang telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah:

• Hukuman pancung kepada orang yang tidak sembahyang tiga waktu berturut tanpa uzur syar'i sesudah dinasihatkan.
• Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
• Hukuman sebat kepada orang yang membuat fitnah.
• Hukuman rotan 100 kali pada penzina yang belum kahwin; direjam sampai mati pada penzina yang sudah kahwin.
• Hukuman rotan 80 kali kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa bukti yang cukup.
• Rotan 80 kali untuk peminum arak.
Terhadap kesalahan-kesalahan yang ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kepada bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dengan kesalahan, itu dinamakan hukum ta'zir. Yakni pesalah diberi malu.

Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kepada siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukum ta'zir yang biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat di tiang tempat lalu-lalang umum dan lain-lain. Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yang dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dengan kesalahan yang dibuat. Jadi tak timbullah istilah kejam dan sebagainya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti: "Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia."

Sebenarnya 'hudud dunia' ini lebih kejam. Terutamanya tangkapan di bawah ISA yang dibuat tanpa bicara. Tapi mengapa didiamkan? Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yang tidak terdidik dengan nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yang sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain. Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain.

Keinsafan ini hanya timbul kalau hukuman yang dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam. Siapakah yang lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman itu?

Sedangkan kita hendak menghukum anak yang kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apalagi terhadap orang yang tiada sangkut-paut dengan kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!

Konon bangsa asing akan takut dengan hudud. Ini pun satu andaian tanpa asas. Yang lebih banyak salah dari betulnya. Sebenamya bangsa asing yang cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman daripada orang Islam yang sudah rosak imannya. Buktinya, orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dan lain-lain yang dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan yang akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar nilainya daripada tangan yang dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yang sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Dalam sejarah Islam, hukum hudud yang dijalankan tepat menurut cara dan peraturan yang ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yang sungguh baik. Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang menyerah diri, kesalahan yang sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan, kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempumanya peraturan hidup Islam.

Saya hendak contohkan dengan poligami yang umum menganggap ianya mustahil boleh bawa bahagia kepada yang terlibat. Tetapi terbukti hat-i ini, ada segolongan yang dapat melaksanakannya dengan selamat dan penuh kebaikan. Hal ini ialah kerana poligami itu dijalankan melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah serta menurut peraturan yang disyaratkan oleh ALLAH. Tetapi kalau syaratnya tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah, memang ia nampaknya terlalu berat dan mustahil. Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhimya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap.

Demikianlah dengan hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.
Moga-moga hasil kefahaman yang tepat dan kaedah perlaksanaan yang adil, pelaksanaan hudud akan benar-benar menjadi kenyataan satu masa nanti.



Pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia menjadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya. Bahkan HUDUD ialah langkah paling akhir yang patut dikenakan kepada seseorang penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi boleh mendidiknya. Macamlah seorang yang berhadapan dengan isteri yang derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha-usaha damai tidak berkesan. Alangkah kejamnya seseorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih-lebih lagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau bat-u saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau si isterinya itu jahat. Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.

Mencegah kemungkaran seperti diajarkan oleh Al Quran ialah dengan:
Serulah ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dengan contoh pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik. (An Nahl: 125)

Justeru itu, kejahatan yang berlaku dalam masyarakat mesti dihadapi dengan cara ini dulu. Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja tetapi kerana mereka terbiar, tidak diberi faham dan dididik dengan iman dan Islam, dengan wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan.

Bercakap tentang hudud dalam suasana masyarakat jahil dart terbiar samalah dengan orang yang memukul anak kecilnya yang memegang api kerana tidak tahu yang api itu panas. Hudud hanya mungkin elok dilaksanakan pada seseorang bila kedegilannya sudah tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dit rotan bila dia tetap nak main api bila dia telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya.

Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan.
Hukum ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan.

Dan saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yang menolak terus hukum ALLAH ini tanpa hujah yang berasas. Daripada hujah dan penolakan yang dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yang dipilih untuk dianutnya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undangundang Islam? Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, bar&h mengisytiharkan, "Aku orang Islam dan akan membelanya."

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yang bakal berbangkit akibat daripada perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut? Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yang tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan lojiknya jawapan Islam itu mengatasi semua lojik akal yang terfikir oleh manusia. Lojik yang ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun lojik itu sebelumnya. Hingga kerana lojik Al Quran ini, kita akan kagum dengan Islam dan merasa bertuah kerana menjadi penganutnya. Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yang paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum- hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dengan itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga orang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.

~to be continued~..........

No comments:

Post a Comment