Tuesday, 13 March 2012

 BERCINTALAH WAHAI SUAMI ISTERI!
Bercintalah wahai suami isteri
Perkahwinan bukankah dibuat atas dasar cinta?
Bukan sahaja cintakan pasangan,
Yang lebihnya ialah cintakan Allah yang menjodohkan pasangan.
Allah itu memang minta agar Dia di cintai
Di Cintai Allah itu bukan sekadar-sekadar sahaja.
Cinta pada Allah mesti bertaraf Agung
Sebab Allah itu Maha Agung
CintaNya pada hambaNya pula paling Agung.
Buktinya bukan kah Allah yang mencipta kita, mensyariatkan agar kita berkahwin dan menemukan jodoh?

Sebelum pasangan yang dicintai itu jatuh cinta
Allah sudah lama cintakan kita
Kalau begitu dalam bercinta, sertakanlah cinta pada Allah
Berkahwinlah kerana dan untuk Allah, sebab perkahwinan itu nikmat dari Allah
Dan bercintalah wahai suami isteri berserta cintakan Allah
Supaya Allah itu mahu pula membalas cinta kita.
Katakan lah kepada Allah, wahai suami isteri
Tuhan ku,  kalau bukanlah kerana cinta Mu pada kami berdua
Masakan kami ini saling mahu di antara satu sama lain.
Terima kasih dan cinta untukMu Tuhan.
Perkahwinan ini adalah hadiah buatMu Ya Allah
Anak-anak yang lahir akan kami gunakan untuk mentaati dan memperjuangkan-Mu
Sebuah rumah tangga Islam akan kami usahakan untuk-Mu sebagai tanda syukur
Rumah tangga model, untuk dicontohi generasi anak cucu
Syurga yang Allah segerakan, nikmat seks berganda-ganda hasil cinta mendalam
bilamana Allah ikut campur urusan suami isteri yang menginsafi,
Bahawa diri hamba terlalu perlukan Tuhan di dalam hidup berumahtangga

Bercintalah wahai suami isteri dengan izin Allah
Doakan dan usahakan agar cinta semakin mendalam
Bila semakin lama berkahwin
Mengapa cinta pudar dan hilang?
Mengapa rumah tangga tidak menjadi syurga?
Mengapa sampai menjadi bercerai berai?

Jawabnya ialah kerana tidak mampu menghadapi
Ujian hidup berumah tangga
Pada hal ujian ialah keperluan yang kena diterima.
Ujian akan memantapkan rumahtangga
Tapi sayang, pasangan tidak pandai
Kerana tiada sekolah untuk melahirkan suami isteri soleh solehah

~Hati yang Mencari Tuhan~



Wahai manusia, terfikirkah akan keberadaan diri kita di dunia pada hari ini…
walhal sebelumnya kita pernah tidak wujud di muka bumi ini… dan suatu hari nanti pasti kita akan tiada di sini lagi,
semua ini adalah ditentukan oleh dua faktor utama iaitu, kita tiada, ada, kemudian tiada lagi,..adalah kerana
1] kehendak Tuhan
2] kerana Kasih SayangNya.
Tanpa kedua-duanya tidak mungkin kita ada, atau jika kita ada pun, kehidupan menjadi tidak sempurna ataupun hidup dengan tiada  bermakna.
Mari kita mengkaji kebenaran kata-kata  ini.
Supaya kalaulah ia benar – moga hidup kita selepas ini akan lebih bermakna lagi.
Fikirkan senario ini ..
Seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita,
Si wanita juga terjatuh hati padanya, hati mereka sama-sama dicuri..
Hatta kalau ditawarkan jejaka atau si dara lain pun, mungkin  ditolaknya kerana hati masing-masing sudah terikat dengan cinta antara sesama.
….Cuba anda tanyakan  bagaimana boleh wujud cinta yang menakjubkan itu?
….Hakikatnya, perasaan-perasaan itu diikat oleh kuasa siapa?
….Dan jikalau nanti ikatan perasaan itu putus, siapa perancangnya?
Dan jika perasaan-perasaan pengikat antara lelaki dan wanita itu tidak pernah wujud…. sebenarnya perkahwinan tidak perlu di dunia ini.
Jika kewujudan manusia ini dijadikan tanpa perasaan mahu berkahwin, ditambahi pula tanpa perasaan teringinkan cahaya mata dan keturunan
Maka diri kita2 ini pastilah tidak wujud di maya pada ini.
Ertinya: lahirnya kita kedunia ini adalah hasil perancangan seorang ‘tuan’ yang memasukkan rasa keinginan mendalam lelaki kepada wanita dan sebaliknya.
Bila Dia mencabut perasaan-perasaan itu maka bercerai-berailah dua manusia tadi.
Tuan kita itu yang kuasanya tanpa batasan itu adalah TUHAN .
Memang TUHAN  berfirman bahawa Dialah Tuhan Pencipta Yang Maha Agung itu.
Manusia yang mengatakan Tuhan tidak ada sebenarnya sudah tidak berakal lagi. Di manakah logiknya?
Cuba fikir kejadian kita yang saya ceritakan di atas tadi..
Mana mungkin  sesuatu itu itu mencipta dirinya sendiri?
Baiklah, memang kita percaya kewujudan Tuhan..Betapa Dia Maha Perancang Yang Hebat…Lalu timbul persoalan……apakah kepentingan Tuhan dalam hidup manusia?!  Sampai begitu sekali Tuhan tidak difikirkan dan tidak dipedulikan.
Ok..Lihat! Tuhan menunjukkan kekuasaanNya lagi dengan lahirnya anak-anak, satu demi satu dari sepasang lelaki dan wanita tadi.
Di antara si anak terbina pula ikatan oleh perasaan kasihkan saudaranya yang tumbuh dalam dada masing-masing.
Siapa yang mencetuskan dan menumbuhkan pokok-pokok rohaniah yang tidak mampu dilihat oleh mata itu? Bagaimana jika pokok-pokok itu tidak mahu tumbuh?
Namun, watak perasaan ini boleh berubah. Ia tidak selamanya subur. Kasih sayang boleh musnah jika ada kepentingan diri  mencengkam di hati-hati saudara-mara tadi bilamana masing-masing dewasa dan membina keluarga dan dunia masing2.
Kadang2 berpecah-belahlah insan-insan yang tadinya disatukan oleh kasih fitrah dan rahim asalnya dari seorang ibu dan ayah. Kepentingan dunia dilihat menjadi sebab perpecahan manusia. Kasih fitrah tidak mampu bertahan apalagi kasih-kasih yang mendatang disebabkan oleh jasa, kroni, parti dan persatuan.
Hari ini mereka berbaik-baik, hari esok boleh mereka bermusuhan!
Manusia tidak akan bahagia dengan perpecahan dan permusuhan. Tanpa kasih sayang, suami isteri menjdai bercerai-berai, kecewa, putus asa dan menderita, anak-anak sakit jiwa.
Peperangan-peperangan yang sedang melanda dunia ini hanya berpunca dari hilangnya kasih sayang.
Perang keluarga terjadi  bilamana masing-masing tak boleh mengawal perasaan benci -membenci.
Peperangan di tempat-tempat kerja terjadi bilamana masing-masing tidak mampu membendung hasad dengki.
Peperangan di antara kelompok terjadi akibat masing-masing tidak sanggup tercabar.
Peperangan antara etnik terjadi kerana rebutan pengaruh.
Peperangan antara negara-negara kerana kepentingan-kepentingan duniawi yang nak dipertahankan.
Mana ada peperangan yang berlaku di dunia ini akibat dari manusia yang saling berkasih sayang dan inginkan kebaikan?
Rumah tangga yang aman damai sampai ke anak cucu itu kelihatan berlaku di kalangan orang orang yang mampu berkasih sayang sekalipun dalam ujian kepahitan.
Negara-negara yang aman dari perang itu juga kelihatan disebabkan faktor mengutamakan kasih sayang. Sesungguhnya dunia sekarang amat memerlukan kasih sayang untuk menyelesaikan peperangan.

Rumah Rasulullah dan Sayyidah Khadijah sekeluarga yang mereka diami selama 28 tahun yang telah dihancurkan oleh Wahhabi.
Hanya Tuhan yang berKuasa Yang Maha Tahu bagaimana dunia harus memulakan perjalanan keluar dari masaalah yang  kronik ini
Tangan yang memberi dan mencabut kasih sayang ialah Tuhan. Mengapa Dia memberi dan mengapa Dia mengambil kasih sayang kembali. Tamsilkan kita memberi sebuah kereta kepada anak kita. Mengapa kita mengambil kembali kereta tersebut? Mungkin sebab anak tadi menjadi derhaka, biadap dan menyalahgunakan harta yg diberi percuma kepadanya.
Tindakan ibubapa itu adalah wajar dan bijak atas dasar sayangkan anak. Anak mungkin akan menyesal dan membetulkan kesilapannya untuk mendapatkan semula kereta itu
Maka, langkah pertama untuk keluar dari dunia neraka ini ialah dengan mencari TUHAN. Tuhan yang sedang mentadbir matahari dan bulan dan yang sedang mengambil berat tentang perjalanan batang tubuh kita ini. TUHAN yang sudah sekian lama kita tidak pedulikan kerana menganggap kita sudah cukup segala2nya dan tidak memerlukan Tuhan. Hingga ada yang konon tidak percayakan Tuhan! Tidak yakin dengan Tuhan!
Kederhakaan dan kebiadapan inilah yang membuatkan kasih sayang tercabut dan suami isteri, murid dan guru, pcmimpin dan rakyat. Kasih sayang yang mahal itu tidak layak bcrada dalam diri-diri orang yang bodoh sombong dengan Tuhan Penciptanya. Lalu terisilah kekosongan jiwa itu dengan derita, gelisah, kecewa dan putus asa.
Tapi aneh manusia intelek yang menderita ini terus menerus berjuang dengan lantang untuk membangunkan ekonomi, politik, teknologi dan pembangunan ummah.
Seolah-olah dia berkata, ekonomilah, politiklah, ICTlah dan pembangunanlah yang akan mengubat penderitaan dan kekecewaan. Sedangkan kesibukannya memperjuangkan itu semualah menyebabkan porak perandanya rumah tangganya, anak-anak, cucu, kroni, etniknya dan bangsanya! Nyata sekali golongan ini berpura-pura berlakon menyembunyikan realiti hidupnya dan perjuangannya!
Sebenarnya mereka tidak temui fakta bahawa mengenal Tuhan adalah formula menyelesaikan seluruh masaalah yang sedang mereka tanggung!
Ya, Tuhan pun tidak memilih mereka untuk tujuan itu, kerana mereka langsung tidak mahu bertanya kepadaNya. Mereka hanya bertuhankan akal dan nafsu semata-mata.
Wahai Tuhan, Maha Guru, Tempat Rujuk dan Pakar Pencipta dan Penyelesai masalah. Kasih sayang yang telah tercabut dari hati-hati manusia itu, kembalikanlah. Bayaran yang kami akan buat untuk permintaan ini dan pemberianMu nanti mahal sekali.
Iaitu kami janjikan untuk mencintaiMu sepenuh hati, menyebutMu selalu, mem’promosi’ dan perjuangkanMu di mana-mana.
Terima kasih Tuhan.

~Suara Aneh dari Langit~

Malaysia tiba-tiba dikejutkan oleh ‘suara aneh dan menakutkan dari langit’. Peristiwa yang berlaku dua malam berturut-turut iaitu pada 12hb dan 13hb Januari di Kota Samarahan, Sarawak telah mendapat liputan media dan blog-blog antarabangsa. Timbalan Menteri di Kementerian Sains,Teknoloji dan Inovasi Malaysia telah membuat kenyataaan bahawa perkara itu bukanlah satu jenaka. Tetapi sesuatu yang mesti disiasat lalu satu pasukan dari Agensi Angkasa Negara ditubuhkan untuk menyiasat.

            Ada teori yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada Program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) yang di naungi oleh US Air Force untuk tujuan kajian pelbagai senjata berteknoloji tinggi untuk kegunaaan Amerika.

            Apapun tiada jawapan yang jelas dan meyakinkan apa sebenarnya bunyi tersebut. Bunyi sedemikian  juga dirakam pernah berlaku di serata dunia. Bahkan sebelum kejadian di Kota Samarahan, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark diikuti oleh berlakunya gempa bumi yang kuat (7.3 skala Richter) di Sumatera,Indonesia.

            Apabila berlaku bencana, fenomena alam atau sebagainya terhadap dunia seringkali semua orang merujuk kepada pakar sains dan teknoloji atau orang akan kata ‘nature’. Siapakah atau apakah ‘nature’ itu?Jarang sekali kita merujuk kepada Pencipta dan Pentadbir alam ini iaitu Allah swt. Sedangkan Dialah Pencipta dan Pentadbir semesta alam, yang nyata mahupun yang ghaib. Sedangkan kalaulah berlaku permaslahan lahir contohnya kenderaan tidak berfungsi tentulah tukang buatnya yang dirujuk orang.

            Kita ini umat akhir zaman. Ertinya umur dunia sudah lanjut, sudah sampai ke penghujungnya. Di waktu Rasulullah zahir, 1500 tahun dulu pun telah diperlihatkan dunia sebagai perempuan tua yang bongkok tiga, lagilah sekarang. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya kecuali Dia yang tetap Kekal. Diberitakan melalui lidah Rasul, bahawa menjelang kiamat akan berlaku banyak persitiwa yang mengejutkan dan yang aneh. Malah kebanyakannya telah berlaku. Berlaku juga kemuncak kerosakan. Iaitu dihimpun segala kerosakan-kerosakan umat-umat dahulu di zaman ini.

            Berlaku semula amalan-amalan jahiliyyah seperti di zaman dulu. Antaranya berlaku perzinaan yang berluluasa, pelacuran secara terbuka,pergaulan bebas, lelaki menyukai lelaki seperti amalan di zaman Nabi Luth. Kaum perempuan yang menyerupai lelaki juga lahirnya anak-anak luar nikah yang sudah menjangkau puluhan ribu bilangannya dan pembunuhan bayi di mana-mana.

            Tidak kurang banyaknya nyawa yang terkorban, tenggelam di dalam tanah dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh yang kian sering berlaku. Juga terkorban oleh taufan dan tsunami yang melanda. Seolah-olah bumi dan lautan mengkeronyok semahu-mahunya manusia-manusia yang sudah membelakangkan Tuhan. Bukan saja bencana berlaku di negara bukan Islam seperti tsunami yang menghancurkan Jepun malah di negara yang dikatakan Islam juga berlaku bencana seperti gempa bumi di Turki. Apakah tidak terbayang di fikiran manusia atau terlintas di hati sanubarinya tujuan kehidupannya dan ke mana berakhirnya hidup? Tidak mengapa kalau mati tapi membawa iman dan mendapat keredhaan Tuhan. Bukankah syarat bertemu Tuhan mesti didahului dengan kematian.

            Tuhan telah memberitahu dalam Al Quran dan melalui lidah Rasulnya akan alamat-alamat kiamat dan kehancuran dunia. Yang antara terbesarnya datangnya Dajjal laknatullah. Apakah teka-teki yang dikatakan dengkuran yang menakutkan itu merupakan dengkuran Si dajjal yang akan muncul pada waktu yang telah ditentukan Tuhan. Tentulah bila suaranya sudah terdengar membawa erti kemunculannya sudah sangat hampir.

            Yahudi sememangnya lah menanti kedatangan Dajjal yang mereka anggap ‘penyelamat’ mereka. Yang akan datang dengan kuasa sihir dan ‘istidraj’ yang Allah izinkan. Sebab itu Yahudi telah memperkenalkan kedatangan Dajjal ini dengan membuat filem-filem yang bercorak mempamirkan kuasa sihir dan makhluk bermata satu seperti dalam filem “Harry Potter”. Juga dimunculkan ahli silap mata yang menggunakan kuasa sihir seperti David Copperfield. Malangnya di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui dan menyedari  fitnah ini menjadi pula peminat mereka dan menonton pula filem-filem ciptaan mereka.

            Yahudi yang sangat memusuhi Islam sangatlah hendak menggagalkan kebangkitan Islam kali ke dua. Mahu dipisahkan umat Islam ini dari nabi dan Tuhan. Sebab itu mereka sangat ingin mencabut roh Islam dari dada-dada orang-orang  Islam sehinggakan meskipun nama-nama mereka Islam tapi amalan mereka bukan amalan yang dituntut oleh Islam. Juga,mereka menyebut ayat-ayat Allah namun tidak ada perasaan cinta dan takutpun pada Allah malah tidak terhubung pun dengan Nabi yang mengikat kita dengan Allah. Kerana itulah apabila berlaku apapun kejadian aneh di bumi Tuhan, manusia tidak mengaitkannya dengan Tuhan. Begitulah agenda Yahudi yang menggunakan segala jentera-jentera yang canggih untuk berlawan dengan Islam yang penajanya adalah Allah…Tuhan semesta alam! Dan mereka menanti kemunculan ketua tentera mereka iaitu Dajjal. Mampukah mereka berlawan dengan Tuhan???

Dari zaman Nabi Adam lagi umat Islam telah diajar doa mohon diselamatkan Tuhan dari fitnah Dajjal. Menunjukkan fitnahnya amat besar sekali. Fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar sepanjang perjalanan hidup manusia di muka bumi sampai hari kiamat tiba. Manakan tidak, diberitakan hampir semua manusia menjadi kafir sekejap kecuali segelintir saja yang beriman diwaktu kemunculan Dajjal. Sebab itulah kita sangat memohon pertolongan Tuhan dalam menghadapinya.

            Rasulullah saw sangat mengajarkan doa untuk berlindung dengan Allah dari fitnah besar ini. Doanya bermaksud:

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada azab kubur dan daripada azab api neraka. Dan aku berlindung denganMu daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Dajjal.”.

            Maka hendaklah kita umat yang berada diakhir zaman ini benar-benar mengambil Allah sebagai pelindung kita daripada fitnah Dajjal. Dan marilah kita jauhi diri daripada unsur-unsur yang boleh membawa kita kepada ajakan Yahudi yang menjadi musuh Islam. Untuk itu apa juga kejadian-kejadian yang berlaku hendaklah kita mengambil iktibar serta menjadikan ia lebih mendekatkan kita kepada Allah.

Tuesday, 6 March 2012

~Cinta~

Bismillahirrahmaanirrahim....

Alhamdulillah..thumma alhamdulillah..
Salam rindu buat Rasulullah..Sohibul Azman dan juga buat Sohibul Zaman..
Cahaya  sumber segala cahaya..
Rahsia segala rahsia,
Ubat seluruh penyakit,
Anak kunci segala kejayaan....

Tepat jam 2.00 am 7 Mac kumulakan coretanku pada kali ini. Moga dipandu tulisanku wahai Tuhan supaya dengannya akan dapat memberi kebaikan kepada tiap hati yang membacanya.

Cinta....


Mungkin ini yang ingin kukongsikan pada entry kali ini.Mungkin sebab pada saat ini  sedang dilamun cinta agaknya..;-).
Allahuakbar!! Allah yang Maha Agung, Yang Maha Suci..Dialah Pemilik Cinta Sejati ..Suci.. Abadi dan Hakiki..Dianugerahkan sedikit perasaan cinta kepada manusia supaya dengan adanya perasaan ini manusia akan mampu membalas cintaNya yang hakiki ini.


Mari kita kenang-kenangkan diri kita,koreksi diri kita...Cinta yang Tuhan anugerahkan pada kita ini kita salurkan kemana wahai sahabatku??


Cinta kepada ibu-bapa,
Cinta kepada adik-beradik,
Cinta kepada sanak-saudara,
Cinta kepada sahabat,
Cinta kepada suami, Cinta kepada isteri
Cinta kepada anak-anak,
Cinta kepada harta benda, pangkat,jawatan,glamor,pujian.
Cinta kepada dunia dan seangkatan dengannya....
dan lain-lain..


Cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya. Supaya apabila dihadiahkan kepada para hambaNya, mereka akan mampu menggunakan cinta ini sebaiknya. Pada saluran yang betul dan yang akhirnya supaya sampai cinta ini pada Tuhan mereka. Cinta tidak salah..Yang salah adalah apabila salah menggunakannya.

Tanpa cinta..akan rosaklah manusia..akan hancurlah dunia..dunia akan penuh dengan kebencian, pergaduhan dan huru-hara kerana tiada perasaan cinta ini...Cinta yang pada awalnya bertunjangkan Cinta dan Takutkan Tuhan akan menyelamatkan dunia seisinya.


Mari  lihat manusia ni..sangat mudah jatuh cinta pada sesuatu perkara atau somebody(manusia) especially yang berlainan jantina yang hakikatnya cinta sementara sahaja..mudah sangat kan.??


Mana tidaknya, hati itu cuma satu...jika cinta itu tidak diberi kepada Pemilik yang tepat..maka ia akan pergi ke saluran dan tempat yang tidak tepat. Jika tidak bertunjangkan Cinta pada Tuhan, maka cinta selainnya akan pmengatasi cinta kepada Pemiliknya yang hakiki.


Wahai hati cubalah bermuhasabah dirimu...


Entah kenapa sejak kebelakangan ni, sangat mengenangkan jasa ummi dan walid yang sangat berjasa padaku.
Terlalu banyak jasa mereka..tanpa mereka, tiadalah aku dalam jemaah kebenaran ini..Inlah yang paling mahal bagiku.
Sedari ku kecil..sangat sabar dan tabah melayan kerenah dan perangai nakalku.. jahatku..sehinggalah kini ku berusia 23 tahun ini..terlalu banyak wahai Tuhan..
Jika dihitung memang tidak termampu ku membalasnya dengan wang ringgit..mustahil..
hanya kumampu kirimkan doa buat kalian setiap solatku..moga kita sama-sama selamat menuju ke Akhirat nanti dengan berkat Para KekasihNya...

Dalam mengenangkan perasaan ini pada ummi dan walid..perasaan cinta terhadap seseorang yang telah hadir dalam hidupku..Sungguh aku sudah jatuh cinta padanya..pada mereka..
Tiba-tiba..............................................
kuteringatkan cintaku pada Tuhanku..
Sungguh jahatnya aku wahai Tuhan,
Sejak dari alam roh lagi Dikau ciptakan ku dengan kasih-sayangMu,
Memberikan iman dan Islam padaku..
Menyedarkan ku tentang perjalanan hidup ini melalui Para KekasihMu..
Tidak putus-putus menzahirkan kecintaanMu pada ku dengan nikmat ujian silih berganti..
Rezeki,makan minum, oksigen yang segalanya adalah percuma..
Sungguh Baiknya wahai Dikau Tuhanku..
Namun, sekali lagi aku menzalimi diriku..
Sepatutnya Engkaulah yang lebih kucintai dari segalanya..
Engkaulah sepatutnya menjadi pemilik cintaku yang utama..
Maafkanku wahai Tuhan..
Pandulah aku...dengan berkat Para Kekasih Kebenaran..
Moga-moga dengan hadirnya dia dalam hidupku..
Cintaku kepadaMu..kepada Para KekasihMu..bertambah..bertambah..dan subur mekar mewangi...
Berilah peluang kepada kami..
Moga dengan ini kami dapat menuju ke hadratMu dengan sepenuh hati..
Sanggup berkorban untuk Islam..
Lidah  tidak hanya berkata tetapi mengotakannya..
Tidak hanya bercakap..tetapi membuktikannya..
Namun kekuatan dariMu jualah yang kami pinta..
Kekuatan fizikal dan roh dan minda..
Moga dipandu segalanya..
Dengan keberkatan Para Pemimpin Kebenaran...(-,_-,)






Saturday, 18 February 2012

~Anugerah~

Bismillahirrahmaanirrahim....

Allah...Allah..Allah...Ya Rasul...Ya Habibullah...Ya Musthofa...

Terima kasih wahai Tuhan...wahai Rasul..wahai Para KekasihNya...
Tuhan Yang Maha baik..masih lagi sudi mendengar rintihan hamba..
walaupun tahu hamba sangat menzalimi diri ini...

Wahai Tuhan..terlalu banyak nikmat dan kurniaan yang Dikau berikan pada hamba..
walaupun tahu hamba sangat banyak berdosa..selalu berlalai-lalai...selalu mengikut hawa nafsu...
Maha Baiknya Dikau Wahai Tuhan..

Sehinggalah pada hari ini Dikau menghadiahkan kepada hamba seorang Lelaki..
Seorang Pejuang Islam..Seorang PencintaMu dan Para KekasihMu...
Sungguh besar hadiah dan kurniaan ini buat hamba...
Siapalah diri ini jika dibandingkan dengan dirinya wahai Tuhan...
Bagai Langit dengan Bumi...
Jauh Panggang dari api.

Sungguh!!!... doa yang bertahun-bertahun yang hamba pinta dan rayu padaMu Tuhan..
akhirnya sudi jua Dikau menyahutnya...
Sungguh dialah Lelaki didalam doa hamba itu..
Sempurna ciri-cirinya dalam doa hamba itu..

Namun hamba malu pada dirinya wahai Tuhan..
Dia terlalu sempurna jika hendak dibandingkan dengan diri ini...
Kuatnya pada perjuangan Islam...Kuatnya pada CintaMu dan Para KekasihMu..
Sungguh!!diri ini sangat malu pada dirinya dan Dikau wahai Tuhan..Ya Rasul...Ya Pemimpin2 Kebenaran..
Malu yang teramat sangat.. kerna.masih lagi sudi menerima diri ini dengan menghadiahkannya pada hamba..

Wahai Ya Musytaqi, Zauji Habibi...
Maafkanlah diri ini jika diri ini tidak seperti yang dikau harapkan..
Maafkanlah jika tidak dapat menjadi Serikandi dan Bidadari yang dikau impikan..
Diri ini hanyalah wanita biasa..biasa pada paras rupanya..biasa pada peribadinya..biasa pada akhlaknya.
Diri ini tersangatlah lemah yang memerlukan kekuatan dari mu..

Namun...Ya Musytaqi...
Biarpun segala kecantikan rupa paras bukan milikku..
Namun akan ku berusaha sedaya mungkin untuk menjadi Serikandi dan Bidadari buatmu..
Kerana Apa???????
Kena kuharapkan keredhoanNya, sambutan cinta dari Para KekasihNya..
dan nikmat syurga disana..itulah impian ku...

Terimalah ku seadanya..
Pimpinlah diriku,fizikal dan  hatiku..
Pimpinlah keluargaku..adik-adikku..
Pimpinlahlah saudara-saudaraku..
Pimpinlah sahabat-sahabat disekelilingku...
Maafkanlah diriku ini.....
jika tidak dapat menjadi terbaik buat dirimu..(-,_-,)

Thursday, 26 January 2012

~WaHaI sEoRanG KeKaSiH~



Wahai seorang kekasih sudah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan...
Menangis pun tak berair mata..
Namun hati tetap gembira..
Syafaatmu menanti disana..
Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yg melanda
biarpun pedih terseksa 
Kerana umat kau tempuhi jua ..

Wahai Rasul kaulah segalanya,
COntoh terbaik umat akhir zaman,
akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
sifatmu sempurna pelengkap peribadi,

Wahai Rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
manis senyumanmu penawar hiba,
dihati kami kaulah segalanya,

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan...
Menangis pun tak berair mata..
Namun hati tetap gembira..
Di akhirat nanti kita kan bertemu jua..

Amin Ya Rabb...(-,_-,)



  • اللهم صل و سلم على نور الأنوار وسر الاسرار ، وترياق الاغيار ومفتاح باب اليسار . سيدنا محمد المختار ، واله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله واله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم
    الله وأفضاله........................................................................................... أمين


    ... Ya Allah sampaikanlah salam dan kesejahteraan buat cahaya sumber segala cahaya, rahsia sumber segala rahsia, ubat bagi segala penyakit serta kkunci bagi segala kemudahan. Dialah Penghulu kami Nabi Muhammad yang terpilih, ahli keluarga Baginda yang suci serta Para Sahabat yang elok budi pekertinya. (Sampaikan ke pada mereka Ya Allah) sebanyak bilangan nikmat-Mu dan kurniaan-Mu....

Friday, 6 January 2012

~Pemimpin Penyelamat~

 Pemimpin Penyelamat
Di dunia hari ini orang memperebutkan jabatan pemimpin. Mereka
sanggup berkorban waktu tenaga dan wang yang banyak untuk menjadi
pernimpin negara, perusahaan atau organisasi. Kadang-kadang menggunakan
berbagai cara yang menyinggung dan menyakitkan hati orang lain untuk
mencapai tujuannya. 

 Pemimpin adalah orang yang sangat berwibawa
dan berupaya membawa manusia kepada 'Tuhan, punya ilmu untuk
menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati
manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia
sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya. Sifat-sifat kekhalifahannya
sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni
sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia
kepada Tuhan. Pemimpinlah yang membawa rakyatnya kepada keselamatan
yang hakiki baik di dunia maupun di akhirat. Jadi pemimpin adalah
penyelamat.

SALAH FAHAM TENTANG PEMlMPlN


Bukan mudah untuk menjadi pemimpin, karena tanggung jawabnya
yang begitu besar. Pemimpin bukanlah sesuatu yang harus diperebutkan.
24 Pandangan Muyo tentong Kepemirnpinan ; Pemimpin Penyelamat
Karena sangat sedikit jumlahnya di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri
serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin. Di dunia hari ini orang
yang bergelar presiden, perdana menteri, sultan, Raja, Amir, yang dipertuan,
pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau
status sosial paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin. Mereka tidak lebih
dari pentadbir atau pengurus, mereka tidak pernah memimpin manusia.
Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda,
pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi,
pertanian, kewangan dan lain-1ainnya.

Mereka bukan saja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan,
bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu
kepada Tuhan. Mereka bukan saja tidak mengatur kehidupan manusia
dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur
maksiat dan kemungkaran.

Inilah diantara salah faham manusia tentang kepemimpinan, sebab
itu tidak heran, dimana-mana terjadi perebutan untuk menjadi pemimpin.
Ada yang sanggup hingga ke peringkat mengorbankan nyawa pengikut
demi mencapai cita-cita kepemimpinan. Adakalanya tercetus permusuhan,
jatuh menjatuhkan, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan
tahun karena berebut untuk menjadi pemimpin. Sedangkan masing-masing
hanyalah menegakkan dan mempe juangkan kepalsuan. Siapa pun berjaya,
tetapi tidak mengubah apa-apa arti kepemimpinan itu selain mentadbir dan
menguruskan hal yang sama yang tiada sangkut paut dengan hati manusia.

PEMlMPlN BAYANGAN RASULULLAH

Seluruh alam semesta ini adalah milik Tuhan. Manusia diberi
amanah untuk menjadikan alam semesta ini sebagai alat untuk mentaati
Tuhan. Semua keperluan manusia yang Tuhan sediakan, tidak lain kecuali
untuk manusia melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sekaligus
merasakan betapa kerdilnya diri, lantas tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Namun, nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan
tersebut, nafsu senantiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada
seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupakan Tuhan yang menciptanya.
Lantaran itulah Tuhan utus para Rasul. Yang tujuan utamanya adalah
mengembalikan tujuan asal penciptaan manusia yaitu mengabdikan diri
kepada Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia itu mengenali
Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para Rasul. Selepas ketiadaan
para rasul, tugas membawa manusia kepada Tuhan dilakukan oleh para
ulama dan pejuang Islam khususnya mereka yang berwatak Rasul. Sebab
mana mungkin seseorang itu membuat kerja-kerja rasul kalau dia tidak
mewarisi watak-watak rasul. Jadi kejayaan mereka sangat bergantung
kepada sejauh mana mereka mewarisi sifat-sifat, ciri-ciri akhlak dan
kepribadian para rasul.

Artinya mereka yang berhasil hanyalah mereka dari kalangan yang
menjadi salinan dan foto cofy kepada kepribadian Nabi SAW. Tentulah
tidak akan mencapai 100 % kesempurnaan pribadi Rasulullah SAW Sifatnya
sebagai salinan tentulah apa yang dimiliki lebih nipis atau lebih rendah
peratusannya, tetapi apa saja yang dimiliki oleh Rasulullah SAW itu jugalah
yang dimilikinya. Ini bererti bahwa dirinya adalah bayangan Rasulullah SAW
Pada diri Rasulullah SAW itu adanya tanda-tanda atau sifat-sifat ketuhanan
(ayatullah) yang paling tebal dan sempurna. Melihat pribadi dan akhlaknya,
fitrah rasa bertuhan pada manusia amat mudah terbongkar sehingga
denganitu manusia dapat merasa bertuhan.

Contohnya dengan melihat pengasihnya Rasulullah SAW, manusia
akan dapat merasa betapa pengasihnya Tuhan. Demikian juga sabarnya,
pemurahnya, kasih sayangnya dan lain-lain, menjadikan manusia jatuh cinta
kepada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang maha Agung lagi maha
sempurna itu.

Maka begitulah Tuhan jadikan kepada pernimpin bayangan Rasulullah
SAW di sepanjang zaman. Sehingga dengan itu tidak putuslah manusia ini
dari adanya orang yang dapat membawa manusia kepada Tuhan. Manusia
terasa indah serta cepat dapat terbongkar rasa bertuhan apabila bertemu
dan berdamping dengan pemimpin yang mempunyai akhlak bayangan
Rasulullah SAW

PEMlMPlN YANG HAQ DITUNJUK OLEH ALLAH

Rasulullah SAW tidak dilantik oleh orang banyak tetapi diangkat
dan ditunjuk oleh Allah SWT melalui wahyu.  Para
pernimpin yang haq juga dipilih oleh Allah dan ditunjuk oleh ilham melalui
orang tertentu. Kalau rasul atau nabi tidak dituntun oleh wahyu dari Allah,
maka bukanlah ia seorang nabi atau Rasul. Karena wahyu itulah hubungannya
dengan Tuhan. Selain Nabi atau Rasul yaitu pemimpin yang haq mestilah ia
mendapat ilham yang merupakan 'contact' atau hubungan restu dari Allah.
Tidak mungkin kita dapat membuat kerja-kerja perjuangan yang
diperintahkan Allah dengan cara, keputusan dan kaedahnya dari diri kita.
Berbuat sesuatu yang berkaitan dengan haq Allah, kesemuanya mesti dari
Allah dan disalurkan kepada pemimpin pilihanNya. Firman Allah : "Tidaklah
Muhammad itu berkata mengikut hawa nafsu melainkan dengan wahyu ".

PEMlMPlN YANG HAQ SELAIN NAB1 DAN RASUL DITUNJUK OLEH ILHAM

Kepemimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz terlebih dahulu
diberitahu dan diisyaratkan oleh datuknya Khalifah Umar bin Khattab. Ia
pernah berkata : "Akan lahir dari sulbiku seorang yang akan membawa
keamanan yang bertanda pada dahinya".
Imam Malik berkata kepada Imam Syafei sewaktu ia masih belajar
pada Imam Malik : "Kamu ada masa depan, perbaiki akhlakmu". Imam
Malik nampak bahwa Imam Syafei akan menjadi ulama besar suatu hari
kelak. Begitu juga yang terjadi dengan Imam Ghazali. Beliau ditunjukkan
oleh ayahnya sewaktu menyerahkan anaknya untuk dididik oleh seorang
guru.

Sultan Muhammad Al Fateh ditunjuk oleh Allah melalui ilham yang
diterima oleh Syamsuddin Al Wali. Beliau masih keturunan Rasulullah SAW
dan murid dari Syeikh Bahaudin dari Bukhara, syeikh tarekat Naqsyabandiah.
Suatu hari Sultan Murad (ayah dari Sultan Muhammad Al Fateh) berkata
kepada Syamsudin Al Wali : "Tuan tolong doakan moga-moga kota
Konstantinopel itu jatuh ke tangan saya". Syamsudin Al wali menjawab :
"Bukan di tangan tuan, tetapi di tangan anak yang ada dalam buaian 
itu". Waktu itu Muhammad Al Fateh masih bayi dan berada dalam buaian,
dan Konstantinopel (Istambul sekarang) merupakan ibukota dari kerajaan
Romawi yang pada saat itu menjadi super power dunia. Jadi menurut ilham
Syamsudin Al wali ini, sebelum Muhammad Al Fateh memimpin, kota itu
takkan jatuh ketangan umat Islam.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang
pemimpin sebaik-baikpemimpin, rakyatnya sebaik-baik
rakyat dan tentaranya sebaik-baik tentara ".
Para sahabat dan pejuang Islam berlumba untuk mengejar janji
Rasulullah tersebut. Abu Ayyub Al Anshori seorang sahabat yang berusia
81 tahun syahid di tepi benteng kota Konstantinopel. Walaupun beliau
merupakan pemimpin yang sangat gigih, tetapi beliau dan tentaranya tidak
berhasil mengejar janji Allah yang diucapkan Rasulullah tersebut. Artinya
bukan ia yang dimaksud oleh hadis Rasulullah tsb.

Hadis tersebut kemudian diperinci oleh Syamsudin Al Wali melalui
ilham yang diperolehnya. Ia menunjuk dengan tepat Muhammad Al Fateh
orang yang akan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut. Karena keyakinan
Sultan Murad dengan tafsiran hadis oleh Syamsudin Al wali ini, maka ia
menyerahkan anaknya Muhammad Al Fateh untuk dididik oleh Syamsudin
Al wali. Sejak itu Muhammad Al Fateh dididik dengan disiplin tarekat yang
tinggi. Walaupun tinggal di istana tetapi hidupnya sengaja disusah-susahkan.

Dia dilatih hidup miskin dalam kekayaan.
Hadist tentang kejatuhan Konstantinopel ini memberi gambaran
umum akan terjadinya sesuatu perkara yakni ditunjukkan secara umum,
sedangkan ilham (berita ghaib) yang tercetus dari dari pribadi yang solihin
tertentu yang bertaqwa terus menjurus kepada maksudnya secara tepat
dan khusus.
Tegasnya, para pemimpin yang hak tidak ditunjuk oleh orang rarnai
tetapi ditunjuk oleh ilham yang tercetus pada pribadi tertentu. Walaupun
hakikatnya kenaikan seorang pernimpin yang hak itu telah ditentukan Allah,
namun kenaikannya akan melalui tahapan-tahapan secara natural. Walaupun
tidak diisytiharkan kepemimpinannya secara resmi, hati masyarakat sudah
menerimanya sebagai pemimpin secara tidak resmi. Dan penerimaan
masyarakat terhadap kepemimpinannya bukan dari hasil melobi-lobi, tetapi
terjadi secara natural. Kalau naiknya seperti ini Insya Allah selamat. Bila
kemudiankan diisytiharkan secara formal, cuma untuk konfirmasi belaka.
Karena itu pemimpin Islam yang haq tidak akan bertukar ganti,
kecuali se~udahk ematiannya. Sepanjang sejarah pemerintahan Islam yang
mengikuti jejak Rasul, tidak pernah terjadi pergantian kepemimpinan di
peringkat tertinggi.

PEMlMPlN PILIHAN ALLAH DAPAT MENEGAKKAN KESYUMULAN ISLAM


Kebenaran Islam itu jika diperjuangkan oleh pemimpin pilihan pada
tingkat jamaah, mestilah kebenaran dapat tegak secara syumul di dalam
peringkat jamaah. Jika pemimpin itu di tingkat negara, akan berlaku
kesyumulan Islam di peringkat negara. Kalau tidak terjadi kesyumulan Islam
di dalam jamaahnya atau negaranya lebih-lebih lagi dalam pribadi dan
keluarganya, maka kebenaran apakah yang diperjuangkm selama ini.
Persoalannya apakah ia berperanan sebagai wakil Allah secara tepat. Jika ia
berperanan sebagai wakil Allah mengapa dibiarkan perjuangannya tidak
tertolong. Artinya melaksanakan dan membangunkan "kerja-kerja" Allah
mesti memakai ilmu dari Allah bukan ilmu kita.

MEMBEDAKAN PEMlMPlN YANG HAQ DAN YANG BATIL


Sangat penting bagi manusia untuk membedakan pemimpin yang
haq dan yang batil.  Pemimpin yang haq mesti ada minda
(fikroh) sendiri yang tidak diambil dari sumber-sumber pemikiran lain. Uraian
dan penafsirannya terhadap suatu matan yang sama berbeda dengan uraian
dan penafsiran orang lain. Ia mempunyai style, kaedah tersendiri dan tidak
akan menggunakan kaedah orang lain.
Pemimpin Islam yang haq sumber ilmunya mesti dari Allah.
Artinya Allah beri ilmu kepadanya. Pernimpin yang direstui Allah tidak pemah
kering ilmu atau putus idea, senantiasa ada ilmu tanpa perlu rninta kepada
siapapun. Pemimpin Islam yang haq ialah wakil Allah untuk
melaksanakan dan menegakkan semua kehendak Allah baik orang suka
ataupun tidak. Cuma ia berhikmah dan bijaksana dalam menyampaikannya.
Ilmu asas sebagai tapak, sedang ilmu untuk memimpin umat di zarnannya
merupakan tambahan dan anugerah dari Allah, dan merupakan uraian dari
ilmu asas tersebut.