Tuesday 13 March 2012

~Hati yang Mencari Tuhan~



Wahai manusia, terfikirkah akan keberadaan diri kita di dunia pada hari ini…
walhal sebelumnya kita pernah tidak wujud di muka bumi ini… dan suatu hari nanti pasti kita akan tiada di sini lagi,
semua ini adalah ditentukan oleh dua faktor utama iaitu, kita tiada, ada, kemudian tiada lagi,..adalah kerana
1] kehendak Tuhan
2] kerana Kasih SayangNya.
Tanpa kedua-duanya tidak mungkin kita ada, atau jika kita ada pun, kehidupan menjadi tidak sempurna ataupun hidup dengan tiada  bermakna.
Mari kita mengkaji kebenaran kata-kata  ini.
Supaya kalaulah ia benar – moga hidup kita selepas ini akan lebih bermakna lagi.
Fikirkan senario ini ..
Seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita,
Si wanita juga terjatuh hati padanya, hati mereka sama-sama dicuri..
Hatta kalau ditawarkan jejaka atau si dara lain pun, mungkin  ditolaknya kerana hati masing-masing sudah terikat dengan cinta antara sesama.
….Cuba anda tanyakan  bagaimana boleh wujud cinta yang menakjubkan itu?
….Hakikatnya, perasaan-perasaan itu diikat oleh kuasa siapa?
….Dan jikalau nanti ikatan perasaan itu putus, siapa perancangnya?
Dan jika perasaan-perasaan pengikat antara lelaki dan wanita itu tidak pernah wujud…. sebenarnya perkahwinan tidak perlu di dunia ini.
Jika kewujudan manusia ini dijadikan tanpa perasaan mahu berkahwin, ditambahi pula tanpa perasaan teringinkan cahaya mata dan keturunan
Maka diri kita2 ini pastilah tidak wujud di maya pada ini.
Ertinya: lahirnya kita kedunia ini adalah hasil perancangan seorang ‘tuan’ yang memasukkan rasa keinginan mendalam lelaki kepada wanita dan sebaliknya.
Bila Dia mencabut perasaan-perasaan itu maka bercerai-berailah dua manusia tadi.
Tuan kita itu yang kuasanya tanpa batasan itu adalah TUHAN .
Memang TUHAN  berfirman bahawa Dialah Tuhan Pencipta Yang Maha Agung itu.
Manusia yang mengatakan Tuhan tidak ada sebenarnya sudah tidak berakal lagi. Di manakah logiknya?
Cuba fikir kejadian kita yang saya ceritakan di atas tadi..
Mana mungkin  sesuatu itu itu mencipta dirinya sendiri?
Baiklah, memang kita percaya kewujudan Tuhan..Betapa Dia Maha Perancang Yang Hebat…Lalu timbul persoalan……apakah kepentingan Tuhan dalam hidup manusia?!  Sampai begitu sekali Tuhan tidak difikirkan dan tidak dipedulikan.
Ok..Lihat! Tuhan menunjukkan kekuasaanNya lagi dengan lahirnya anak-anak, satu demi satu dari sepasang lelaki dan wanita tadi.
Di antara si anak terbina pula ikatan oleh perasaan kasihkan saudaranya yang tumbuh dalam dada masing-masing.
Siapa yang mencetuskan dan menumbuhkan pokok-pokok rohaniah yang tidak mampu dilihat oleh mata itu? Bagaimana jika pokok-pokok itu tidak mahu tumbuh?
Namun, watak perasaan ini boleh berubah. Ia tidak selamanya subur. Kasih sayang boleh musnah jika ada kepentingan diri  mencengkam di hati-hati saudara-mara tadi bilamana masing-masing dewasa dan membina keluarga dan dunia masing2.
Kadang2 berpecah-belahlah insan-insan yang tadinya disatukan oleh kasih fitrah dan rahim asalnya dari seorang ibu dan ayah. Kepentingan dunia dilihat menjadi sebab perpecahan manusia. Kasih fitrah tidak mampu bertahan apalagi kasih-kasih yang mendatang disebabkan oleh jasa, kroni, parti dan persatuan.
Hari ini mereka berbaik-baik, hari esok boleh mereka bermusuhan!
Manusia tidak akan bahagia dengan perpecahan dan permusuhan. Tanpa kasih sayang, suami isteri menjdai bercerai-berai, kecewa, putus asa dan menderita, anak-anak sakit jiwa.
Peperangan-peperangan yang sedang melanda dunia ini hanya berpunca dari hilangnya kasih sayang.
Perang keluarga terjadi  bilamana masing-masing tak boleh mengawal perasaan benci -membenci.
Peperangan di tempat-tempat kerja terjadi bilamana masing-masing tidak mampu membendung hasad dengki.
Peperangan di antara kelompok terjadi akibat masing-masing tidak sanggup tercabar.
Peperangan antara etnik terjadi kerana rebutan pengaruh.
Peperangan antara negara-negara kerana kepentingan-kepentingan duniawi yang nak dipertahankan.
Mana ada peperangan yang berlaku di dunia ini akibat dari manusia yang saling berkasih sayang dan inginkan kebaikan?
Rumah tangga yang aman damai sampai ke anak cucu itu kelihatan berlaku di kalangan orang orang yang mampu berkasih sayang sekalipun dalam ujian kepahitan.
Negara-negara yang aman dari perang itu juga kelihatan disebabkan faktor mengutamakan kasih sayang. Sesungguhnya dunia sekarang amat memerlukan kasih sayang untuk menyelesaikan peperangan.

Rumah Rasulullah dan Sayyidah Khadijah sekeluarga yang mereka diami selama 28 tahun yang telah dihancurkan oleh Wahhabi.
Hanya Tuhan yang berKuasa Yang Maha Tahu bagaimana dunia harus memulakan perjalanan keluar dari masaalah yang  kronik ini
Tangan yang memberi dan mencabut kasih sayang ialah Tuhan. Mengapa Dia memberi dan mengapa Dia mengambil kasih sayang kembali. Tamsilkan kita memberi sebuah kereta kepada anak kita. Mengapa kita mengambil kembali kereta tersebut? Mungkin sebab anak tadi menjadi derhaka, biadap dan menyalahgunakan harta yg diberi percuma kepadanya.
Tindakan ibubapa itu adalah wajar dan bijak atas dasar sayangkan anak. Anak mungkin akan menyesal dan membetulkan kesilapannya untuk mendapatkan semula kereta itu
Maka, langkah pertama untuk keluar dari dunia neraka ini ialah dengan mencari TUHAN. Tuhan yang sedang mentadbir matahari dan bulan dan yang sedang mengambil berat tentang perjalanan batang tubuh kita ini. TUHAN yang sudah sekian lama kita tidak pedulikan kerana menganggap kita sudah cukup segala2nya dan tidak memerlukan Tuhan. Hingga ada yang konon tidak percayakan Tuhan! Tidak yakin dengan Tuhan!
Kederhakaan dan kebiadapan inilah yang membuatkan kasih sayang tercabut dan suami isteri, murid dan guru, pcmimpin dan rakyat. Kasih sayang yang mahal itu tidak layak bcrada dalam diri-diri orang yang bodoh sombong dengan Tuhan Penciptanya. Lalu terisilah kekosongan jiwa itu dengan derita, gelisah, kecewa dan putus asa.
Tapi aneh manusia intelek yang menderita ini terus menerus berjuang dengan lantang untuk membangunkan ekonomi, politik, teknologi dan pembangunan ummah.
Seolah-olah dia berkata, ekonomilah, politiklah, ICTlah dan pembangunanlah yang akan mengubat penderitaan dan kekecewaan. Sedangkan kesibukannya memperjuangkan itu semualah menyebabkan porak perandanya rumah tangganya, anak-anak, cucu, kroni, etniknya dan bangsanya! Nyata sekali golongan ini berpura-pura berlakon menyembunyikan realiti hidupnya dan perjuangannya!
Sebenarnya mereka tidak temui fakta bahawa mengenal Tuhan adalah formula menyelesaikan seluruh masaalah yang sedang mereka tanggung!
Ya, Tuhan pun tidak memilih mereka untuk tujuan itu, kerana mereka langsung tidak mahu bertanya kepadaNya. Mereka hanya bertuhankan akal dan nafsu semata-mata.
Wahai Tuhan, Maha Guru, Tempat Rujuk dan Pakar Pencipta dan Penyelesai masalah. Kasih sayang yang telah tercabut dari hati-hati manusia itu, kembalikanlah. Bayaran yang kami akan buat untuk permintaan ini dan pemberianMu nanti mahal sekali.
Iaitu kami janjikan untuk mencintaiMu sepenuh hati, menyebutMu selalu, mem’promosi’ dan perjuangkanMu di mana-mana.
Terima kasih Tuhan.

1 comment: