Friday 2 December 2011

~Banjir di Kajang dan Isu panas!~

Bismillahirrahmanirrahiim...
Astagfirullahal'azim....3x

Pagi ni ada 2 perkara yang mengejutkan hati...terkejutlah sangat...


Pekara yang pertama..Pagi tadi seusai sampai ke Glen View dan  sibuk-sibuk tolong sapukan rumah..
Housemate berkata" Zakiah balik Kajang ke hari ni?..Bukan Kajang banjir ke...semalam keluar diberita Bandar Kajang banjir..mungkin banjir kilat kot..


Kajang banjir?..terdetik dalam hati betul ke ni? rumah ana terkena sekali ke banjir tu? Ya Allah!! Rasa macam tak percaya..Bukalah FB..dan ternampaklah status dari Friend yang upload video banjir di Bandar Kajang..Ya Allah !! Betul!!


Mulalah hati  ni rasa tidak selesa sungguh..keluarga macam mana?Taman Sekamat termasuk sekali ke?
Apalagi teruslah call walid....Cemas!! Alhamdulillah..Rumah kami tak terkena dalam banjir tu..Bila tengok semula..Allahuakbar!!Subhanallah!! Ada maksud Tuhan datangkan banjir kilat secara tiba-tiba ni. Banjir ini hanya berlaku ditengah-tengah bandar dan kawasan berhampiran Kajang..Tidak termasuk Jalan Reko.tapi sampailah ke Taman Sekamat namun,alhamdulillah oleh sebab kedudukan rumah kami yang berada di penghujung dalam taman jadi selamatlah..Hanya rumah-rumah yang depan je terlibat.


Begitulah kuasa Tuhan. Jika Tuhan nak datangkan musibah pada hamba-hambaNya,sekelip mata je boleh berlaku. Ni ada maksud Tuhan ni. Allah nak ingatkan penduduk kajang ni terutamanya supaya jangan berlalai-lalai sangat dengan dunia ni. Selalunya buat penduduk Kajang, Bandar Kajanglah yang selalu menjadi tempat berjalan-jalan,lepak-lepak,enjoy-enjoy..beli-belah..Plaza Metro Kajanglah yang selalu menjadi tumpuan. Nah! skarang Tuhan datangkan musibah ini untuk dibersihkan semula Bandar Kajang ini yang terlalu sangatlah kotor fizikal dan maknawinya..






Ni antara video yang menunjukkan suasana ketika banjir di Bandar Kajang.




.Semoga kita redho dengan dugaan ini. Usahlah dipolitikkan mahupun dikutuk. Redholah dan berlapang dada dengan musibah ini. Moga ia adalah cara yang paling terbaik untuk Allah bersihkan Kajang dan seluruh penghuninya...


Baba selanjutnya disini
Ni antara photo-phota banjir:





















Seterusnya perkara kedua..Sungguh tak terkata..terkedu..terkejut..Astaghfirullah!!! Memang dunia sudahlah sangat perlu kepada kemunculan Penyelamat Dunia. Manusia yang kebanyakannya dah terang-terang-terangan berjiwa dan berwatak haiwan. Nafsu menguasai iman dan akal!!!.
Isu yang sangat panas.."Ibu kandung yang mencintai anak lelaki kandungnya sendiri dan memperlakukan anaknya itu seperti suaminya"..Apa sudah jadi????


 Ni videonya..Tontonlah sambil beristighfar dan memohon keselamatan dari Allah   
(-,_-,)  >>>












Sudah selesai tonton?? Apa perasaan antum semua selepas menonton video di atas tu?? Kasihan sungguh pada mereka berdua kan?? Seorang ibu yang  diberi amanah oleh Allah untuk menjaga,membelai, mendidik anaknya dari dalam kandungan...sehinggalah dewasa..Namun, boleh pula bertindak sedemikian pada anaknya sendiri. Sudahkah tidak ada perasaan kasih sayang seorang ibu pada anaknya? Seakan nafsu yang lebih menguasai diri sehingga tidak nampak mana  anaknya sendiri, mana yang hak mana yang batil.


Mungkin ini yang didedahkan kepada masyarakat? Mereka sangat berani menonjolkan diri dan menceritakan kepada masyarakat.Bagaimana pula yang lain? Na'uzubillah..


Ya Allah..sudahlah!!! Cukuplah denganlah masalah anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi, cukuplah dengan Persatuan-persatuan Gay yang semakin berlambak-lambak,Pondan,Lesbian..Sexuality Merdeka,zina, rogol...banyaklah lagi.Itupun yang dipaparkan didalam akhbar,kes-kes yang ditemui. Kalau dicampur dengan kes-kes yang tidak ditemui lagilah parah.


Apa perasaan antum semua? Rasa selesa bila dengar perkara-perkara macam ni? atau tiada rasa apa-apa?atau berkata: "Biasalah tu..dah akhir zaman, memang macam-macam akan berlaku"..slumber saje..
(-,_-,)


Iye.. kita ummat Rasulullah yang sangat di penghujung zaman. Memang Rasulullah sudah berkata bahawa di akhir zaman ini akan berlaku bermacam-macam kemaksiatan yang berleluasa tanpa ada segan-silu.
Namun.....................................................................
takkanlah kita nak teruskan biar perkara ini berlaku tanpa berbuat apa-apa. Sungguh kita perlukan kepada seorang penyelamat dunia!!!!! yang akan mengubah dunia ini kepada bercahaya semula sebagaimana datangnya Rasululullah  menyelamatkan dunia pada suatu ketika dahulu.


Ya Allah segerakanlah kezahiran dan kemunculan  Penyelamat Dunia ini yang akan mengubah seisi dunia..dari kemaksiatan kepada kebajikan dari kegelapan kepada cahaya.........


'Seorang Pembela punya karomah yang akan datang dikurun ini,
Padanya jua diberkan barokah,
3 darjat yang ia miliki,
Kalifah,Mujahid dan Mujtahid.
Kerna ia akan tiba.

Kerana Rasul telah bersabda,
Berita gembira untuk kita,
Kedatangannya mengubah dunia,
Dari kegelapan kpd cahaya,
Dari penindasan kpd pembelaan,
Dari kejahatan kpd kebaikan,
Dari pecah belah kpd ukhwah,
Diwaktu itu kezaliman akan musnah.

Ahli agama yang berjawatan rasmi,
Perosak agama diatas nama agama, 
Mereka akan sedar diri,
atau akan menerima hukuman Illahi kerana kesalahan mereka.

Diwaktu itu dunia ini segalanya akan berubah,
Segala rahsia akan terbongkar,
Takkan dapat lagi berpura-pura
Kerana ia akan terjadi.
Kerana ia kan pasti tiba.'
Amin.

No comments:

Post a Comment