Monday 21 November 2011

~Pengalaman kecilku~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,Terima Kasih Tuhan ..Terima Kasih Ya Rasulullah..

Ya Tuhan, Ya Rasul izinkan daku menulis sepatah dua dalam blog yang hina dina ini.Moga jika ada kebaikannya dapatlah ia menghapuskan dosa-dosaku dan kuhadiahkan pahalanya buat mursyidku,kedua ibu-bapaku,guru-guruku dan semua yang telah banyak berjasa padaku.

Begitu pantas masa berlalu..pejam celik-pejam celik dan alhamdulillah sekarang ni Tuhan masih lagi sudi men’celik’kan mata ini lagi hingga ke saat menulis ini.
Terlalu banyak perkara yang telah pun berlalu meninggalkanku ..
Semuanya pergi dan tidak akan kembali lagi..Namun kenangan-kenangan itu sangat tegar dmindaku hinggalah ke hari ini.

Kini usiaku telahpun menjangkau 21 tahun 1 bulan 3 hari.Dah tua kan??Huhuhu..



Dalam seusia ini kadang-kadang terlintas di hatiku..”Apakah yang telah aku lakukan sepanjang hidupku?”..Ya Allah jika mahu dikoreksi semula diri ini..Jika mahu dipaparkan tayangan video tentang perjalananku sepanjang 21 tahun lebih ini,malu sungguh rasanya..memang tiada apa-apa yang special buatku. Namun aku terlalu rindukan kenangan diwaktu kecilku dulu.



Teringat lagi diwaktu kecilku,aku seperti budak biasa yang lain,suka sangat bermain. Apatah lagi diwaktu kecilku aku hidup dalam suasana kampung. Berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang berlainan negeri. Dilahirkan di rumah nenekku di Felda Bukit Mendi. Waktu tu seingat ku kami tinggal di Batu Hampar kemudiaan berpindah di Bagan Berkat sehinggalah usiaku mencecah 5 tahun. Kemudian kami berpindah ke Kg Pangsun,Temerloh setahun disitu dan kemudian dua tahun di Kg Paya Pulai,Temerloh.
Sekolahku yang dirindui..(-,_-,)



Teringat lagi waktu tinggal di Kg Paya Pulai tu terasa sangatlah indah. Mana tak indahnya,sekeliling ramai dengan kawan-kawan yang sekepala,jiran-jiranku yang suka ajak main itu dan ini.Main pondok-pondok,naik basikal ramai-ramai sekeliling kampung Paya Pulai,pancing ikan..Nak dikatakan waktu duduk Paya Pulai tu segala macam permainanlah yang kami rasa.Sangat seronok!!Heheh..^_~

Kg Paya Pulai banyak tersimpan memori indah ..Susah dan senang..(^_^)

Signboard Paya Pulai...(papan tanda yg belakang tu agak menakutkan kan?nilah hakikatnya Paya Pulai..ngee)

Diusia kecilku memang aku sudah mengenal erti kesusahan,aku sudah diajar tentang kesusahan hidup. Masih kukuh dingatanku,sewaktu usiaku 8 tahun aku sudah diajar oleh walidku untuk ikut bersamanya pergi berniaga.Bayangkan pergi berniaga dengan naek motorsikal sahaja dan membawa sarat dengan muatan berkotak-kotak barang jualan, dan aku menemani walidku dengan duduk rapat-rapat dibelakang walid dan dibelakangku pula berat dan padat dengan dua ke tiga buah kotak yang menghimpit belakang badanku. Tidak cukup dengan itu, di raga bahagian hadapan pula walidku sumbat pula dengan kotak atau barang-barang jualan.Waktu tu,kami berniaga kek yang pelbagai jenis antaranya kek span yang berbagai rasa seperti orange dan pandan, kek coklat, dan kek Pai yang paling diminati pelanggan sehinggalah ke hari ini dimana ummiku pula menurunkan resepi ciptaannya itu kepadaku dan aku hidangkan buat santapan kawan-kawan kelasku.Memang mereka sangat suka dengan kek Pai ni..~_^.

Nampak sedap kan..heee.(^-^)

Alhamdulillah.Terima kasih Tuhan,Tuhan yang Maha Baik mengurniakan kepadaku seorang ibu yang sangat gigih pada suami dan anak-anaknya.Waktu tu ummilah orang yang sangat kuat memberi sokongan pada walid. Ummi sanggup bertungkus-lumus dari lewat malam hinggalah seawal pagi untuk menyiapkan kek-kek ini untuk dibawa ayahku pergi berniaga di Pekan Sehari atau dikenali juga sebagai Pasar Tani. Begitu gigih melihat ayahku berniaga . Hujan panas kami tempuhi sepanjang perjalanan pergi dan balik dari berniaga yang perjalanannya memakan masa lebih kurang 45 minit. Selalu juga kami basah kuyup akibat hujan disepanjang perjalanan pergi dan pulang. Ingat lagi,kadang-kadang turun hujan sangat lebat ketika berniaga,kilat sambar –menyambar,dengan rebut dan petirnya sekali,waktu tu memang sangat takut.Yelah masih lagi budak-budak.Walid pula kuat melaungkan azan ketika petir sabung-menyabung tu.Waktu tu sangat terasa kekuasaan Allah sehingga bergetar jiwa dan tubuh.Memang lencunlah baju kami berdua.



Gambar ehsan dari Pak Cik Gogg..ni baru berdua belum lagi ditambah muatan barang yang berkotak-kotak..huhu

Sedari kecil,hasil pengalaman dan pengajaran yang ku dapat dari berniaga bersama ayahku,memang jelas sangat bahawa dengan berniaga sendiri ini mengajar ku kuat pergantungan dengan Allah.Tawakkal. Yelah, kadang-kadang sangat banyak barang jualan yang tidak habis oleh sebab pelanggan kurangterutama diwaktu cuaca yang tidak menentu.Kadang-kadang waktu hujan sangatlah kurang pelanggan,dan kadang-kadang boleh habis juga jualan.Begitulah sebaliknya.Memang sangat tidak menentu.

Allahu Akbar!!(-,_-,)

  
  Kelencunan...

Sungguh inilah dinamakan Universiti kehidupan!!.Memang tidak akan dapat pengalaman ini didalam Universiti ciptaan manusia.Kami belajar bahawa hanya Allah sahajalah sumber segala rezeki.Jika Dia mahu berikan kepada kita,walau apa jua halangan kita akan dapat jua.Maha BaikNya Dia. Sebab itulah kata walid,walid kalau boleh mahu anak-anaknya semua pandai berniaga,bekerja sendiri,jangan bekerja dengan orang lain atau dibawah orang lain supaya kita tidak terikat dan kuat pergantungan dengan mereka. Yelah bila kita bekerja dengan orang lain,atau berkerja dengan kerajaan maka seolah-olah sudah termaktub dalam mindset kita yang kita akan dapat duit gaji setiap bulan.Jadi kita tidak perlu risau tentang hal gaji yang sudah terjamin setiap bulan. Seolah-olah kita sudah lupa bahawa sumber gaji itu hakikatnya dari Allah. Ini berbeza sungguh dengan kerja sendiri terutamanya yang berniaga. Sangat terasa bahawa kita ini sangat perlu kepada Allah. Ia seoalah-olah boleh mengingatkan diri kita selalu.


Sepanjang pengalaman hidupku sudah pelbagai jenis makanan yang walid telah niagakan. Dari pelbagai jenis kek ke pelbagai jenis kueh seperti kueh lompang, kueh serimuka, tepung talam,kueh bahulu,kueh peneram sehinggalah kami berpindah ke Taman Tasik Permai, Ampang sewaktu aku berusia 10 tahun. Waktu tu walid ditawarkan untuk mengajar subjek Bahasa Arab, Tajwid,dan Fekah untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6 di Sekolah Agama Islahiah,ABIM,Taman Tasik Tambahan..Walaubagaimanapun,perniagaan walidku tidak terhenti disitu,dikediaman rumah teres kami tu walid jadikan juga seperti kilang membuat Kek Bahulu. Ummilah yang gigih membuat kueh Bahulu dari pagi ke petang. Kami pula anak-anak turut serta dalam proses m’packaging dan sealer. Kueh-kueh bahulu ni diedarkan di merata tempat di kedai-kedai runcit sekitar Ampang,ada juga dijual dipejabat-pejabat melalui jiran-jiran tetangga yang sangat membantu. Dimalamnya pula rumah kami ni penuh dengan adik,kakak dan kawan-kawan setaman yang datang mengaji dirumah.Kadang-kadang tu walid adalah juga mintak tolong ajar adik-adik yang datang mengaji.Mengaji Qira’ati.Huhu.Sewaktu tinggal di Ampang,Alhamdulillah taraf kehidupan kami sudah menigkat.Dulu tinggal di rumah papan yang kecil di Kg Paya Pulai berpindah kerumah Papan yang besar dan panjang.Kemudiaan dari rumah papan berpindah pula kerumah batu yang kecil,ala-ala macam rumah yang macam bilik-bilil tu,tanpa halaman dan tanpa sepadan dengan jiran sebelah.Kemudian dari rumah batu yang kecil tu berpindah pula kerumah teres yang kecil,dirumah teres kecil inilah menjadi kilang Kueh bahulu dan tempat anak-anak mengaji Al-Quran dan Qiraati. Waktu tinggal di Ampang ni aku bersekolah di Sekolah Rendah Taman Tasik Tambahan dan Sekolah Rendah Agama Islahiah,ABIM sehinggalah aku menamatkan sekolah rendah dan UPSR di SKTT.
                                 Sekolah rendah yang kini berwajah baru..sempat merasa dari Darjah 4-6..;))

Oleh kerana dari kecil aku sudah melihat kesusahan hidup keluargaku,maka aku sangatlah ingin menggembirakan kedua ibu-bapaku dengan memberikan keputusan yang cemelang didalam exam. Sedari kecil, memang aku memaksa diriku untuk menjadi pelajar yang sangat rajin. Kena rajin baca buku,rajin ulang-kaji..buat latihan itu,buat latihan ini.Alhamdillah,walau tidak dapat perfect cemerlang dalam exam,dengan memperoleh 4A 1B dan Jaid Jiddan sudah mampu mebuatkan ummi walidku terhibur.Ingat lagi hadiah yang aku minta dengan walid jika aku mendapat 5A dalam UPSR..”Walid kalau nanti kak ngah dapat 5A nanti,walid kena belikan kak ngah buah tembikai ye?..janji!?..”Ye,walid janji insyaAllah nanti walid belikan.”. Pelik kan kenapa waktu tu minta buah tembikai sebagai hadiah?Padahal apalah yang ada sangat dengan buah tembikai setakat RM3 ke 4 dalam 1kg. Sungguh!!waktu tu sangat terasa lagi kesusahan ummi dan walid dalam membesarkan kami. Sampaikan nak minta itu dan ini pun rasa sangatlah tidak sampai hati. Kadang-kadang tu kalau walid keluar naek motor pergi mengedar kueh ,dalam hati sangatlah cemas..berdoa sepanjang masa didalam hati moga Allah selamatkan perjalanan walid pergi dan pulang sehinggalh walid sampai rumah barulah waktu tu hati lega.Huhu…


...bersambung...

No comments:

Post a Comment