Tuesday 13 March 2012

~Suara Aneh dari Langit~

Malaysia tiba-tiba dikejutkan oleh ‘suara aneh dan menakutkan dari langit’. Peristiwa yang berlaku dua malam berturut-turut iaitu pada 12hb dan 13hb Januari di Kota Samarahan, Sarawak telah mendapat liputan media dan blog-blog antarabangsa. Timbalan Menteri di Kementerian Sains,Teknoloji dan Inovasi Malaysia telah membuat kenyataaan bahawa perkara itu bukanlah satu jenaka. Tetapi sesuatu yang mesti disiasat lalu satu pasukan dari Agensi Angkasa Negara ditubuhkan untuk menyiasat.

            Ada teori yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada Program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) yang di naungi oleh US Air Force untuk tujuan kajian pelbagai senjata berteknoloji tinggi untuk kegunaaan Amerika.

            Apapun tiada jawapan yang jelas dan meyakinkan apa sebenarnya bunyi tersebut. Bunyi sedemikian  juga dirakam pernah berlaku di serata dunia. Bahkan sebelum kejadian di Kota Samarahan, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark diikuti oleh berlakunya gempa bumi yang kuat (7.3 skala Richter) di Sumatera,Indonesia.

            Apabila berlaku bencana, fenomena alam atau sebagainya terhadap dunia seringkali semua orang merujuk kepada pakar sains dan teknoloji atau orang akan kata ‘nature’. Siapakah atau apakah ‘nature’ itu?Jarang sekali kita merujuk kepada Pencipta dan Pentadbir alam ini iaitu Allah swt. Sedangkan Dialah Pencipta dan Pentadbir semesta alam, yang nyata mahupun yang ghaib. Sedangkan kalaulah berlaku permaslahan lahir contohnya kenderaan tidak berfungsi tentulah tukang buatnya yang dirujuk orang.

            Kita ini umat akhir zaman. Ertinya umur dunia sudah lanjut, sudah sampai ke penghujungnya. Di waktu Rasulullah zahir, 1500 tahun dulu pun telah diperlihatkan dunia sebagai perempuan tua yang bongkok tiga, lagilah sekarang. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya kecuali Dia yang tetap Kekal. Diberitakan melalui lidah Rasul, bahawa menjelang kiamat akan berlaku banyak persitiwa yang mengejutkan dan yang aneh. Malah kebanyakannya telah berlaku. Berlaku juga kemuncak kerosakan. Iaitu dihimpun segala kerosakan-kerosakan umat-umat dahulu di zaman ini.

            Berlaku semula amalan-amalan jahiliyyah seperti di zaman dulu. Antaranya berlaku perzinaan yang berluluasa, pelacuran secara terbuka,pergaulan bebas, lelaki menyukai lelaki seperti amalan di zaman Nabi Luth. Kaum perempuan yang menyerupai lelaki juga lahirnya anak-anak luar nikah yang sudah menjangkau puluhan ribu bilangannya dan pembunuhan bayi di mana-mana.

            Tidak kurang banyaknya nyawa yang terkorban, tenggelam di dalam tanah dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh yang kian sering berlaku. Juga terkorban oleh taufan dan tsunami yang melanda. Seolah-olah bumi dan lautan mengkeronyok semahu-mahunya manusia-manusia yang sudah membelakangkan Tuhan. Bukan saja bencana berlaku di negara bukan Islam seperti tsunami yang menghancurkan Jepun malah di negara yang dikatakan Islam juga berlaku bencana seperti gempa bumi di Turki. Apakah tidak terbayang di fikiran manusia atau terlintas di hati sanubarinya tujuan kehidupannya dan ke mana berakhirnya hidup? Tidak mengapa kalau mati tapi membawa iman dan mendapat keredhaan Tuhan. Bukankah syarat bertemu Tuhan mesti didahului dengan kematian.

            Tuhan telah memberitahu dalam Al Quran dan melalui lidah Rasulnya akan alamat-alamat kiamat dan kehancuran dunia. Yang antara terbesarnya datangnya Dajjal laknatullah. Apakah teka-teki yang dikatakan dengkuran yang menakutkan itu merupakan dengkuran Si dajjal yang akan muncul pada waktu yang telah ditentukan Tuhan. Tentulah bila suaranya sudah terdengar membawa erti kemunculannya sudah sangat hampir.

            Yahudi sememangnya lah menanti kedatangan Dajjal yang mereka anggap ‘penyelamat’ mereka. Yang akan datang dengan kuasa sihir dan ‘istidraj’ yang Allah izinkan. Sebab itu Yahudi telah memperkenalkan kedatangan Dajjal ini dengan membuat filem-filem yang bercorak mempamirkan kuasa sihir dan makhluk bermata satu seperti dalam filem “Harry Potter”. Juga dimunculkan ahli silap mata yang menggunakan kuasa sihir seperti David Copperfield. Malangnya di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui dan menyedari  fitnah ini menjadi pula peminat mereka dan menonton pula filem-filem ciptaan mereka.

            Yahudi yang sangat memusuhi Islam sangatlah hendak menggagalkan kebangkitan Islam kali ke dua. Mahu dipisahkan umat Islam ini dari nabi dan Tuhan. Sebab itu mereka sangat ingin mencabut roh Islam dari dada-dada orang-orang  Islam sehinggakan meskipun nama-nama mereka Islam tapi amalan mereka bukan amalan yang dituntut oleh Islam. Juga,mereka menyebut ayat-ayat Allah namun tidak ada perasaan cinta dan takutpun pada Allah malah tidak terhubung pun dengan Nabi yang mengikat kita dengan Allah. Kerana itulah apabila berlaku apapun kejadian aneh di bumi Tuhan, manusia tidak mengaitkannya dengan Tuhan. Begitulah agenda Yahudi yang menggunakan segala jentera-jentera yang canggih untuk berlawan dengan Islam yang penajanya adalah Allah…Tuhan semesta alam! Dan mereka menanti kemunculan ketua tentera mereka iaitu Dajjal. Mampukah mereka berlawan dengan Tuhan???

Dari zaman Nabi Adam lagi umat Islam telah diajar doa mohon diselamatkan Tuhan dari fitnah Dajjal. Menunjukkan fitnahnya amat besar sekali. Fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar sepanjang perjalanan hidup manusia di muka bumi sampai hari kiamat tiba. Manakan tidak, diberitakan hampir semua manusia menjadi kafir sekejap kecuali segelintir saja yang beriman diwaktu kemunculan Dajjal. Sebab itulah kita sangat memohon pertolongan Tuhan dalam menghadapinya.

            Rasulullah saw sangat mengajarkan doa untuk berlindung dengan Allah dari fitnah besar ini. Doanya bermaksud:

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada azab kubur dan daripada azab api neraka. Dan aku berlindung denganMu daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Dajjal.”.

            Maka hendaklah kita umat yang berada diakhir zaman ini benar-benar mengambil Allah sebagai pelindung kita daripada fitnah Dajjal. Dan marilah kita jauhi diri daripada unsur-unsur yang boleh membawa kita kepada ajakan Yahudi yang menjadi musuh Islam. Untuk itu apa juga kejadian-kejadian yang berlaku hendaklah kita mengambil iktibar serta menjadikan ia lebih mendekatkan kita kepada Allah.

No comments:

Post a Comment