Tuesday 13 March 2012

 BERCINTALAH WAHAI SUAMI ISTERI!
Bercintalah wahai suami isteri
Perkahwinan bukankah dibuat atas dasar cinta?
Bukan sahaja cintakan pasangan,
Yang lebihnya ialah cintakan Allah yang menjodohkan pasangan.
Allah itu memang minta agar Dia di cintai
Di Cintai Allah itu bukan sekadar-sekadar sahaja.
Cinta pada Allah mesti bertaraf Agung
Sebab Allah itu Maha Agung
CintaNya pada hambaNya pula paling Agung.
Buktinya bukan kah Allah yang mencipta kita, mensyariatkan agar kita berkahwin dan menemukan jodoh?

Sebelum pasangan yang dicintai itu jatuh cinta
Allah sudah lama cintakan kita
Kalau begitu dalam bercinta, sertakanlah cinta pada Allah
Berkahwinlah kerana dan untuk Allah, sebab perkahwinan itu nikmat dari Allah
Dan bercintalah wahai suami isteri berserta cintakan Allah
Supaya Allah itu mahu pula membalas cinta kita.
Katakan lah kepada Allah, wahai suami isteri
Tuhan ku,  kalau bukanlah kerana cinta Mu pada kami berdua
Masakan kami ini saling mahu di antara satu sama lain.
Terima kasih dan cinta untukMu Tuhan.
Perkahwinan ini adalah hadiah buatMu Ya Allah
Anak-anak yang lahir akan kami gunakan untuk mentaati dan memperjuangkan-Mu
Sebuah rumah tangga Islam akan kami usahakan untuk-Mu sebagai tanda syukur
Rumah tangga model, untuk dicontohi generasi anak cucu
Syurga yang Allah segerakan, nikmat seks berganda-ganda hasil cinta mendalam
bilamana Allah ikut campur urusan suami isteri yang menginsafi,
Bahawa diri hamba terlalu perlukan Tuhan di dalam hidup berumahtangga

Bercintalah wahai suami isteri dengan izin Allah
Doakan dan usahakan agar cinta semakin mendalam
Bila semakin lama berkahwin
Mengapa cinta pudar dan hilang?
Mengapa rumah tangga tidak menjadi syurga?
Mengapa sampai menjadi bercerai berai?

Jawabnya ialah kerana tidak mampu menghadapi
Ujian hidup berumah tangga
Pada hal ujian ialah keperluan yang kena diterima.
Ujian akan memantapkan rumahtangga
Tapi sayang, pasangan tidak pandai
Kerana tiada sekolah untuk melahirkan suami isteri soleh solehah

No comments:

Post a Comment