Wednesday 14 September 2011

~Clinical Posting~

Bismillahirrahmanirrahim…
Baru empat ke lima hari tidak menulis di blog terasa rindu pula.Mungkin inilah perasaan yang selalu dirasai bagi blogger2 yang suka menulis.Mungkin masih baru di bidang penulisan dan banyak kecacatan yang dapat dilihat oleh para pembaca,tetapi begitulah adat menulis..’Sikit-sikit,Lama-lama menjadi Bukit’,belajar dari kesilapan dan pengalaman yang dibuat dahulu.. Senyap seketika selepas 4 hari mula start clinical.Mula sibuk panggil patient dan buat itu dan ini.InsyaAllah entry kali ni mungkin nak kongsikan sedikit pengalaman sepanjang dihantar ke Clinical Posting di HosHas(Hospital Temerloh).4 hari kami dihantar untuk Clinical Posting. Mungkin sebagai dental student tidak perlu dihantar lama2 untuk medical posting.Cukuplah merasai posting di Hospital Ampang sebelum ini.(Cukup ke sebenarnya??..huhu..(-_-)).Dua hari kami diposting ke bahagian Jabatan Pembedahan dan 2 hari seterusnya ke Jabatan Perubatan HoShas. Dua hari yang terakhir bermacam perasaan yang datang,terasa seronok,excited,cemas dan sedih .Dua hari posting ke Medical Department,HosHas,pelbagai case yang dapat dirasai.Ade juga case yang belum pernah dirasai di Hospital Ampang seperti emergency case.Disana,kami ditempatkan dikediaman asrama khas untuk Pelajar Klinikal di Bandar Temerloh.
~Inilah asrama penginapan yang kami ditempatkan~



Sangat seronok mendapat totally ibrah dari doktor-doktor HO(Housemanship),MO(Medical Officer) dan pakar-pakar terutamanya dari Dr.Syarifah.Semuanya baik-baik belaka.Belajar macam mana medical doktor m’approach’ patient,cara present case,diagnose penyakit,how to relate disease and medication,drug interaction,drug effects to the patient,how to break bad news dan etc. Sangat terhibur dengan gelagat doktor-doktor yang kadang-kadang suka buat jokes dengan patient mahupun dengan kami(~-^).Sangat mesra melihat Dr.Syarifah melayan patient^_^.Doktor yang sangat caring dan bertanggung-jawab.Susah juga nak dapat doktor sebaik Dr.Syarifah ni ;-).


~Bergambar sekejap..(^_^)

Kadang-kadang dekat certain case tu doktor mulalah bertanya soalan itu dan ini..hehe..Antara yang tak boleh dilupakan adalah …’Mana dental student??semalam saya baru ajar ECG kan,sorang volunteer explain bacaan ECG ni.(sambil menghulurkan kertas bacaan ECG)..hehe..apalagi semua serentak berundur kebelakang.Malu takut tersilap baca kot.Yelah dental student tak biasa sangat dengan ECG ni.Lalu doktor memilih temanku,Aish untuk explain.Mujur,Aish explain dengan lancarnya,walaupun disitu memang dah tertera bacaan ECG tu sekali dengan ratenya sekali..’Tak aci,kata doktor’.Walaubagaimanapun,Aish sahabatku itu antara Best Student,tak tengok jawapan pun boleh tahu jawapan..(puji Aish sikit ape salahnya kan..(^_^).Disitu kulihat adalah juga dalam dua ke tiga orang yang menghidap Kanser Payu Dara dan apabila ditanya doktor kenapa tak datang awal-awal ke hospital walaupun sudah dua tahun menghidap,lalu ada juga yang menjawab mendapatkan khidmat bomoh untuk berubat.Astaghfirullah!!!jika bomoh yang dimaksudkan adalah yang berubat tidak mengikut syariat Islam.Tidak salah jika mendapatkan perubatan alternative yang lain seperti cara perubatan orang-orang kampung,homeopathy sebab yang menyembuhkan hanyalah Allah bukanlah manusia,manusia hanyalah sebagai pengantara atau wasilah untuk Allah sembuhkan kita.Boleh jadi kita boleh sihat tanpa berubat apa-pun jika Allah kehendaki.Namun,ia tersangat jaranglah berlaku,jika ia berlaku pun atas sebab Ma’unah ataupun Karamah yang Allah pilih kepada hamba-hambaNya yang soleh dan para waliNya.Membuatkan diri muhasabah semula, adakah diri ini betul-betul kuat pergantungan dengan Tuhan yang mana jika sakit ubatlah yang mula-mula dicari,bukannya Tuhan..sakit sikit ubat,sakit sikit Panadol..huhu.T_T..Nau’uzubillah jika terkena syirik khufii tanpa kita sedari,sebab syirik khufii memang kita tak perasan yang sebenarnya kita sedang mempersekutukan Allah walau pada zahirnya kita menyembahnya,sebagai contoh..jika kita lapar maka kita pun mencarilah makanan supaya perut tidak masuk angina,namun jika kita ber’iktiqad dengan makannya itu boleh mengenyangkan kita dan kita terlupa bahawa Allahlah yang menyembuhkan kita maka boleh jadi kita telah syirik khufii dengan Allah.Begitulah dengan urusan seharian kita berusaha mencari rezeki,belajar,bekerja dan apa-pun yang kita lakukan tanpa kita hubungkan dengan Allah,boleh jadi sudah banyak kita syirik khufii denganNya.Astagfirullahalazim!!!T_T..Patutlah hati gelap,susah nampak hidayah Allah ditambah pula dengan makan-minum dan keadaan sekeliling yang sangat mengugat iman.Selamatkan kami Ya Allah.T_T.

Lagi satu melihat case yang tak dapat dilupakan adalah emergency case dimana first ibrah dengan kaca mata sendiri melihat doktor-doktor HO,MO dan doktor pakar,Dr.Syarifah bertungkus-lumus cuba menyelamatkan nyawa seorang patient indian. Kalau tak silap patient tu mendapat cardiorespiratory arrest disebabkan oleh Pulmonary Embolism.Basic life support(BLS) dan Advanced Life Support(ALS) cuba dilakukan oleh para doktor. Antara BLS yang doktor lakukan adalah dengan menggunakan cara Cardiopulmonary Resuscitation(CPR), yang dilakukan dengan bergilir-gilir oleh HO,MO dan medical students.Dalam masa yang sama suasana agak gawat dan mencemaskan.Ada doktor yang berperanan mendapatkan IV access dan intubation untuk ALS.Selepas setengah jam ,bacaan Cardiac Monitor masih lagi tidak naik selepas pelbagai usaha BLS dan ALS yang telah doktor-doktor lakukan.Namun,akhirnya Allah jua penentunya,patient indian itu tidak dapat diselamatkan. Manusia hanyalah berusaha Allah jualah menentunya.Dalam masa yang sama ada lagi seorang patient Islam Melayu yang sudah agak berumur dalam lewat 60-an yang juga mengalami Cardiorespiratory arrest.Walaubagaimanapun,anak lelakinya tidak membenarkan doktor untuk melakukan CPR pada ayahandanya yang tercinta.Mungkin beliau ingin berada disaat akhir ayahnya dan membisik kalimah tauhid ditelinga ayahnya jika itulah waktu yang ditetapkan Allah untuk tiba ajalnya.Sangat terharu dan sayu sepanjang berada berdekatan dengan katil ayahnya ketika Ward around apabila terdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang tidak jemu-jemu dibacakan anak lelakinya disisinya sebelum ajalnya tiba .Saat itu juga sajak tentang kematian singgah dipemikiran dan dihatiku.’Bagaimanalah agaknya keadaan aku mati nanti,ketika sakit atau sihat,ketika aku jaga atau tidur,ketika aku berehat-rehat atau bekerja,yang paling menakutkan ketika aku lalai atau mengingatiMu Tuhan..jika lalai takut-takut tidak sempat mengucap Kalimah Lailahaillah wa Muhammadarrasulullah..Wal’ilyazubillah menimpaku nanti.Biarlah mati dalam keadaan tenang mengingatiMu Tuhan,mati dalam redhoMu Tuhan dan redho serta kemaafan manuasia sekeliling,.Teringatku tentang senikata nasyid Sajak Kematiaan yang sangat meruntun jiwa. Sajak tentang “Ingatkanlah Kematian Kita”:

Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat
Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
Tidak pun sakit boleh mati juga
Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu
Semua orang tahu, kan pengalaman bersama
Ada orang mati kecil, ada orang mati muda, ada orang mati tua
Ada orang mati tanpa sebab apa-apa
Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk saja
Ditengok nafas sudah tiada
Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian
Kematian bila-bila masa berlaku
Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas
Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan
Hendak membangun, membangunlah
Tapi ingatlah waktu itu boleh mati
Hendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu
Hendak kejar kekayaan kejarlah
Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan
Bila jiwa takut dengan Tuhan
Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang hal

Saturday 3 September 2011

~Didunia TiDaK AdA hArI rAyA~

Bismillahirrahmanirrahiim...

Aku lihat Ramadan dr kejauhan
lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dgn lembut ia berkata " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dlm perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba."
Ku lihat Ramadan pergi ... jauh...
' Ya Allah, apakah aku akn berjumpa lagi dgnnya????


Terima kasih pada sahabat lama yang meng-update status di atas di wall Facebook.Terasa sangat sayu dan sedih membacanya.Betapa mengingatkan kita semua tentang besar dan mahalnya Ramadhan itu.
Ya..memang belum pasti sama ade masih sempatkah kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Namun,putus-asa janganlah sekali.Rahmat dan kasih sayangNya tidak akan putus selagi kita tidak berhenti menagih dan merintih padaNya.Moga kita diberi kekuatan roh untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang dengan Battery Rohani yang telah kita charge pada Ramadhan yang lepas.InsyaAllah..Mudah-mudahan.

Dihari raya ini pula,marilah kita koreksi diri..apakah sebulan amalan kita diterima Allah?Mohonlah ampun atas segala kekurangan ibadah kita.Jika ingin dilihat pada segala ibadah lahir-batin kita memang tidak layak untuk kita berhari raya.Memang tidak layak untuk kita berbaju baru,berkasut baru,bertudung baru,segala perabot dan perhiasan di rumah yang baru dan segala macam yang baru-baru..Malu sungguh rasanya kita ini.Kita tidak malu pada Tuhan,sudahlah kita menyembahkan ibadah bangkai padaNya kemudian,boleh pula kita bersuka-ria dan buat-buat tak tahu dengan kebiadapan kita itu.
Hari raya hanyalah untuk orang berTaqwa,iaitu orang yang sudah berjaya mensucikan fizikal dan rohnya sepanjang Ramadhan dan berjaya keluar dari Ramadhan menuju ke Syawal dengan membawa hati yang suci dan bersih.Sungguh beruntung orang2 yang sebegini yang dapat meng-upgrade rohnya sehingga diberi kekuatan yang luar biasa untuk bekalan sepanjang 11 bulan sebelum kembalinya semula Ramadhan yang akan datang.

Jika hendak dihitung memang tiada raya di dunia ini.Raya hanyalah disyurga sana.Di negeri yang kekal abadi iaitu raya dan merdeka dari percikan dan bahang api neraka.Kejayaan bertemu Allah dan RasulNya.Bagi orang yang berTaqwa,hari raya disamput dengan penuh kesederhanaan,ziarah-menziarahi,saling bermaafan,sedeqah,takbir dan tahmid di pagi raya tanda kesyukuran dan mereka tidak berlalai-lalai dengan hiburan yang merosakkan,membazir dan berlebih-lebihan.

Namun,masih sempat lagi untuk kita meng-upgrade roh dan iman kita.Di Bulan yang syawal ini Tuhan sudah sediakan ibadah-ibadah khusus yang boleh kita laksanakan untuk kita tingkatkan roh kita.Antaranya adalah dengan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal:
Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang tahun” Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya


Rintihan Ramadhan...

Ramadhan telah meninggalkan kita,
Syawal menjelang menandakan hari raya,
Kehidupan biasanya bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa,

Dihari raya ini,koreksilah diri sendiri,
Layakkah hari ini kita berhari raya,
Hari raya hanya untuk orang-orang berTaqwa,
Selain mereka tidak layak merayakannya.

Renung kembali segala amalan dibulan Ramadhan,
Apakah meningkat dari sebelumnya,
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita.

Renung pula kehadapan bagaimana nasib kita,
Apakah kita mati didalam khusnul Khotimah,
Kerana nafsu selalu mendorong kepada kejahatan,
Juga syaitan yang selalu melalaikan.
Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka-ria,
Ia hari bersyukur dan menggembirakan yang tak punya apa-apa.
Maaf-bermaafankita sesama kita.
Bertimbang-rasa kita sesama manusia,
Bersimpatilah dengan mereka yang susah.
Berkasih sayang sangat diperintahkan,
Bahkan sangat sesuai dengan fitrah manusia.

Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..T_T